Posts

Showing posts from June, 2011

[74]

empat kali mimpi menjadikan aku seorang perempuan yang dengan sengaja membagi setia kepada seorang stranger yang aku yakin nantinya dia akan menjadi strength-ger aku. empat kali mimpi membuatkan aku memaksa agar tidak terjatuh suka kepada sesiapa yang lain melainkan dia ya. dia yang aku tidak tahu siapa. dan kerana mimpi yang empat itu membuatkan aku bertambah yakin dengan kekuasaan Nya. semoga dia itu, sentiasa dalam keredhaan Maha Kuasa 

[73]

kembalikan aku jatuh terjunam memcecah bumi kerana nya aku sudah penat untuk terbang tinggi dan dipandang ramai [kita sering tidak puas dengan apa adanya kita. ya, kita si mamalia penamak]

[72]

buat engkau yang entah siapa siapa, tolong. jangan biar terus. belati cucuk kau pada setiap ruang sendi kau dan kau menangis sendiri senyap senyap sembunyi sembunyi. sungguh itu sangat pedih. aku pohon. jangan lagi. tanpa kau tahu, di sebelah sana yang kau tidak nampak, ada juga yang rasa sama terseksa dengan kau. jadi tolong. jangan lagi.

[71]

tujuhpuluhribu semuanya bersama sayap sayap yang paling besar di kiri kanan atas bawah mana mana memberi lindung sebagai yang telah dijanji kan pada setiap momen kaki melangkah keluar tuju arah baik dan lidah basah menutur kalimah suci Allah tiada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk Nya, tidak mengantuk dan tidak tidur. kepunyaan Nya apa yang ada di langit dan di bumi. siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin Nya? Allah mengetahui apa apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki Nya. Kursi meliputi langit dan bumi. dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Hebat [2:225]

[70]

bentang kan bintang bintang pada langit sebagai ganti selimut tidur malam ku. dan, selamat bermimpi sang pahlawan :)

[69]

TIGA   RUANG. PILIH, MANA MAHU KAU. i tujuhbelas tahun terbela makan teduh terjaga hari hari menjadi biasa dengan segala arah ditetap ditunjuk mana baik mana sampah dimarah kerana sayang dirotan tak mahu nanti menjadi rosak dibentang jalan biar nampak bahagia tapi tiada tenang ii tujuhbelas tahun terbela makan teduh terjaga hari hari menjadi sia sia dengan segala cakap bohong meroyan menolak ditunjuk mengerang memaki bila dimarah hilang peduli berbirat dirotan tak perlu dibentang sudah nampak bahagia tapi penuh dendam iii tujuhbelas tahun terbela makan teduh terjaga hari hari menjadi basah dengan segala air mata yang merembes diminta tunjukkan jalan dirasa diri selalu dimarah ditampar sendiri biar sedar walau berkali dibentang jalan bahagia masih alpa fitrah hamba tapi belum cukup

[68]

alhamdulillah! :) dua minggu dah aku hidup kat uitm sri is. cehhh sri is. nama manja tu [HAHA]. dan setakat dua minggu ni, aku masih menjadi orang lah, belum jadi zombie lagi [HAHA]. ok ok. cukup lah gelak besar tu. dekat tempat baru aku tu, kira okey lah. dari bilik nak pergi kelas pun tak lah jauh. jalan kaki dapat lah sampai 15 minit. naik basikal dapat lah sampai 20 minit. sebab kena ikut jalan jauh sikit. tapi sebenar nya, aku tak test pun lagi naik basikal. aku main agak je ni. kihkihkih. aku masih menjadi aku yang dahulu. yang gemar kan benda benda pelik bak kata roomates aku. ada ke suka puisi kata benda pelik. ok lah pelik bagi mereka. sebab mereka tiga semua suka k-pop. ok benda suka k-pop ni memang tak pelik. tapi dorang best lah. kira sanggup layan aku yang pelik ni dan selalu tidak munasabah. macam okay lah. alah baru dua minggu pun. belum kenal betul lagi masing masing. cuba yang terbaik lah kan. dan kat tempat baru tu juga, ajar aku dekat kan diri lagi pada dia. mu