Posts

Showing posts from 2011

[104]

Image
if only one day you'll just come to me  say straight to my face how much you hate me  so that I can stop thinking of you  and all that we've been trough so let me be.

[103]

sakit. perit. pedihnya lebih terasa bila digigit siat bukan dibunuh betul. rasa sama pada semua dengan cara berbeda benar. semua merasa semua berkata, “aku faham.” mengangguk mengerti. silap. semua merasa tapi tetap tak sama. kecewa engkau, rahsia milik kau dan Tuhan. saja.

[102]

Image
kutip kembali segala senjata senjata.  pulih semula sayap sayap patah.  sarungkan perisai. lancarkan nafas.  lajukan langkah. askar ini.  belum mahu pulang.  belum mahu putus asanya. sebelum ni, ada video nya.  ini antara sebab kenapa saya hormat dia.

[101]

seperti selalu dahulu. rungutan yang sering aku rungutkan. "kenapa harus tiap yang baik aku lakukan tidak pernah dinampak yang lain?" dan aku akan sakit sendiri. sakit bila mengulang rungutan semacam itu. nah contoh . sehingga datang seorang yang tidak sengaja menulis sebaris ayat pada buku nota aku. yang secara tanpa dia tahu, ayat dia itu sudah seperti kejutan elektrik bagi aku. ayat yang mudah. "biar kebaikan kita tidak dilihat penghuni di bumi, tetapi sentiasa dilihat penghuni di langit." ya. dia berjaya menghentikan rungutan aku. terima kasih :]

[100]

sang pahlawan, salam sejahtera ke atas kamu. dan moga kamu tetap berdiri di situ.  tegap bila ditolak, kuat bila dihasut.  lari lebih pantas dari biasa. maju lebih hadapan dari aku. dan tunggu aku di sana. untuk bawa aku bersama ke Syurga Dia. dengan izin Nya.

[99]

segala yang dihasrat tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat [a.samadsaid]

[98]

hey, mari sini. mari pegang tangan sama aku. kita nari sama sama dalam hujan. kita gelak puas puas sama. kita sama sama parah berdarah. kita buat sama sama. mari. aku dan kamu. kita memang kena sama sama. kalau tidak, nanti aku sunyi. kalau tidak, siapa lagi mahu pujuk aku? kamu dalam aku. aku sebelah kamu, tak apa. nanti kalau kamu jatuh ke tepi, aku kan ada. kalau jatuh ke belakang, ke depan, aku kan masih boleh sambut kamu. hey, hati kamu itu simpan ya? jangan kasi pergi jauh dari aku. biarkan dekat situ. aku juga buat benda sama. simpan hati aku untuk kamu. #senyum#

[97]

punca segala wujud nya toksik toksik. serta segala rasa sakit perit. rupa nya datang daripada dia. betapa kejam nya dia pada diri sendiri. membiar diri terluka tanpa mahu disembuhkan. melumur najis pada hati. memilih sendiri menjadi kotor. sesiapa, mahu bantu membersihkan dia kembali?

[96]

aku rasa macam ada yang hilang. sesuatu yang aku sudah biasa dengan nya dahulu dan yang aku sangat suka kan, dah hilang. hilang yang macam, kalau aku nak cuba cari balik pun tak tau cara apa yang boleh guna. benda ni memang akan nampak remeh bila kau cuma kekeringan idea untuk menulis sesuatu di blog. tapi untuk aku, ianya suatu yang sangat berat. selama bertahun, aku hidup dengan meluahkan rasa dan segala yang aku nampak dengan tulisan dan contengan. aku tidak pandai lain. aku cuma tahu campurkan patah kata yang biasa dan disusun dengan cara yang biasa biasa. aku cuma ada itu dan itu sahaja. sama juga macam contengan. aku bukan seorang yang pandai bermain dengan warna. yang aku perlu biasanya hanya pensil dan pemadam dan conteng orang lidi. iya, orang lidi. aku cuma ada itu dan itu sahaja. untuk menceritakan segala apa aku rasa. memang lahirnya aku dahulu tidak pandai meluah dengan berborak "hai-aku ada masalah-tolong boleh?". bukan aku. dan sekarang ini, bila aku ra

belon terbang

Image
tu dia! entri bertajuk aku yang pertama. ngee~ malam malam nak ke pagi ini, macam biasa lah berjalan jalan dalam maya. tengah tengah tu boleh pula jumpa gambar ni kat blog contengconteng inche fadhli punya. terus aku teringat kat Smarties aku!  dan terus aku pun terasa macam nak terbang pakai belon sekarang untuk cari Smarties. segala kedai yang aku masuk, aku gigih menyibuk kan diri mencari tapi heh! tak ada nya. hampa aku. lagi hampa bila tengok gambar kat atas tu. terbayang bayang saja dah. aku tahu aku dah parah dah ni. boleh pula teringin nak makan Smarties. macam dah tak ada makanan lain. tahu pula tu nak memilih tak nak M&M tekak aku ni pun. cukuplah tu. aku nak pergi mimpi. terbang guna belon sambil makan Smarties. dan mana tau kut kut boleh termasuk sekali hadiah misteri  yang inche tu nak kasi dalam mimpi aku ke, kan? *senyum*

[95]

Image
oho! sekarang ini aku tengah ketagih dengan lagu lagu UNIC. ah ha entah kenapa pun tidak tahu lah.  tiap tiap hari mesti main lagu lagu diorang depan belakang.  nah satu. yang paling terkena. mula mula dulu dengar je tapi tak tau siapa nyayi tajuk apa. cari punya cari baru jumpa. ngee.

