Posts

Showing posts from 2012

[187]

pernah tidak merasa, atau kita bercakap cakap sendirian , " okay. ini lah masa nya!" ? tak kira lah untuk apa perkara sekali pun. kita merasa seperti saatnya dah tiba. atau inilah masa yang paling tepat, yang betul. yang betul betul kita inginkan. dan berkobar gila gila. pernah? dan pernah juga ke alami, yang rupanya, segala masa yang kita rasa dah betul tu - dah paling tepat dah. rupanya masa yang salah. salah sama sekali. pernah? dan masa yang betul yang ditunggu tunggu tu, datang tiba tiba. tanpa kita perasan pun. tanpa rasa apa apa. tanpa apa apa halangan. dan kita jadi lega. dan jadi senang hati. dan bersyukur sangat. -------- mungkin ini bukan masa yang tepat. tapi selagi tak bergerak, macam mana nak jumpa masa yang betul betul tepat tu, kan?

[186]

Image
sepertinya dia selalu senang keliru  sama hidupnya dia, dirinya dia.  serasa, apa yang dibuatnya kini,  apa betul betul benar? sepertinya dia  merasakan kini ruang nya ini  bukan milik dia lagi.  ruang yang dahulunya menjadi teman  selalu memeluk pujuk - menyuruh sabar  selalu menyimpan semua rasa dan rahsia  yang dia rasakan paling selesa paling selamat  tapi untuk momen ini - tidak. tidak.  sepertinya dia dan ruang ini  menjadi sesuatu yang asing - jauh.  dan seperti dibilang tadi.  dia selalu senang keliru.  apa sebenarnya,  ruang ini yang menjauh  atau hati nya dia yang memang tidak betah lagi di sini.  selamat tinggal, Disember.

[185]

Image
assalamualaikum awak awak :) hari ini saya nak bercakap cakap tentang buku. padahal bukan hari ni, dah lama dah, siap buat reminder lagi nak tulis pasal entri berbuku. ok, apa ke benda nye dah ni. dan kenapa nak bersaya awak pulak ni? adoyai!  baik. kembali ke asal. ehem. rata-rata orang kalau cakap pasal novel dari seberang mesti kebanyakan nya novel nukilan Andrea Hirata atau tak pun Habiburrahman El-Syirazi ( aku siap gugel nak eja nama dia ni haa). tapi aku tak pernahnya lah nak terbaca novel mereka mereka walau pun aku tengok je Laskar Pelangi tu, Ketika Cinta Bertasbih tu. dan memang best lah ceritanya. entah nanti nanti lah aku rajin aku pergi beli. okay. pernah dengar tak nama Tere-Liye? hah hah hah, aku suka dia. sangat.  hah ni lah novel yang aku nak cakap kan tadi. hehe .  perlu dinyatakan di sini yang sebenarnya aku tak pandai pun nak buat review pasal buku. heh.  Bidadari Bidadari Syurga berkisah kan tentang pergorbanan seorang kakak buat adik

[184]

Image
bera s alkan cuma satu titik kecil. kemudian merebak ke seluruhnya. bagai virus yang tak termampu dilawan. dan. akan terus menjalar bila dikongsi sama.  kasih. ----------- dahulu. aku selalu menconteng. ini contengan yang ke berapa pun tak tau. kertas asal nya pun dah hilang. sayang. nasib sempat dirakam. sekarang, dah ditarik. aku tak mampu lagi menconteng walau seorang orang lidi. ada hikmah. cuma Dia yang tahu.  ouh. aku ada buat blog khas untuk segala contengan aku lama dah dulu. nanti aku pindahkan semua nya ke sini. bila bila kalau aku teringat lah :)

[183]

sepertimana kau lihat gugurnya dedaun dari pohonnya, begitulah aku. kuning. kering. sendiri. sepi. punah. ranah. tercebis. terbiar. terbiar. oleh orang orang lalu lalang. oleh hati hati tidak sudi. tapi bukan Dia. kekasih agung.

[182]

hai stranger. lama tak bertemu. semoga kau sihat sihat, jiwa dan iman. tunggu aku.

[181]

aku tatau ini anugerah atau apa. aku pernah katakan yang dengan mudah nya masalah boleh hilang dari dalam kepala aku. ini memang sesuatu yang baik atau yang buruk aku pun tak tahu lah. bagaimana aku boleh lupa pada masalah yang melanda dengan mudah nya? aku pikir sekejap, kemudian aku menangis sekejap (ya, aku memang kuat. kuat menangis. heh.), kemudian aku pun tertidur - sebab dah penat menangis. kemudian aku bangun, dan poop!! aku macam manusia baru yang tak ada masalah apa apa. macam manusia yang dah hilang ingatan pada masalah masalah tadi. tapi sekarang dah jadi lagi kronik. sebab aku bukan saja lupa pada masalah. aku lupa juga pada kenangan. sama ada kenangan yang mencipta genangan mahu pun kenangan yang mencipta kegirangan. aku tatau ini anugerah atau apa. kasihan aku. heh.

