Posts

Showing posts from May, 2011

[67]

okay. aku dah hilang skill berkomunikasi secara baik.

[66]

akan tiba satu masa yang kau rasa kau sangat rindu kan masa masa dahulu yang hilang. satu masa yang dengan tiba tiba engkau rasa kan seperti mahu dimanja manja. tidak. bukan bermanja macam beramah mesra tu. rasa yang macam engkau mahu, ada seorang yang mampu ada dengan kau setiap ketika. ini yang sebenarnya aku nak bagitau. tadi tu cuma beberapa perkataan tertaip. ada lah kut kaitan nya sikit sikit. heh. sudah tiba masa nya untuk aku, bentangkan jalan sendiri dan rasa sakit gembira berjalan atas jalan tadi. sudah tiba masa nya untuk aku, tahu jauh mana atau besar mana iman aku pada Dia. ah sebenarnya ini yang paling aku takutkan. kita rancang segalanya awal awal. macam, kau dah rancang untuk kau jadi budak baik dan pelajar terbaik di sekolah menengah [ketika itu kau masih bersekolah rendah]. kau dah rancang. tapi bila kau dah masuk ke dalam situasi yang sebenar, hah ini lah guna nya iman yang aku cakap tadi. itu yang aku takutkan sekarang. bagaimana nantinya aku di sana

[65]

ini perumpamaan. dari sudut aku. hidup bermain dengan kita. dia nak kita kejar dia dan dia nak kita lari dari dia. contoh. macam kau main musical chair lah. kau dengan kawan kau seorang. kerusi satu. alah kau tau lah kan macam mana permainan dia.  ibarat kan lah kawan kau tu keadaan sekeliling hidup kau. kerusi tu apa yang kau target dalam hidup. kau kena rebut dengan keadaan sekeliling untuk dapat capai target kau.  cuba tengok. kau dengan kawan kau kan saling kejar mengejar. dan dalam pada masa yang sama kau macam lari dari kawan kau untuk rebut kerusi tu dulu. kalau kawan kau menang dan dapat duduk kat kerusi tu kira kau dah kalah lah. tapi kan permainan musical chair tu boleh mula  main balik semula. sampai lah berapa banyak kali yang kau nak pun. dan kau main benda tu pun dengan gelak ketawa. itu macam lambang kau kuat gagah lah nak bangun dan capai target kau. heh. bukan senang nak hidup. okedah. okebai.

[64]

duduk sini. dengar. jangan diperap segala mimpi mimpi. membiar menjadi tidak bernilai. membiar tinggal cuma dalam kotak otak. lontar keluar kan. bangkit pantas. dan terus gagah. dan. percaya pada jalan Dia. percaya pada janji Dia. Allah lihat usaha bukan natijah atau hasilnya - Hlovate, Versus

[63]

Image
jam tigatigapuluh pagi. dan hati aku seperti dicarik-carik. ergh! boleh kan hati rasa dicarik-carik hanya kerana sebuah novel. boleh kan aku menangis sekejap tekup muka dengan bantal semua. Pada Angin Aku Berpesan lah yang bertanggungjawab dengan rasa aku ini. HAHA bongek kau mus. okay. itu satu. satu lagi mungkin sebab lagi dua minggu dari sekarang, aku bakal jadi pelajar UiTM Kampus Seri Iskandar. pertama kali jauh dengan mak bapak. pelik. sebab tak rasa sedih pun. dua minggu. kena siap kuat kan mental dan fizikal. dua minggu. dalam masa dua minggu saja. dan dengan ini aku hadiah kan kau orang satu tayangan video HAHA [memang semangat kan aku. kihkihkih]

[62]

jam empat. pagi. masih belum tidur tidur. membebel tentang yang tak pasti. membebel tentang rasa kehilangan. ah! memang tiap tiap apa aku tuliskan, semua tentang kehilangan. bosan yang muncul memang datang dari aku sendiri. cuma nya. sebelum maghrib tadi. tersentak. tersedar. segala yang hilang. segala kebahagiaan dahulu yang hilang. cuma pinjaman dari Dia. layaknya untuk Dia amik balik. walau bagaimana belum bersedia nya aku, Dia berhak. Dia kejam? tidak! kerana nantinya, Dia hadiahkan sesuatu yang lebih bahagia dari yang dahulu. semoga sempat.

[61]

jangan ambil kerja Tuhan. dosa dia dengan Tuhan. biar dia selesai dengan Tuhan. kita simpan malu orang. malu kita Tuhan simpan. [ abdullahjones ]