[94]

perlunya kita kita ini melekap-tetapkan yang segala sesuatu, yang hendak dibuat atau yang hendak difikir bersebabkan hanya kerana Allah. sungguh. Dia tak akan pernah mengecewakan. dan seperti kata seseorang, bila Allah dah kata 'ya', tak ada orang lain boleh kata 'tidak' . ouh dan. aku suka juga pada ayat seseorang yang lain ini. tentang ikhlas. ikhlas bermakna "beri/buat untuk mencari keredhaan Allah." bukan bereti "memang nak beri/buat, memang dah niat, tak nak balasan." aku terkadang menjadi orang yang seperti ayat kedua bila cerita bab ikhlas. kita memang nya tidak terperasan tentang diri sendiri tanpa ingatan atau teguran dari mana mana pihak. kan?

[93]

aku. sudah. menjadi. segan. dengan diri sendiri.

[92]

lapan belas dan sembunyi.

[91]

kali ini. aku mahu jujur. yang sebenarnya. aku bukan lah seorang yang jujur. seperti entri yang sebelum ini,  aku miliki topeng yang sangat ketat terlekat pada muka. ya. dan ya, kotak yang aku sedang duduki sekarang bukan lah kotak aku. sudah terlalu penat mungkin. penat menutupi menyimpan segala rasa sendiri penat yang sehinggakan aku mahu, seseorang, yang tidak kisah lah siapa pun beliau mampu membuatkan aku menjadi aku. [heh! agak pelik ayat di situ] diri aku yang dahulu nya [ok sekarang pun juga], yang hanya tahu menyerap segala benda terjadi, tanpa mengeluarkannya tidak melepaskan segala benda yang aku serap, mungkin itu yang menyebabkan aku memiliki topeng yang sangat payah untuk ditanggalkan. sehinggakan aku sendiri tenggelam di dalam nya dan tak muncul muncul dah. bagaimana mahu meluahkan pun, kerana sungguh aku tak tahu caranya. lihat saja, untuk luahkan apa sebenarnya perasaaan aku ketika ini pun agak payah di sini. [heh lagi] dan

[90]

untuk ketika ini. topeng aku. masih kekal terletak. harap. satu masa yang dekat ini. ada seseorang yang mampu. membuka topeng aku.

[89]

sedang sedih dan bahagia. sedang menangis dan tersenyum. seperti selalu. Allah itu Maha Adil. berikan duka dan suka pada waktu yang serentak. semoga. aku mampu.

[88]

tolehkan kepala kebelakang sekejap dan berdiam lama. kemudian lari laju laju dengan yakin dengan semangat. tinggalkan segala apa yang silap dulu dulu. jadinya nanti tak akan dibuat lagi. belajar. dari dahulunya kita. ---------- ini pun dari blog aku yang dahulu.

[87]

momen ini. aku rasakan. menulis adalah benda yang payah. payah. untuk tidak menulis kosong. payah. untuk menulis sesuatu yang nantinya beri manfaat pada yang lain. mungkinkah patut aku tangguh kan penulisan di sini buat sementara waktu? hmm hmm hmm *garu dagu*

[86]

Image
paling comel :) dua bulan saya. cukup indah. terima kasih Maha Pengasih.

[85]

Image
Selamat Merdeka Malaysia :) [aku memang suka kan terlambat lambat ni]

[84]

melihat kan kau dengan sangat mudah pantas berdiri gagah [wahal kita dua rebah sama sama] menjadikan aku manusia kejam sekejap memegang cemburu paling tinggi serta bertanya sendiri bagaimana bagaimana mampu kau terus kuat bertahan teguh? kenapa harus aku sepersis lalang? Tuhan, jika Kau mahu izinkan memberi seperca kekuatan milik dia aku inginkan sungguh, aku ingin.

[83]

kalau orang tanya 'hari apa yang paling beruntung bagi aku?', aku akan jawab, dua hari lepas. eh tak. hari sabtu dengan ahad lepas. ya, dua hari tu yang paling beruntung bagi aku. beruntung sangat sebab aku ada ikut satu program ni. program yang macam belajar cara nak berdakwah. belajar agama lain. mungkin kalau aku bagi tau kat ibu aku, ibu aku akan macam terkejut kut. mungkin macam pelik kenapa lah pula anak dia seorang ni nak belajar pasal agama lain, belajar pasal kitab kitab mereka semua kan. kau orang, pelik tak? ok tak yah jawab. tapi benda ni semua, sangat sangat sangat dan sangat lah membantu. serius. kita bukan nya belajar agama atau kitab dia orang pasal nak tukar masuk agama dia orang, Nauzubillah. tapi benda ni memantapkan iman kita sendiri juga. mendidik kita untuk yakin Islam agama yang benar. maksud aku, kita memang dah sedia maklum hanya Islam agama yang diterima Allah, yang benar. tapi tak semua orang yakin kan. ada beza dengan tahu Islam agama benar

[82]

pertama kalinya. bulan aku tiada depan mata. untuk membiaskan cahaya. buat penenang jiwa. rindu bermanja. tanpa kata. dengan bulan aku yang dua. ya. hati aku sedang sayu. puasa pertama jauh dari dua bulan aku. ibu dengan bapak.

[81]

rindu adalah penyeksaan jiwa yang nikmat noktah.