[179]

pagi tadi.  aku kalah pada marah.  terus sabar aku jadi sia. dan aku.  dihukum bisu.  ironinya.  aku mahu.  terus menjadi bisu.  biar tiada hati menjadi sakit. lagi.

[178]

Image
Sungguh, lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. [Al-Ahzab : 35] lelaki dan perempuan. tempat nya sama disisi Allah. selagi kedua nya beriman dan beramal soleh pada Nya.

[177]

Image
ini kenangan. segala tulisan aku ada dalam tu sebelum aku ada blog. gambar ni kalau dah besarkan pun, takan boleh baca tulisan tu (kalau nak baca). sama ada sebab tulisan aku yang memang cenonet dan juga sebab tangan aku tak mahir nak amik gambar.  ini benda lama. tahun 2009 tak silap. puisi nama jiwa cantik. puisi ini bukan permulaan segala. aku tulis pun masa tu sebab ter-inspirasi. ini bukan permulaan segala, tapi dari sini mulanya aku rasa, yang aku tak boleh berhenti dari menulis. menulis puisi mungkin. apa rasa seorang budak enambelas tahun yang, yang sangat lah baru dalam dunia blog, yang tak tahu apa apa tentang puisi, yang menulis mengikut suka dia tiba tiba dia dapat emel dari seorang pemuisi perempuan, yang bercerita menjadi gagah dan sangat lah dikagumi kerana bakat nya? apa rasa? tak terucap. bila tengok nama akak tu terpamir kan emel aku aje, aku dah mematung depan laptop lama. belum kira berapa kali aku ulang baca. diingat kembali, aku masih hingusan masa tu.

[176]

Image
masing masing, ada masa silam.  antara kita mungkin ada, masa silam yang gelap. yang kalau mampu, nak disembunyikan menjadi rahsia. walau untuk diri sendiri.  dan. bila tiba saat nya ditampar berkali kali dan menjadi sedar yang harus nya untuk berubah. menjadi lebih baik. semua rasa payah dan rasa tak rela dan rasa macam seorang seorang pun muncul. tiba tiba semua benda yang nak dibuat, benda baik yang nak dibuat rasa payah. tiba tiba rasa letih. lebih letih dari rasa nak buat jahat.  dalam keadaan macam ni. hati memang perlukan makanan yang betul. salah pilih, boleh bawa penyakit. mungkin boleh bawa mati juga. menjadilah hati yang mati.  dalam keadaan macam ni. diri sendiri kena lawan dengan diri sendiri. kaki kena betul betul pasak kat tempat yang dah diri. yakin dah tempat ni tempat yang betul. tak boleh tumbang. sebab bila dah tumbang, mungkin jadi lagi payah nak bangun balik. tambahan, bila tumbang ke dalam lubang yang penuh dengan emas berlian, yang rupanya palsu.

[175]

Image
memang penghambaanku belumlah sempurna segala nilai ibadah masih terpatri duniawi segala nilai amalan masih terbetik pujian Ya Allah tetapkan imanku untuk terus dijalanMu

[174]

Image
i'm just out  to find  the better part of me  looking for special things inside of me it's not easy to be me.

[173]

setelah sekian lamanya. aku ini. masih. dan masih. sesat di dalam bayang sendiri.

[172]

hati aku terlampau kecil untuk memuatkan seorang lagi manusia seperti kau. tapi kenapa, kepala aku terlalu kosong sampai sempat memikir kau barang dua minit?

[171]

andai. memohon maaf berdepan itu mudah. buat aku. andai. menundukkan sedikit ego itu aku mampu.  andai.  tubuh aku bergerak mengikut kata hati dan akal tidak menegah. dan.  tubuh aku bergerak mengikut kata akal dan hati tidak menegah. *tarik nafas dalam* segalanya sia.  kerana aku masih aku.  yang maafnya cuma tersekat dikerongkong. andai. ini semua mudah bagi aku.

[170]

Image
bismillahirrahmanirrahim. ya Allah. jauhkan lah aku dari rasa putus asa dalam mencari dan menemu redha Mu. berikan lah aku rasa sabar dalam mencari dan menemu redha Mu. dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik [Al-Ankabut:69]

[170]

dan aku. memilih diam. bahagianya aku punya seorang. sakitnya juga aku punya seorang. seorang. bersama sama Dia. kerna Dia tak akan pernah membagi kecewa. dan kerana. cuma Dia yang aku ada. sampai mati.

