Posts

Showing posts from March, 2011

[35]

kepul kepul  magis pada langit merebak rebak dan dan dan menembusi hati paling dalam lalu membentuk bentuk love. siapa yang gatal buat magis ni?!

[34]

dan. ini sahaja. cukup. alhamdulillah. Tuhan Maha Adil. Dia jatuhkan sakit dan Dia bagi gembira dalam masa yang sama. Adil bukan?

[33]

ah! rasa ini. rasa yang paling ter-menyampah. paling benci. paling mahu di deny awal awal. pernah kau rasa benci akan apa yang kau dah lakukan? pernah kau rasa macam nak cekik diri kau pada masa itu juga bila ingat balik? pernah? itu yang aku rasa, manis ku. dan salahnya siapa?

[32]

Image
Azreel Azhar - Sesal Tubuh ini seakan lemah Tiada daya tiada kuasa Mengingat butir-butir dosa Terkumpul menjadi lumpur jiwa Menangis berjujuran air mata Aku hamba yang hina Sedekad masa diberi Hanya diselimuti noda Menjadi karat dalam hati Masihkah diterima taubatku lagi? Aku mengerti kesalahan diri Aku mengerti aku insan keji Aku mengerti tiada ruang buatku lagi Hanya menanti pembalasan azali Namun walau jengkal waktu ini Benarkan aku mencari Walau sekelumit ruang Menutup dosa-dosa silam Aku ingin sekali Menjadi hamba yang mengenal Siapa pencipta...

[31]

Image
tutup mata kita. tutup fikiran kita daripada kekalutan kehidupan. mari berfikir sejenak. bayangkan saat ini ada satu malaikat bersayap indah datang kepada kita, lantas dengan lembut berkata, "aku berikan kau kesempatan hebat. lima kesempatan untuk bertanya tentang rahsia kehidupan, dan aku pasti menjawab sekarang. lima pertanyaan. apakah pertanyaan pertamamu?" "di tengah begitu maraknya novel novel islami yang jelas isinya jauh daripada unsur unsur agama, novel ini bagai segelas air pelepas dahaga, hadir memberi pengalaman spiritual yang berkesan bagi pembacanya. anda akan menikmati segarnya kisah tentang pemahaman hidup dan kehidupan." - A.Syarif Maarif (budayawan, mantan Ketua PP Muhamadiah) "ketika anda membaca novel tere-liye kali ini, anda bakal merasakan bertapa kita tidak dapat berandaian dalam hidup." - Ratih Sanggarwati (penulis, artis) ---------------- aku bukan orang nya yang minat untuk bercerita tentang hebatnya

[30]

aku tak nak derhaka! aku tak nak derhaka! aku tak nak derhaka! tapi ada masa nya itu, aku ini tak terperasan bonda. aku ini goyah ayahanda. menjadi kan aku derhaka. bersebab kan perkara yang kecil. ----------- bagaimana ya? ditahan diri dari dikata celaka. diikat hati dari menderhaka. tapi tetap saja. pada waktu waktu yang tak terperasan. mencelaka kan diri menjadi derhaka. senang. minta maaf. insaf. minta jauh. doa kuat diri. Allah lindung. kembali jadi anak soleh. susah. malu. bukan sengaja juga pun. sudah minta. tetap sama. sakit tahu menderhaka. bagaimana ya? tolong aku. aku tak tahu untuk jelaskan. tolong sebarkan. supaya dapat jawapan.

[29]

tadi pergi buat blogwalking. kemudian tiba tiba terfikir. agak nya ada tak kemungkinan untuk bertemu jodoh di blog? * gosok dagu *

[28]

60 Purnama itu terlalu panjang (mantan) pahlawan. anak baru lahir juga sudah pandai membentak. pandai mengugut. di mana hebat nya engkau. sungguh aku tak tahu. bagaimana boleh selama itu aku bertahan. sungguh aku tak tahu. simpan engkau dalam hati. siang malam membiar setia. padahal, tak pernah nya kau tahu pun. cukup lah 60 purnama. memberi aku rasa yang istimewa. meski cuma aku saja yang rasa. terima kasih Tuhan. sekurang nya aku pernah merasa jatuh suka.

[27]

aku dah buta. gelap. seorang seorang. hilang punca. larut bersama kata kata yang lain. yang belum tentu jujur nya. ini yang sukar. untuk memilih. kerana sudah tak nampak.

[26]

hujan malam-pagi ini. biar terus jatuh pada muka mu. dan dengar dia berbisik. 'jaga diri baik baik.' itu. aku yang minta kan, kawan. *senyum*

[25]

keinginan untuk menulis seperti yang lain. yang punya magis pada setiap patah kata nya. yang aku suka kan. memang selalu melonjak lonjak dalam hati. ini tak tipu. aku kagum. kemudian ingin juga merasa dikagumi. ini tak tipu. sampai mengaku hasil yang lain sendiri yang punya. ini tipu. tapi. buat apa kan. [tepuk dahi] . masing masing sudah Tuhan cipta hebat nya. engkau hebat menulis, engkau pula hebat menyanyi. sudah punya hebat nya masing masing. mungkin belum nampak. kerana Tuhan belum mahu tunjuk.

[24]

aku lebih suka bila engkau terus ucap selamat tinggal. berbanding jumpa lagi. tidak perlu aku ternanti. tidak perlu aku membatu. untuk tunggu engkau datang lagi. bila mana engkau sebenarnya memang tidak mahu kembali.

[23]

maaf. aku tiada apa. untuk beri pada kau. kerana engkau sendiri mengaku sudah sempurna. kan?