[80]

Image
bergolok-gadailah mereka emas, permata, semua menerbangkan wira negara untuk merdeka tiap lelaki yang berjuang ada wanita dibelakang bersilih generasi tetap begini usah sering jadi lilin kasih berpada lah, Hawa di balik genang yang mengalir betahnya luar biasa kaulah serikandi yang mengorbankan segala memendam rasa menjadi rahsia hatimu sebesar bumi asamu sekukuh besi kaulah anak, ibu, kakak, teman, isteri kau serikandi bergolok-gadailah mereka  jiwa, harta, semua diri sendiri tidak sekali pun pertama tiap manusia yang berjaya akar umbinya seorang bonda bersilih generasi tetap begini usah sering jadi lilin kasih berpada lah, Hawa di balik genang yang mengalir betahnya luar biasa kaulah serikandi yang mngorbankan segala memendam rasa menjadi rahsia hatimu sebesar bumi asamu sekukuh besi kaulah anak, ibu, kakak, teman, isteri kau serikandi lirik diambil dari sini . ----------------- ouh d

[79]

gagah. bangun. walau sebanyak mana juga aku tulis tentang nya. tentang menyuruh terus teguh, bangun dari segala kepayahan. aku sendiri juga yang tak mampu. bodoh.

[78]

rapuh. hancur. pedih. perit. sakit. seksa. sebaris kata mampu membuat aku lumpuh seminggu. mungkin. sebaris kata daripada orang yang sangat aku hormat. sebaris kata yang menyeksa kan, yang mencarik carik hati. kenapa harus segala yang aku lakukan dengan niat yang baik akhirnya memakan diri aku sendiri? kenapa harus segala yang aku lakukan tak pernah dinampak? ------------ sekarang. aku sudah seperti. mayat hidup. luarnya ada. dalamannya bersepah, terburai. entah ke mana mana.

[77]

kita ini manusia. yang diberi peluang untuk memilih. jangan kata tak ada. ada sebenarnya. mungkin cuma kau yang belum jumpa pilihannya. aku bagi contoh senang. malam malam nak ke pagi ni, molek lah cakap pasal cinta. [HEHE] contoh pilihan, kau boleh pilih untuk nak rasa dikecewakan kerana cinta atau tidak dikecewakan. kalau pilihan kau mahu nya tidak dikecewakan kerana cinta, heh mudah. buat apa yang Allah suruh. solat istikharah. bukan sekali. banyak kali. sebelum kau nak memikat atau nak terpikat, buat. biar nampak jelas. jadi nanti tak ada lah sia sia saja berbazir wang tenaga kasih sayang semua pada yang bukan kita punya. bukan nya buat benda tu bila kau dah rasa nak kahwin saja. lepas tu, ada pula orang cakap, "eleh, kalau tak pernah ada rasa dikecewakan tak best lah. tak mencabar." dan sebab tu lah aku kata tadi, kita ada pilihan. kalau kau rasa nak mencabar, hah buat lah macam biasa kau orang buat. okay, serius aku tak tahu macam mana orang jatuh cinta buat b

[76]

kasihan. kerana kau tak pernah. merasa jatuh merasa terhina walau sedikit. kasihan. kerana kau tak tahu makna nya bangkit.

[75]

Image
disebabkan muzik mereka, aku menjadi. kehilangan kata kata. senyum.

[74]

empat kali mimpi menjadikan aku seorang perempuan yang dengan sengaja membagi setia kepada seorang stranger yang aku yakin nantinya dia akan menjadi strength-ger aku. empat kali mimpi membuatkan aku memaksa agar tidak terjatuh suka kepada sesiapa yang lain melainkan dia ya. dia yang aku tidak tahu siapa. dan kerana mimpi yang empat itu membuatkan aku bertambah yakin dengan kekuasaan Nya. semoga dia itu, sentiasa dalam keredhaan Maha Kuasa 

[73]

kembalikan aku jatuh terjunam memcecah bumi kerana nya aku sudah penat untuk terbang tinggi dan dipandang ramai [kita sering tidak puas dengan apa adanya kita. ya, kita si mamalia penamak]

[72]

buat engkau yang entah siapa siapa, tolong. jangan biar terus. belati cucuk kau pada setiap ruang sendi kau dan kau menangis sendiri senyap senyap sembunyi sembunyi. sungguh itu sangat pedih. aku pohon. jangan lagi. tanpa kau tahu, di sebelah sana yang kau tidak nampak, ada juga yang rasa sama terseksa dengan kau. jadi tolong. jangan lagi.

[71]

tujuhpuluhribu semuanya bersama sayap sayap yang paling besar di kiri kanan atas bawah mana mana memberi lindung sebagai yang telah dijanji kan pada setiap momen kaki melangkah keluar tuju arah baik dan lidah basah menutur kalimah suci Allah tiada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk Nya, tidak mengantuk dan tidak tidur. kepunyaan Nya apa yang ada di langit dan di bumi. siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin Nya? Allah mengetahui apa apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki Nya. Kursi meliputi langit dan bumi. dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Hebat [2:225]

[70]

bentang kan bintang bintang pada langit sebagai ganti selimut tidur malam ku. dan, selamat bermimpi sang pahlawan :)

[69]

TIGA   RUANG. PILIH, MANA MAHU KAU. i tujuhbelas tahun terbela makan teduh terjaga hari hari menjadi biasa dengan segala arah ditetap ditunjuk mana baik mana sampah dimarah kerana sayang dirotan tak mahu nanti menjadi rosak dibentang jalan biar nampak bahagia tapi tiada tenang ii tujuhbelas tahun terbela makan teduh terjaga hari hari menjadi sia sia dengan segala cakap bohong meroyan menolak ditunjuk mengerang memaki bila dimarah hilang peduli berbirat dirotan tak perlu dibentang sudah nampak bahagia tapi penuh dendam iii tujuhbelas tahun terbela makan teduh terjaga hari hari menjadi basah dengan segala air mata yang merembes diminta tunjukkan jalan dirasa diri selalu dimarah ditampar sendiri biar sedar walau berkali dibentang jalan bahagia masih alpa fitrah hamba tapi belum cukup