[169]

hujan. lebat. dan petir itu terus terpanah tepat ke hati. yang baru kembali pulang.

[168]

aku rasa. sudah sampai masa. aku berhenti menipu dan ditipu diri sendiri. kan?

[167]

dalam diam diam. dalam tak sedar. kita memilih. untuk dengar apa yang kita mahu dengar. untuk nampak apa yang kita mahu nampak. padahal. keberangkalian untuk apa yang kita nak dengar nak nampak itu. adalah salah. kita memilih.

[166]

jangan jadi zalim dengan diri sendiri.  - Tentang Dhiya dan untuk beberapa saat tadi. hah! itulah aku. menjadi kejam pada diri sendiri.

[165]

Image
*menangis*

[164]

seperti mana engkau jumpa manis dalam pahit-pekat-hitam kopi. begitulah aku sekarang. tapi. aku tak pernah suka minum kopi. motif bagitau? :)

[163]

kasihan. dan kasihan itu tidak tahu, patutnya dituju pada siapa. pada orang yang diketepikan. atau pada yang mengetepikan. bodoh bodoh kau mengejar yang dimimpi. sampai lupa pada yang realiti. kau guna konsep pandangan mata ke hadapan. sampai tak ingat pun nak jeling jeling sikit pada yang di sebelah. mata kita memang bukan macam mata arnab. tapi kita ada akal ada hati. pandang sekeliling dengan mata hati. kalau rasa hati menipu, akal ada. guna baik baik. bukan letaknya untuk biar bersawang.

[162]

tadi pagi aku terjaga.  aku pegang pegang dada.  serasa macam pelik. ah! berlubang! aku lihat cermin. mana? mana hati aku? tak guna! dah hilang! -------- hati aku. tertinggal di sana. jika tak mahu. pulangkan ke aku.

[161]

biarkan. biar bertebar kemana mana.  kerna sungguh. cuma ini yang aku ada.

[160]

sakit ini magis.  tak nampak.  tak tergambar.  tak tercerita.  tak dapat faham.  magis. yang berkepul kepul.  magis. yang sesak.  tulis ini juga sakit.  lihat.  sakit ini magis.  nak cerita.  nak gambarkan.  nak nampakkan.  nak fahamkan.  tapi tetap tak mampu.  sebab tu magis namanya.

[159]

hidup kau simple. biasa biasa saja. hidup kau tak se-dramatik orang lain. namun, kau yang paling mengeluh kuat. kau yang sering mengadu hebat. engkau bilang, "hidup aku tak patut begini!"   engkau persoal macam macam. rimas sama kau. rasa nak ketuk ketuk aje kepala kau. mana syukur kau? apa bodohnya kau, bila Tuhan sudah permudah semua. tapi kau. meminta bukan bukan jadi payah. eh! jangan nak berdrama sangat.

[158]

hari ini baru aku faham. kenapa akak manis yang aku kenal tak sampai sebulan, yang aku baru main sms dengan beliau dua kali, itu pun atas urusan bisnes, yang pada message nya kali ketiga bertanyakan "iman hari ini apa kabar? " masa baca mesej akak tu, aku jadi kaku. jadi kalut, 'ah! macam mana nak balas ni?' aku taip aku padam. aku taip aku padam. alih alih aku jujur, aku cakap aku tengah teruk. dan akak tu tak pernah lupa nak tanya tentang iman aku macam mana bila kami saling main sms. dan aku jadi suka tentang itu. hari ini baru aku nampak, apa penting nya persoalan tu pada diri sendiri. bila tiap malam sebelum tidur atau bila bila masa yang terluang, bertanya pada diri sendiri, 'iman aku macam mana hari ini?' buat kita sedar mana silap kita hari tu. dan kalau kita tanya tu, kita tak jumpa silap dosa kita, dia ajar pula kita supaya jangan rasa riak. benarlah. iman kita ada turun naiknya.

[157]

dulu aku percaya, jalan pada kejayaan. kau kena usaha banyak kemudian doa banyak dan berakhir dengan tawakal. ini yang aku pegang. masa aku tak matang. (ceh.. macam sekarang dah matang) kemudian aku fikir. macam tak betul aje benda yang aku pegang ini. usaha itu bagaimana? doa juga usaha. tawakal itu serupa doa juga. dan aku dapat tangkap dah. (heh lambatnya...) yang jalan untuk berjaya itu. kau kena ada usaha dan doa dan tawakal. kena seiring. kena sama sama. tak boleh ada didahulukan tak boleh ada terkemudian. tiap apa yang kau usahakan, perlu ada doa. biar permudah. tunjuk ini usaha yang betul. dan tawakal.

