Posts

Showing posts from September, 2011

[92]

lapan belas dan sembunyi.

[91]

kali ini. aku mahu jujur. yang sebenarnya. aku bukan lah seorang yang jujur. seperti entri yang sebelum ini,  aku miliki topeng yang sangat ketat terlekat pada muka. ya. dan ya, kotak yang aku sedang duduki sekarang bukan lah kotak aku. sudah terlalu penat mungkin. penat menutupi menyimpan segala rasa sendiri penat yang sehinggakan aku mahu, seseorang, yang tidak kisah lah siapa pun beliau mampu membuatkan aku menjadi aku. [heh! agak pelik ayat di situ] diri aku yang dahulu nya [ok sekarang pun juga], yang hanya tahu menyerap segala benda terjadi, tanpa mengeluarkannya tidak melepaskan segala benda yang aku serap, mungkin itu yang menyebabkan aku memiliki topeng yang sangat payah untuk ditanggalkan. sehinggakan aku sendiri tenggelam di dalam nya dan tak muncul muncul dah. bagaimana mahu meluahkan pun, kerana sungguh aku tak tahu caranya. lihat saja, untuk luahkan apa sebenarnya perasaaan aku ketika ini pun agak payah di sini. [heh lagi] dan

[90]

untuk ketika ini. topeng aku. masih kekal terletak. harap. satu masa yang dekat ini. ada seseorang yang mampu. membuka topeng aku.

[89]

sedang sedih dan bahagia. sedang menangis dan tersenyum. seperti selalu. Allah itu Maha Adil. berikan duka dan suka pada waktu yang serentak. semoga. aku mampu.

[88]

tolehkan kepala kebelakang sekejap dan berdiam lama. kemudian lari laju laju dengan yakin dengan semangat. tinggalkan segala apa yang silap dulu dulu. jadinya nanti tak akan dibuat lagi. belajar. dari dahulunya kita. ---------- ini pun dari blog aku yang dahulu.

[87]

momen ini. aku rasakan. menulis adalah benda yang payah. payah. untuk tidak menulis kosong. payah. untuk menulis sesuatu yang nantinya beri manfaat pada yang lain. mungkinkah patut aku tangguh kan penulisan di sini buat sementara waktu? hmm hmm hmm *garu dagu*

[86]

Image
paling comel :) dua bulan saya. cukup indah. terima kasih Maha Pengasih.

[85]

Image
Selamat Merdeka Malaysia :) [aku memang suka kan terlambat lambat ni]

[84]

melihat kan kau dengan sangat mudah pantas berdiri gagah [wahal kita dua rebah sama sama] menjadikan aku manusia kejam sekejap memegang cemburu paling tinggi serta bertanya sendiri bagaimana bagaimana mampu kau terus kuat bertahan teguh? kenapa harus aku sepersis lalang? Tuhan, jika Kau mahu izinkan memberi seperca kekuatan milik dia aku inginkan sungguh, aku ingin.