[68]

alhamdulillah! :) dua minggu dah aku hidup kat uitm sri is. cehhh sri is. nama manja tu [HAHA]. dan setakat dua minggu ni, aku masih menjadi orang lah, belum jadi zombie lagi [HAHA]. ok ok. cukup lah gelak besar tu. dekat tempat baru aku tu, kira okey lah. dari bilik nak pergi kelas pun tak lah jauh. jalan kaki dapat lah sampai 15 minit. naik basikal dapat lah sampai 20 minit. sebab kena ikut jalan jauh sikit. tapi sebenar nya, aku tak test pun lagi naik basikal. aku main agak je ni. kihkihkih. aku masih menjadi aku yang dahulu. yang gemar kan benda benda pelik bak kata roomates aku. ada ke suka puisi kata benda pelik. ok lah pelik bagi mereka. sebab mereka tiga semua suka k-pop. ok benda suka k-pop ni memang tak pelik. tapi dorang best lah. kira sanggup layan aku yang pelik ni dan selalu tidak munasabah. macam okay lah. alah baru dua minggu pun. belum kenal betul lagi masing masing. cuba yang terbaik lah kan. dan kat tempat baru tu juga, ajar aku dekat kan diri lagi pada dia. mu

[67]

okay. aku dah hilang skill berkomunikasi secara baik.

[66]

akan tiba satu masa yang kau rasa kau sangat rindu kan masa masa dahulu yang hilang. satu masa yang dengan tiba tiba engkau rasa kan seperti mahu dimanja manja. tidak. bukan bermanja macam beramah mesra tu. rasa yang macam engkau mahu, ada seorang yang mampu ada dengan kau setiap ketika. ini yang sebenarnya aku nak bagitau. tadi tu cuma beberapa perkataan tertaip. ada lah kut kaitan nya sikit sikit. heh. sudah tiba masa nya untuk aku, bentangkan jalan sendiri dan rasa sakit gembira berjalan atas jalan tadi. sudah tiba masa nya untuk aku, tahu jauh mana atau besar mana iman aku pada Dia. ah sebenarnya ini yang paling aku takutkan. kita rancang segalanya awal awal. macam, kau dah rancang untuk kau jadi budak baik dan pelajar terbaik di sekolah menengah [ketika itu kau masih bersekolah rendah]. kau dah rancang. tapi bila kau dah masuk ke dalam situasi yang sebenar, hah ini lah guna nya iman yang aku cakap tadi. itu yang aku takutkan sekarang. bagaimana nantinya aku di sana

[65]

ini perumpamaan. dari sudut aku. hidup bermain dengan kita. dia nak kita kejar dia dan dia nak kita lari dari dia. contoh. macam kau main musical chair lah. kau dengan kawan kau seorang. kerusi satu. alah kau tau lah kan macam mana permainan dia.  ibarat kan lah kawan kau tu keadaan sekeliling hidup kau. kerusi tu apa yang kau target dalam hidup. kau kena rebut dengan keadaan sekeliling untuk dapat capai target kau.  cuba tengok. kau dengan kawan kau kan saling kejar mengejar. dan dalam pada masa yang sama kau macam lari dari kawan kau untuk rebut kerusi tu dulu. kalau kawan kau menang dan dapat duduk kat kerusi tu kira kau dah kalah lah. tapi kan permainan musical chair tu boleh mula  main balik semula. sampai lah berapa banyak kali yang kau nak pun. dan kau main benda tu pun dengan gelak ketawa. itu macam lambang kau kuat gagah lah nak bangun dan capai target kau. heh. bukan senang nak hidup. okedah. okebai.

[64]

duduk sini. dengar. jangan diperap segala mimpi mimpi. membiar menjadi tidak bernilai. membiar tinggal cuma dalam kotak otak. lontar keluar kan. bangkit pantas. dan terus gagah. dan. percaya pada jalan Dia. percaya pada janji Dia. Allah lihat usaha bukan natijah atau hasilnya - Hlovate, Versus

[63]

Image
jam tigatigapuluh pagi. dan hati aku seperti dicarik-carik. ergh! boleh kan hati rasa dicarik-carik hanya kerana sebuah novel. boleh kan aku menangis sekejap tekup muka dengan bantal semua. Pada Angin Aku Berpesan lah yang bertanggungjawab dengan rasa aku ini. HAHA bongek kau mus. okay. itu satu. satu lagi mungkin sebab lagi dua minggu dari sekarang, aku bakal jadi pelajar UiTM Kampus Seri Iskandar. pertama kali jauh dengan mak bapak. pelik. sebab tak rasa sedih pun. dua minggu. kena siap kuat kan mental dan fizikal. dua minggu. dalam masa dua minggu saja. dan dengan ini aku hadiah kan kau orang satu tayangan video HAHA [memang semangat kan aku. kihkihkih]

[62]

jam empat. pagi. masih belum tidur tidur. membebel tentang yang tak pasti. membebel tentang rasa kehilangan. ah! memang tiap tiap apa aku tuliskan, semua tentang kehilangan. bosan yang muncul memang datang dari aku sendiri. cuma nya. sebelum maghrib tadi. tersentak. tersedar. segala yang hilang. segala kebahagiaan dahulu yang hilang. cuma pinjaman dari Dia. layaknya untuk Dia amik balik. walau bagaimana belum bersedia nya aku, Dia berhak. Dia kejam? tidak! kerana nantinya, Dia hadiahkan sesuatu yang lebih bahagia dari yang dahulu. semoga sempat.