[156]

Image
untuk enam bulan sebelum, ini antara; benda buat kuat bila hancur.  benda buat peringat bila leka. dan biar lah jadi penguat jadi peringat sampai mati. ah aku rasa rindu aku rasa sayu pada semua cerita sepanjang enam bulan lepas.  lebih sayu dari rasa rindu aku nak balik rumah kemarin. kenapa?

[155]

gelap pekat malam. sunyi sendiri malam. buat aku rasa jauh. jauh dari serabut. buat aku jadi dekat. dekat dengan yang namanya tenang. aku jatuh cinta. aku jadi terlampau rindu. dan perlahan lahan mengharap, ayuh, lekaslah pergi siang.  ayuh, lekaslah pulang malam!  jika aku resah juga. aku selesa resah aku bertemankan malam. bagaikan semua rasa yang aku punya aku cuma mahu kongsi sama malam. aku jadi kedekut pada terang siang. dan gelap malam dengan cahaya sedikit. buat aku rasa, aku perlu untuk keraskan asa. buat aku nampak, untuk mengejar cahaya itu perlu jadi kuat. kuat tidak tenggelam dek larut gelap hilang arah. buat aku lebih rasa. hidup aku terlampau pendek untuk menjadi sia. peliknya. aku menulis tentang malam. dalam siang. saja bikin cemburu barangkali. Slim River, 1330

[154]

Image
aku jarang menconteng sesuatu dengan diinspirasikan sebuah lagu.  okay bukan jarang. tak pernah sebenarnya.  nah lagu nya.

[153]

aku hitung hitung enam bulan sudah aku  habiskan sekali lagi, di sini. enam bulan yang sekejap. dan untuk sekejap ini aku bilang bilang ini pertama kali aku lihat bulan senyum indah. sungguh. bulan malam terakhir. dan entah kan apa, mahunya aku membiar malam ini menjadi panjang. lebih panjang dari enam bulan yang sekejap rugi aku tidak rakam gambarnya.. .

[152]

dari dahulu. resah aku mampu hilang bagai angin lalu. bila dengar suara bunda. dari dahulu. dan biarlah sampai bila bila. syukur. panjangkan umur bunda lagi, Tuhan. cakap cakap kita dengan mak kita pun dah kira zikruallah - Ustaz Ghazali

[151]

dan. telah aku buang semuanya. yang pernah aku suka kan. boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.  [2:216]

[150]

Image
i show you the mask of the best i can give. would you call me a hypocrite? will you hate me?

[149]

segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.  sembilan belas tahun membagi peluang.  dibentang pilihan pilihan.  dianugerah yang terbaik.  segala puji hanya bagi Allah. 

[148]

Katakan lah, "Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh Dia lah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." [Az-Zumar:53] -------------- jawapan untuk aku. untuk kita.  setiap jawapan persoalan kita.  ada dalam love letters Dia.  Allah sangat sayang kita kan? :')

[147]

aku jatuh. jatuh cuma. masih mampu bangkit lagi. kan? tapi sepertinya. aku mahu kekal jatuh. kerna baru aku perasan aku berpijak tanah. aku kecil hama. sebetulnya. aku takut untuk bangkit. risau menjadi sombong hina. risau menjadi gagal. ini. putus asa kah?

[146]

menulis ini juga payah.  meluah rasa apa entah lagi.  menulis ini juga terketar.  gementar seluruh nadi.  jika di sini penamatnya seorang aku,  sungguh aku belum mahu rela.  jika ini akhirnya aku.  sungguh ini yang terpaling sesal.  bagaimana mampu aku mati, tanpa melaku sedikit jihad?  tak perlu pikir jauh. tak usah lari jauh.  jika jihad menunduk nafsu juga tidak termampu,  usah mimpi tidur malam ini.  bagaimana mampu aku mati, tanpa menjadi askar dahulu?  tak perlu keluar perang. tak perlu angkat senjata.  jika hasut syaitan juga tidak mampu tapis,  jangan mimpi untuk jadi kuat.  [ok. apa sebenarnya yang aku nak cakap pun aku dah tak faham.] meluah rasa juga payah.  menulis ini apa entah lagi.

[145]

dosa dosa semalam. menjadi dosa hari ini. betapa aku telah gagal dalam nikmat gembira. tiap malam penuh sesal. tiap malam penuh janji, 'esok pasti 'kan aku menjadi lebih baik'. masih. dosa dosa semalam. terus. menjadi dosa hari ini. menjadi langsung lupa dalam gembira. malam kembali sesal, kembali janji, kembali mungkir. masih. aku-pendosa-bertopeng.