[61]

jangan ambil kerja Tuhan. dosa dia dengan Tuhan. biar dia selesai dengan Tuhan. kita simpan malu orang. malu kita Tuhan simpan. [ abdullahjones ]

[60]

Latte kawal dan simpan. sehingga sampai suatu masa kemuncak segala yang terpendam itu akan engkau muntahkan dan lantas; engkau baru sedar yang engkau telah terlambat. damn!, kata engkau. kerana masa tidak pernah mahu menunggu. begitu gelojoh sekali ia berlari meninggalkan engkau. di saat mata terkebil-kebil. terkelip-kelip, engkau sudahnya telah terlepas beberapa opportunity bila mana cinta juga telah menaiki tren paling akhir dan segala bahasa yang engkau simpankan itu, sudah semakin melapuk. zaman sudah berubah, bukan. teori Si Ramlee mungkin sudah terkebelakang dan di sini -- biar engkau sahaja yang sesal untuk diri engkau sendiri. siapa suruh lambat, kan? [ahmad] ................................................................................ Kaku ini. tembakan paling tepat tak bersimpang tak tersasar ke rusuk meluru terus ke hati. paling dalam. peritnya. setipa detik di ruangan itu membeku. seperti akhirnya memihak pada aku. bersimpati mengasihani. syaitan syai

[59]

lumpuh. paling teruk. tersangat teruk. sebab apa? sebab baru saja baik sakit dah sakit balik. sakit yang sangat. yang sangat sangat. semua nya lumpuh. heh. bila lah nak bulan enam kan?

[58]

Image
pada baris. butir doa. kau memohon. kau berserah. hanya. pada. DIA.

[57]

aku sedang belajar untuk faham maksud move on. baik. ini. untuk pertama kali. aku mengaku. aku. masih. ada rasa. yang sama. pada dia. seperti 5 tahun sebelum ini. masih ada. sehingga semalam. untuk melepaskan sesuatu yang sudah terbiasa dengan aku, payah. tak kira lah hal apa jua. daripada hal yang remeh sehingga hal yang paling berat. dan. satu titik [titik ini]. aku perlu berhenti. dan bawa diri. ini yang paling muktamad.

[56]

semoga. ini benar sudah pada pengakhiran. untuk suatu malam yang panjang. untuk satu malam yang menahan mata berjaga. hati sudah berjaya dipujuk sendiri. terima kasih pada Acid Hadi dengan lagunya Menjadi Bintang. temani aku satu malam tadi. dan juga, Iman Xara dengan tulisannya, Rumput Masih Hijau. satu-satunya novel nya membuatkan jangkaan aku meleset 360 darjah. membantu aku untuk sedar segera dan pergi jauh daripada mimpi indah. Bila kita hilang satu kebaikan, yakinlah yang kita akan dapat lebih banyak kebaikan selepas itu. Yang penting, hati perlu redha dan bersabar dengan segala-galanya.

[55]

Kelmarin Bila Zuhur Tinggal Empat Minit Cuma di simpang sana, kau duduk di tepi aku, yang sedang senyum seorang lihat orang. perlahan kau mengesot pada aku. lagak anak minta dimanjakan mak. kata kau, "aku cemburu pada kau. sangat. kau sering bahagia gembira. sedangkan aku..." kau yang selalu bersedihan, aku juga cemburu pada kau. aku ingin sedih kau. aku mahu suarakan aku sedih, pada tiap tiap orang sekeliling aku. dan mereka bertanya, "kau okay ke?" sebab dari itu aku akan boleh dapat tahu, rupanya orang orang itu amik kisah tentang aku. rupanya orang itu kasih pada aku. kau yang masih bersedihan, kau cukup bertuah. sebab mampu boleh dapat rasa itu. mampu dikasihani orang orang, yang amik kisah tentang kesedihan kau. sedangkan aku... aku cemburu pada kau. sangat. okay kita seri. kau sedih dan cemburu aku senyum dan cemburu. mari sep! ----------------------------------------------- aku tulis masa malam, hari aku jawab final ex

[54]

aku ini masih kurang. masih kurang. aku bukan perempuan yang sentiasa mencari tenang dengan berteleku ditikar sembahyang dan membaca surat surat cinta dari Dia. ada masanya, aku tenang dalam gelap. bersila atas katil menghadap tingkap cuba mencari bayang sendiri. aku masih kurang. masih kurang.

[53]

pagi jumaat langit unggu eh tidak! sebelah sana tidak langit kelabu cuma di situ di atas seorang perempuan itu yang entah siapa siapa

[52]

aku soldadu malam gelap gelap seorang seret seret senapang aku soldadu malam hantarkan aku bulan untuk terangi jalan pinjamkan aku matamu untuk jelas nampak laluku aku soldadu malam yang rindu dipeluk serta selimut selimut tebal dan secawan kopi panas aku soldadu malam yang rindu akan nyanyian tawa anak kecil [untuk kamu kamu di sana, kami doakan, engkau gagah teguh iman]

[51]

kembalikan. kembalikan. kembalikan!

[50]

Tuhan. berikan aku rasa itu untuk sekejap ini. rasa 3 tahun lampau. pada momen yang aku duduk membongkok lutut satu ditegak dan dihadapan aku cuma kertas lusuh sehelai. yang tulisan nya sudah basah. sudah basah.

[49]

mengapa tidak, Engkau jatuhkan saja aku dihadapan dia? biar dia bisa bilang terus betapa bencinya dia pada aku.

[48]

ayuh gadisku. bangun dari mimpi mimpi yang indahnya cuma sementara. ayuh. buka langkah. menjadi gagah. gagah dan gagah. ayuh gadisku.

[47]

satu ini saja. aku mahu tanya. mahukah? mahukah kau capai tangan aku dan dan bangun kan aku semula?

[46]

untuk segala nafas yang telah dipinjamkan untuk segala degup jantung dan rentak nadi sehingga pada segala salur darah isi dalamnya semua dan untuk segala nikmat yang pernah aku punya terima kasih Yang Maha Kuasa.

[45]

Image
siapa yang mampu mencapai mahu mu  bila mana kau juga seorang manusia?

[44]

bermula dari cuma buku kemudian keluar pada malam minggu awalnya dengan berantakan dan tamat pada kebahagian itu kan, selalu saja ditayang dalam wayang. bohsan.

[43]

ini, ini dan itu. semua untuk kau. semua untuk kau. aku tahu apa yang kau mahu. aku tahu kau nak kan sangat. jadi nah. dan bahagia lah kau dengan ini. aku tau semua itu terbaik untuk kau. aku tau. -------------- ah! aku tau, aku tau dan aku tau. sebetulnya, kau tak pernah tau pun. takda nya kau pernah tanya apa betul betul mahu aku. ini, ini, dan itu. kau bagikan. untuk aku katup mulut diam pejam mata. kau tak pernah tau. apa mahu aku. tau tak kau yang kau tak tau?

[42]

oh! untuk apa segala keresahan ini?

[41]

sabar. bukan kau duduk diam redha segalanya hanya menanti keajaiban mengubah hidup kau menjadi lebih baik dan lebih lebih baik. itu putus asa. sabar. bila kau bangun dengan asa yang paling kuat cari alternatif lain yang baik untuk ubah hidup kau jadi lebih berguna. itu sabar.

[40]

mari berdansa atas katil katil milik kita kita biar roboh asal gembira berdansa tanpa seni mereka tari ikut hati biar biar kan merasa nikmat hidup ditakluk bahagia untuk pagi ini saja [ada kita ini, dengan berpura senyum tawa boleh hilang sendu sendan. hebat.]

[39]

banyaknya humanusia sekarang. memilih. mempamerkan bogelan mereka sendiri. memilih. menjadi sampah busuk. menayang malu sendiri. bila Tuhan sudah sorok kan. hampas.

[38]

Ranap aku mahu. hilang. lesap. tiada terkesan. aku mahu. menjadi asing. dalam ramai. tidak dihirau siapa siapa. rasa dikambus. rasa dihempas. untuk entah berapa kali. menjadi hancur. rapuh ranap. walau. cuma. dalam bayangan. aku mahu. untuk sebentar lama.

[37]

Image
ini. hadiah daripada dia pada 3 tahun yang lepas.  ya. dia sang pahlawan yang aku bazirkan 60 purnama dengan sia sia. bukan lah sia sia sangat sebab dia masih sudi jadi kawan aku.

[36]

terlampau lama. sudah kan. mahu terus ke noktah tak nak berhenti pada koma lagi.

[35]

kepul kepul  magis pada langit merebak rebak dan dan dan menembusi hati paling dalam lalu membentuk bentuk love. siapa yang gatal buat magis ni?!

[34]

dan. ini sahaja. cukup. alhamdulillah. Tuhan Maha Adil. Dia jatuhkan sakit dan Dia bagi gembira dalam masa yang sama. Adil bukan?

[33]

ah! rasa ini. rasa yang paling ter-menyampah. paling benci. paling mahu di deny awal awal. pernah kau rasa benci akan apa yang kau dah lakukan? pernah kau rasa macam nak cekik diri kau pada masa itu juga bila ingat balik? pernah? itu yang aku rasa, manis ku. dan salahnya siapa?

[32]

Image
Azreel Azhar - Sesal Tubuh ini seakan lemah Tiada daya tiada kuasa Mengingat butir-butir dosa Terkumpul menjadi lumpur jiwa Menangis berjujuran air mata Aku hamba yang hina Sedekad masa diberi Hanya diselimuti noda Menjadi karat dalam hati Masihkah diterima taubatku lagi? Aku mengerti kesalahan diri Aku mengerti aku insan keji Aku mengerti tiada ruang buatku lagi Hanya menanti pembalasan azali Namun walau jengkal waktu ini Benarkan aku mencari Walau sekelumit ruang Menutup dosa-dosa silam Aku ingin sekali Menjadi hamba yang mengenal Siapa pencipta...

[31]

Image
tutup mata kita. tutup fikiran kita daripada kekalutan kehidupan. mari berfikir sejenak. bayangkan saat ini ada satu malaikat bersayap indah datang kepada kita, lantas dengan lembut berkata, "aku berikan kau kesempatan hebat. lima kesempatan untuk bertanya tentang rahsia kehidupan, dan aku pasti menjawab sekarang. lima pertanyaan. apakah pertanyaan pertamamu?" "di tengah begitu maraknya novel novel islami yang jelas isinya jauh daripada unsur unsur agama, novel ini bagai segelas air pelepas dahaga, hadir memberi pengalaman spiritual yang berkesan bagi pembacanya. anda akan menikmati segarnya kisah tentang pemahaman hidup dan kehidupan." - A.Syarif Maarif (budayawan, mantan Ketua PP Muhamadiah) "ketika anda membaca novel tere-liye kali ini, anda bakal merasakan bertapa kita tidak dapat berandaian dalam hidup." - Ratih Sanggarwati (penulis, artis) ---------------- aku bukan orang nya yang minat untuk bercerita tentang hebatnya

[30]

aku tak nak derhaka! aku tak nak derhaka! aku tak nak derhaka! tapi ada masa nya itu, aku ini tak terperasan bonda. aku ini goyah ayahanda. menjadi kan aku derhaka. bersebab kan perkara yang kecil. ----------- bagaimana ya? ditahan diri dari dikata celaka. diikat hati dari menderhaka. tapi tetap saja. pada waktu waktu yang tak terperasan. mencelaka kan diri menjadi derhaka. senang. minta maaf. insaf. minta jauh. doa kuat diri. Allah lindung. kembali jadi anak soleh. susah. malu. bukan sengaja juga pun. sudah minta. tetap sama. sakit tahu menderhaka. bagaimana ya? tolong aku. aku tak tahu untuk jelaskan. tolong sebarkan. supaya dapat jawapan.