[144]

bagaimana boleh, aku menjadi kaku menulis? sepatah ditulis, sepuluh dipadam. ditulis kembali. dan. bagaimana boleh, aku merasa sekejap benar? bagai kan tak sempat pejam kemudian celik kembali pun, ramadhan sudah hampir penghujung. entah kan mungkin atau tidak aku ada lagi untuk ramadhan yang nantinya. entah kan mungkin atau tidak aku merasa esok. moga. ramadhan ini tak menjadi sia. moga. ramadhan ini benar benar beri makna. moga. segala ibadah dibuat, terus dibuat dan ditambah untuk bulan bulan yang lain nya. moga. kita menjadi tambah dekat dengan Nya. dan tambah cinta pada Dia :)

[143]

hari ke dua puluh satu. aku memecah diam. hari pertama syaaban.  dan bunda dan kakanda selamat berlepas petang tadi. tiada apa mahu kata. kerana memang tidak tahu apa mahu kata. Ya Allah, semoga engkau permudahkan urusan bunda dan kanda. semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik sepanjang di Tanah Suci. semoga apa yang dihajati tercapai. semoga bunda dan kanda dan kami sekeluarga sentiasa berada dalam redha dan rahmat Mu. Amin!

[142]

juni tiba. dan aku diam.

[141]

mei hiba. dan aku leka.

[140]

Image
aku. aku tak tahu kenapa. garisan lengkung yang sangat sukar terbentuk ke wajah aku akhir akhir ini, boleh muncul. dengan sangat lebar. sangat. bila aku terjumpakan video ni.

[139]

Image
ubat. -------------------------- belajar memberi. dan kau bakal menerima.  dan bukan meminta semata.

[138]

beri hadiah pada hati. dan ikhlaskan lah maaf mu. - Ili Syazwani

[137]

turunlah. turunlah wahai hujan. basahi jiwa ku. - Bin Jidan, Garisan Abstrak

[136]

dengar sini. ini permintaan yang dah tak mampu dihitung. tolong. jangan degil. tolong. sangat sangat. dan belajar. belajar memohon maaf. tolong ya? *tepuk tepuk dada*

[135]

apa perkataan tu? sebu? ke tepu? entah. yang aku tahu. saluran nafas aku hingga ke dada, ada sesuatu di situ. macam tiba tiba jadi penuh. sangat penuh. sangat mampan (?). saat aku ketandusan ayat ayat dalam kepala untuk menulis sesuatu. saat aku mencemar jiwa mendengar pada yang tak patut. saat aku mengaku betapa aku rasa kan yang aku ini seorang hipokrit terlampau. saat fikiran aku dan hati aku seluruhnya aku punyai sekarang tidak benar benar ingat pada Dia, Maha Satu itu, nah! dengan sangat sekejap, ini yang muncul;               hari ini kita masih leka, padahal masa sudah semakin tiada. kenapa? ya Allah kenapa? seperlu apa lagi yang aku perlu kata kan? *pause* aku ini apa sebenarnya? bagaimana baik nya Dia kepada aku? lihat. dengan sangat sekejap. Dia selalu beri kan jawapanNya kepada aku dengan sangat sekejap. dan, tidak tahu mahu kata apa, selalunya juga, jawapan jawapan itu melalui seorang orang yang sama. jika dia itu terjumpa kan blog aku ini, dan dia pas

[134]

jatuh hati lagi. pada entah siapa siapa. jatuh cinta lagi. pada tulisan tulisan dia. pada dia yang entah siapa siapa. yang tulisan tulisan nya berkisah tentang surat surat cinta dari Dia. sungguh. dalam diam diam. aku sudah jatuh cinta. *senyum*

[133]

bagaimana lagi mampu ku berdalih. kerna sungguh aku pemegang cemburu paling tinggi. ---------------- bila kah aku boleh jadi 'comel' macam mereka mereka ni semua, ya Allah?

[132]

oh manis ku. mahu kah kira nya kau sempurnakan aku? apa bisa kah kau memapah aku yang tempang ini? kalau tidak mahu pun. apa bisa kah kau ajarin aku sesuatu? ajarin aku tentang cinta. mahu? tentang bagaimana cantik nya cinta. tentang bagaimana mahu menanam cinta. dan kemudiaan nya semakin bertambah. seluruh nya tentang cinta. apa kah engkau sudi, oh manis ku? ajarkan aku. tentang cinta. cinta pada Dia. --------------- mood baru habis baca Tunjuk Langit Cinta - Sharizad Shafian :)

[131]

indahnya dunia sudah kau punya dari dahulu lagi, sayang. lantas, untuk apa engkau menjadi kejam pada diri? mencemari indah yang kau punya? sayang. sungguh sayang sekali.

[130]

jam 0430.  peperangan hati dan minda. ---------------------------- ini tentang pertanyaan pertanyaan yang terluah. ini tentang jawapan jawapan yang tidak terluah. apa yang engkau mahu jumpa kan sebenarnya? kesedaran yang hadir memang akan dibiar terus lenyap saja, kah? bila mana engkau mahu bangun dari duduk mu, apa memang akan kembali jatuh? apa memang engkau tidak punya daya lansung untuk bangkit sendiri? apa memang masih mahu menanti ada yang menarik kau keluar dari dasar laut dan bawa kau terbang jauh? persediaan seperti apakah yang engkau mahu sediakan? mahu sehingga nya engkau tidak merasa terhina sungguh baru hendak memula langkah? sungguh aku tanya, apa sebenarnya mahu mu? pingin bertemu Tuhan, tapi apa sahaja yang engkau sudah selesaikan? bukan. apa sahaja yang engkau sudah mulakan? sudah tahu jawapannya? tidak tahukah engkau yang penerimaan kau ini sebenarnya penafian semata? ---------------------------- sampai bila? sampai bila mahu berada

[129]

angin kuat. awan gelap. anehnya. cuma di satu tapak itu saja. cuma di sekitar dia itu saja. dia - perempuan. perempuan. yang kakinya terikat kuat akar bumi. yang tangannya cuba mencapai apa saja - tapi tiada dapat. dia. tetap di situ. cuma menanti. cuma menanti. rahmat yang bakal turun basahi dia.

[128]

Image
ini benar benar sudah melampau. benar benar sudah tenggelam jauh. nafasnya masih ada, syukur. nadinya masih ada, syukur. cuma sudah tidak keruan denyutnya. sudah tidak lancar hembusnya. ikut kiraan yang sering silap, mungkin lah sudah belasan kali. tenggelam timbul tenggelam timbul. ikut kiraan yang selalu tersalah congak. ya, baru belasan cuma. dicuba sendiri menolak kaki menguak tangan untuk timbul mengutip nafas. baru belasan kali bukannya ratusan ribuan jutaan kali. tapi sudah hilang daya begini. tapi sudah hilang daya untuk setiap kali sebenarnya. ini benar benar sudah habis daya. (mungkinkah?) "tarik kan aku. dan bawa aku terbang."

[127]

Image

[126]

menyembunyikan diri adalah perkara yang jauh lebih sukar rupanya daripada melarikan diri. bila mana engkau melarikan diri, kalau terserempak dengan sesuatu, seseorang yang kau sedang cuba larikan diri tu, kau tak akan rasa takut sangat. atau terasa sangatlah kaku. dan tindakan refleks kau, kau akan lari. jadi lagi mudah. sebab kau memang dalam keadaan itu. sedang berlari. dan dah nama pun engkau melarikan diri, kau dah sedia maklum yang ada sesuatu, seseorang mengejar kau. kau dah sedia maklum dengan mungkin segala tindak tanduk lawan kau tu. dia kejar kau dengan laju, kau lari dengan lebih laju. konsepnya mudah. tapi yeah, masih ada payahnya. dan penatnya. tapi, bila mana engkau dalam keadaan bersembunyi, menyembunyikan diri. konsepnya jadi lebih sukar. engkau akan berada dalam keadaan yang sangatlah tak bersedia bila lawan kau tiba tiba muncul depan mata. sebab kau tengah sembunyi. tahap untuk kau merasa terkejut bercampur dengan rasa takut adalah sangat sangat tinggi. ini sun

[125]

ditembak. peluru tembusi kepala. tapi darahnya tiada! tapi kesannya tiada! tak boleh biar. ini sungguh tak boleh dibiar.

[124]

engkau mampu saja matikan mimpi ku. cuma tolong jangan patahkan asa ku. engkau mampu saja bikin hati ku lumpuh. cuma tolong jangan hentikan harapan ku. engkau mampu saja. cuma tolong jangan. tinggalkan ku seorang.

[123]

dakapi aku malam. jangan. jangan lepaskan. dakapi aku. cumbui aku. biar hingga tulang ku retak semua. biar aku tiada daya membebas diri. selimuti aku. temani aku. cuma jangan. pujuki aku. lagi.

[122]

masa. adalah penawar. masa juga. penyeksaan. biarkan aku. lesap. sekejap pun jadilah. lenyap ditelan masa. aku mahu. sangat mahu. masa yang menjadi penawar. aku mahu. sangat mahu.

[121]

ini adalah satu benda yang sangat lah tiba tiba. aku rasa. akhirnya. aku dah jumpa seseorang yang macam aku juga. mungkin lah ada dua tiga benda yang tak macam aku. dan entah. tiba tiba aku rasa bahagia. pelik aku ni. hahaha

[120]

pada momen pensil bertemu kertas kertas lusuh pada momen jari jari bermain main bersama papan kekunci pada saat dahi menyentuh sejadah, bersujud memohon pada saat telapak tangan ditelekup ke muka, berdoa memohon aku ini rasa ini aku ini masih tidak mampu meluah rasa ini masih tetap tidak terluah dan untuk beberapa saat ini, jari jari aku kejang, terhenti. otak aku berdengung, beku. masih tidak mampu jua mencari satu patah kata yang tepat untuk lahirkan segala rasa segala letak duduk nya aku sekarang. aku cuma sudah letih.