[29]

tadi pergi buat blogwalking. kemudian tiba tiba terfikir. agak nya ada tak kemungkinan untuk bertemu jodoh di blog? * gosok dagu *

[28]

60 Purnama itu terlalu panjang (mantan) pahlawan. anak baru lahir juga sudah pandai membentak. pandai mengugut. di mana hebat nya engkau. sungguh aku tak tahu. bagaimana boleh selama itu aku bertahan. sungguh aku tak tahu. simpan engkau dalam hati. siang malam membiar setia. padahal, tak pernah nya kau tahu pun. cukup lah 60 purnama. memberi aku rasa yang istimewa. meski cuma aku saja yang rasa. terima kasih Tuhan. sekurang nya aku pernah merasa jatuh suka.

[27]

aku dah buta. gelap. seorang seorang. hilang punca. larut bersama kata kata yang lain. yang belum tentu jujur nya. ini yang sukar. untuk memilih. kerana sudah tak nampak.

[26]

hujan malam-pagi ini. biar terus jatuh pada muka mu. dan dengar dia berbisik. 'jaga diri baik baik.' itu. aku yang minta kan, kawan. *senyum*

[25]

keinginan untuk menulis seperti yang lain. yang punya magis pada setiap patah kata nya. yang aku suka kan. memang selalu melonjak lonjak dalam hati. ini tak tipu. aku kagum. kemudian ingin juga merasa dikagumi. ini tak tipu. sampai mengaku hasil yang lain sendiri yang punya. ini tipu. tapi. buat apa kan. [tepuk dahi] . masing masing sudah Tuhan cipta hebat nya. engkau hebat menulis, engkau pula hebat menyanyi. sudah punya hebat nya masing masing. mungkin belum nampak. kerana Tuhan belum mahu tunjuk.

[24]

aku lebih suka bila engkau terus ucap selamat tinggal. berbanding jumpa lagi. tidak perlu aku ternanti. tidak perlu aku membatu. untuk tunggu engkau datang lagi. bila mana engkau sebenarnya memang tidak mahu kembali.

[23]

maaf. aku tiada apa. untuk beri pada kau. kerana engkau sendiri mengaku sudah sempurna. kan?

[22]

kira sampai sepuluh. selepas sepuluh petik jari. *pap* dan aku lesap. [heh, dah lama tak main sorok sorok]

[21]

pilih. mahu mati ditembak. atau. mahu mati ditikam? ------- aku pilih. mati ditikam. pertarungannya lebih penat.

[20]

ini bukan tentang keluar-jalan jalan-sama sama. bukan juga tentang 'jiwa engkau masuk, jiwa aku tak ngam'. ini hari, tentang 3 jam yang habis untuk kenal hati masing masing. walau bukan sepenuhnya. tentang rasa yang kita kongsi untuk masa hadapan bila berkeluarga. tentang duduk borak borak 5 minit sebelum tunggu maghrib pasal seseorang yang tiba tiba kita tertarik dengan gayanya.  tentang engkau pinjam kan sepuluh ringgit buat beli buku. tentang kita bual bicara pasal perempuan yang pakainya cuma skirt paras lutut serta lawa yang terserempak dekat surau sesak, tunaikan maghrib sebelum turun menyelami kota kata kata hebat si lelaki pemalu berpuisi. ya, itu ajarkan kita sesuatu, jangan hakimi orang sekalian seperti mana yang mereka tayang kan kerana kita bukan yang layak begitu. dan tentang mahu nya engkau duduk atas bumbung hirup dingin malam serta bau segala udaranya pada jam 1 serta tentang bagaimana bercerita engkau mahu lelaki seni, engkau mahu lelaki bersama piano, wala

[19]

dimaksudkan, kau ok tak disebutnya, kotak dijawab faham, aku ok diingatkan mahu pergi karok kelakar lah kau kawan terus kasi aku idea

[18]

Pupus Kamu aku minta pada Tuhan. pupuskan kau dari dalam ini. kerana masa masa yang pernah aku dan kau (mungkin) suka kan. menjadi percuma sudah. aku minta. kau pupus. dan biar terus tidak berbekas. terabai tanpa terkesan. walau sekelumit rasa. bersalah.

[17]

Image
mari bercerita tentang lagu hari ini. lagu yang aku dengar berulang kali sekarang ini kalau ikutkan ada 3. pertama lagu berversi melayu; monoloque dengan chinta nya. "muzik dia layan weh", kata abang aku. dan memang, muzik dia layan weh HAHA di ikuti rapat lagu berversi english tempatan; [macam apa je dah] padahal memang hari hari bila bila pun aku selalu dengar lagu  wani ardy , tapi ini paling kerap lah . kemudian pada belah malam bila mata tu dah kuyu tapi degil tak nak pejam; ya, ramai yang kata tak elok dengar lagu sebelum tidur. sebelum tidur itu patut nya diperbanyakkan munajat, berzikir dan muhasabah diri. bila dengar lagu dari  dawud wharnsby ali  ni, insyaAllah tiga tiga benda di atas akan aku buat. dengan automatik nya. dan dengan automatik juga mata yang dah kuyu akan berair. sesuai juga didodoikan lagu ini kepada anak - anak ya sebelum mereka tidur. hee ok, habis dah entri bervideo hari ni. sa