[119]

Image
hari hitam putih aku yang selalunya dulu dah jadi banyak warna. kejap kejap aku hiba. kejap kejap aku suka. kejap kejap aku simpati. kejap kejap aku menyampah. dalam satu hari. aku boleh ada empat macam keadaan. (atau lebih) dalam satu hari. aku boleh jadi empat manusia lain. (atau lebih) ya. jiwa-hati-minda-jasad aku. jadi lebih terisi dengan banyak banyak warna. yang serabut.

[118]

Image
aku. sangat suka kan bintang. 

[117]

Image
ok. aku tak tahu ini apa. tapi.. ha aku dah selesai baca 4 novel  Syud  buat. jalan cerita novel dia ringkas. maksud, memang cerita cerita tu selalu je terjadi dalam dunia sebenar. perkara perkara biasa yang terjadi pada orang biasa. dan aku bukan lah nak cerita pasal novel dia sangat. cuma apa aku nak bagitau, aku tak pernah rasa 'sedekat' ini dengan segala buku yang pernah aku baca. tapi 4 novel Syud tu dah berjaya buat aku rasa sangat 'dekat'. ni novel yang 4 aku cakap kan rasa tu hadir (ceh macam apa je...) sebab semua watak heroin dalam novel novel Syud ni, aku rasakan ada cebisan cebisan diri aku. diorang, watak watak tu macam pecahan diri aku, dibahagi empat, dan dibuat cerita. mula mula aku tak perasan benda ni. tapi lepas aku baca novel novel tu versi ulangan yang entah berapa kali dah (ye, aku memang suka baca buku sama banyak banyak kali sebab aku tak ada dan malas nak beli buku yang lain kalau aku tak nak, peratus tak nak beli lebih tinggi lah),

[116]

Gadis Kecil dengan Payung dan Se-orang Tua dengan Beca Tua gadis kecil sunyi itu, jalan di satu lorong dalam hujan. lebat. payung di tangan tapi tidak dibuka. membagi percuma hujan basahi diri. tidak merasa risau sakit yang bakal timpa. untuk apa bila momen ini pun dia sudah merasa sakit? lalu beca tua, dikayuh se-orang tua berbaju hujan. lusuh. kuning pudar. becanya bukan baju hujannya. melaung kuat se-orang tua melawan suara hujan memanggil gadis kecil sunyi. mahu ditumpangkan gadis bersama payung itu, walau nanti dia tahu tempat duduk beca nya bakal basah dan dia juga bakal penat untuk keringkan kembali. tapi itu, belakang cerita. sunyi. cuma suara hujan yang menjadi latar. dan kadang kadang, guruh juga. gadis kecil bersama payung nya terletak di sebelah, bersuara mengeluh. "saya ini tidak ada apa apa pakcik. saya ini tidak hebat. bagaimana mahu jadi hebat seperti mereka mereka yang hebat itu ya pakcik?" se-orang tua yang dipanggil pakcik itu, diam. gadis kecil

[115]

semalam baru aku sedar. yang jika engkau mengharap tinggi pada satu orang yang engkau sangat hormat-kasih-sayang kan, kau harus bersedia untuk rasa kecewa yang sama tinggi. sebab kalau tak, engkau akan jadi macam luarnya ada dalamnya tiada. heh. aku cukup tak suka keadaan ini. sebab aku lah, orang yang tak bersedia tu.

[114]

Image
salam :) hari ni birthday bapak tapi hari ni yang masak makan tengah hari tadi pun bapak. bukan aku. ngehehehe. bapak masak kari kepala ikan yang memang superb! wahaha bapak kalau masak benda yang dia suka memang lazat aje. kalah mamak. sorry lah bapak, anak perempuan mu yang umur dah nak penghujung belasan ni masih belum tahu nak menggulai ke mengkari ke. kalau tak memang dah masak kan dah untuk bapak tapi rasa nya still tak boleh lawan lah kari bapak. best je tadi makan berdua dengan bapak. lepas tu bapak pun bagitau lah anak dia ni sikit macam mana nak masak kari nak masak gulai lemak. wuhoo! :D moga bapak panjang umur sempat lah nak tengok anak dia punya anak. hehe. kalau dapat suami macam bapak best jugak ni. okay. ni lah bapak saya yang osem dan hensem :) # ouh dah aku tatau kenapa kawan kawan aku macam pelik bila aku panggil bapak aku bapak. apa kah?