[16]

berikan magis itu semula. untuk aku kutip. dan simpan kemas kemas. letak dalam dalam. biar tiada mampu curi. tidak. itu serupa engkau tidak hargai nya. bukan. aku cuma tidak mahu hilang lagi. seperti dulu dulu. seperti dulu dulu. engkau dapat dan simpan. sehingga kau lupa magis itu ada pada kau. sehingga engkau hilang kan nya. itu silap. ------- magis aku luar biasa. tak boleh disimpan. harus ditunjuk. biar tak muncul salah faham. magis aku luar biasa. bila sudah dikata itu memang milik engkau, maka milik engkau. tiada yang mampu curi. sekarang bukan seperti dulu dulu.

[15]

cuba selak. tapi ter-gam. masih pada yang sama.

[14]

ego sangat kah bila ditahan diri daripada mengucap tahniah? itu ego atau menafikan yang sebenarnya masih ada sekelumit kasih, secebis rindu? sungguh. saya gembira untuk awak, kakak.

[13]

Bahasa Cinta si dua orang berbicara tentang cinta cinta berbicara tentang rasa. tentang jiwa. dalam lingkaran kasih empat musim. yang kadang taufan kadang gerimis. si dua orang berbahasa. bahasa manis bahasa kelat. bahasa penuh rindu. begitu infiniti. tak nampak tak dapat sentuh. hanya cuma merasa. si dua orang tetap setia-bersama. semata untuk bermain bahasa cinta. dalam terang terik hingga muncul jingga di horizon. dalam malam pekat hingga fajar. itu. bahasa cinta si dua orang. yang cuma. monolog. ---------- mana hujung nya?

[12]

air sungai mengalir juga boleh beku pada musim dingin. eheh selamba saja membuat peribahasa baru kau ni. aduhai... tapi betul apa. sedangkan air sungai juga boleh jadi beku, jadi ais inikan pula hati yang tidak berpunya ini. eceh... hati yang lemah, selama ini lembut-damai sahaja depan mereka mereka yang menyakitkan juga boleh keras-tak berperasaan bila dah terlalu kerap berhadapan dengan perang dingin. haila... tapi itulah dia. penat tau. menjadi seperti gajah yang dua bergaduh pelanduk yang di tengah menjadi mangsa. aku yang pelanduk itu. ouh dan aku belajar ini juga. jangan mengungkit benda yang dah lepas lepas, nanti adalah yang melayang. tau orang tu yang salah. tapi sudah lah.

[11]

pengasingan diri = bahagia pengasingan diri di sini bukan seperti katak di bawah tempurung. mengasing diri dengan menjadi dungu tidak tahu apa apa jadi. bukan seperti masuk kotak-tutup-main sendiri sehingga puas. sehingga lemas. pengasingan diri aku bukan bermakna aku menidak kan siapa siapa yang disekeliling aku. bukan bermaksud bila kawan ajak keluar, aku kata "ouh maaf, saya tidak boleh. saya mahu mengasingkan diri." ok, itu tindakan yang sangat kurang bijak jika aku buat macam tu. pengasingan diri aku ini mungkin seperti, bukan aku yang memulakan sesuatu dahulu. maksudnya bukan lah aku nak cakap yang aku ni tak sayang kawan kawan aku, sombong segala bagai. ha macam mana he nak terang dengan ayat yang mudah? haih... benda ini lebih kepada sudut dalaman lah, bukan luaran. bukan hanya apa yang nampak dek mata kasar. benda mengasingkan diri ini mungkin boleh aku kata kan, sesuatu yang mana engkau duduk dikeliling ramai orang tapi kau seperti tidak ada. macam sebahag

[10]

Srikandi Yang Terhapus hanya dengan seberapa kata hanya dengan seperkara alasan dia tertikam. terluka. dalam. perit. srikandi itu,  sangat kasihan. dilihat orang sekalian, bagai dia sebuah konkrit kuat yang payah dipecah roboh dikata orang sekalian, bagai dia sebuah tangki yang dalam nya penuh mengalir gembira tapi itu cuma dusta. srikandi itu bukan yang itu. dia, sang srikandi. hanya makhluk yang kecil seperti kuman dasarnya. hanya makhluk yang lemah seperti span benarnya. ditekan mudah. dikoyak mudah. srikandi itu, adalah yang sebegitu. dan. dia sudah lama terhapus. cuma tiada siapa sedar. tiada siapa tahu. tiada. ---------- srikandi yang terhapus, marilah wujud kembali. jadilah engkau seperti dilihat orang sekalian. jadilah engkau seperti dikata orang sekalian. engkau perlu begitu srikandi. Tuhan, tolong lah. wujudkan kembali srikandi yang sudah terhapus. ini. benda ini dari blog ak
kadang kadang, benda yang paling kita sayang tu yang akan lagi pergi jauh dari kita. sayang sungguh.
bang!! ditembak. jatuh. parah. berdarah. sesak. ------------ argh! lagi sekali kena.
membina tembok. berlapis lapis susunan batu nya. biar tebal. tak mampu diceroboh. tak mampu diroboh. di dalam nya satu lubang. yang kecil. muat cuma untuk aku. serta segala perasaan yang aku punya. sengaja. menjadi yang terasing. dan hanyut. bersama masa. bersama mimpi. tanpa siapa siapa yang aku kenal. tanpa siapa siapa yang kenal aku. dalam erti kata 'kenal' yang sebenarnya. dan ini tembok nya.