[113]

apa jadi nya pada pelanduk di tengah gajah sama gajah bergaduh? mati tersepit? aku. belum lah mati tersepit. kemungkinan pertama; aku, boleh jadi pelanduk yang tolong mendamaikan. dan mereka berbaik. kemungkinan kedua; aku, boleh jadi juga pencetus pergaduhan yang lagi dasyat. dan aku mati tersepit. aku lagi suka kemungkinan yang pertama tu. aku selamat. mereka sejahtera. aman. ya Tuhan. izinkan aku menjadi pendamai bukan pencetus perang. Amin.

[111]

Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutan kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. [59:21] Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Pemurah lagi Maha Penyayang. [59:22] Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan. [59:23] Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaul Husna. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [59:24] alhamdulillah. jangan pernah kedekut berdoa. sungguh, Dia Maha Mengetahui. Dialah yang menurunkan kepada hamba-Nya ayat-ayat yang teran

[110]

Image
A man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th. aku percaya, setiap orang boleh berubah dengan bersebabkan apa apa saja. kadang kadang sebab tu boleh jadi sangat lah tak relevan. dan aku, mula berasa hendak berubah, menjadi sesuatu yang lebih baik, dari pandangan Dia, bersebabkan dengan baca Versus, Hlovate yang buat. time tu memang rasa aku hidup selama ni, aku jadi baik selama ni sebenarnya masih belum cukup baik. itu satu. kemudian tadi, lepas dah baca separuh Contengan Jalanan,  ada satu rasa lagi datang. yang perubahan yang aku buat ni, masih belum cukup. banyak lagi rompong nya. masa tak pernah menunggu manusia. dan kenapa aku, manusia yang nak menunggu saja sampai tiba masa yang tepat untuk aku bergerak? macam mana kalau masa yang tepat kononya pada pandangan aku, itulah masa yang aku tak tersempat?

[109]

berhenti mengeluh. ucap syukur. dah banyak nikmat Allah bagi kau. apa lagi yang kau nak?

[108]

aku sangka aku kuat macam kayu. tapi aku lupa kayu pun boleh reput. aku pikir aku tahan lasak macam besi. tapi aku lupa besi pun boleh karat. bila dibiar makan anai-anai. bila dibiar letak bawah hujan terik hujan terik. aku lupa. yang sebenarnya aku ini. rapuh macam biskut kering.

[107]

aku hilang dia. sebulan, dua atau hampir enam bulan sudah barangkali. entah aku tak pernah hitung. aku malas. aku punya semua. keluarga, kawan-hujan-ribut-taufan aku. dan ouh, zon selesa aku. tapi entah kan kenapa, aku masih mahu dia. tamak? mungkin. tak reti nak bersyukur? separuh betul. aku masih mahu kan dia. ah! ini sudah terlampau lama. ah! aku sudah terlampau rindu. ini permintaan aku. jika Engkau kenan kan ya Tuhan, pinjamkan dia ke aku kembali. kerana sungguh. aku sudah terlampau rindu. pinjamkan ke aku semula. segala tulisan tulisan yang aku pernah punya dahulu. segala kata kata yang aku punya, yang kuatkan aku. segala butir perkataan, yang aku guna dahulu bila hendak meluah segala isi jiwa. aku mohon.

[106]

assalamualaikum. hee~~ lama nya gila lah tak menulis. selalu je ada rasa rindu nak menulis macam dulu dulu. tapi selalu lah juga tak kesampaiaan. sebenarnya, skill menulis macam dulu dulu tu dah hilang. pergi mana entah dia pun tak tau. ok dah. alhamdulillah. dalam masa yang sepi tanpa menulis kat sini, dah banyak dah belajar. insyaAllah lekat lah sampai mati ilmu tu. lekat lekat juga, amal pun kena juga ye dak. hehe. ada benda nak cerita tapi macam tak boleh nak cakap. mungkin sebab tak tahu nak susun ayat yang macam mana kut. ouh aku memang ada masalah susun ayat dari dulu samapi sekarang. heh. dan ok lagi. last hari tu tulis pasal hati kosong-jiwa tiada-hapus rasa, kan? yep, memang tu pun aku rasa. rasa macam jasad ada tapi dalam semua dah lesap. masa hari tu lah. sekarang Alhamdulillah dah normal balik kut. hahaha. Alhamdulillah juga, Allah bantu. bantu hantarkan sahabat sahabat yang baik. jaga aku ingat kan selalu tentang apa apa yang terlupa. ya, kita manusia memang selalu t

[105]

terima kasih. kerna telah menjadikan aku seorang orang yang tidak lagi punyai jiwa. terima kasih. kerna membuatkan aku hilang rasa pada setiap perkara. terima kasih. kerana engkau jiwa aku sudah mati.