Posts

Showing posts from September, 2012

[152]

dari dahulu. resah aku mampu hilang bagai angin lalu. bila dengar suara bunda. dari dahulu. dan biarlah sampai bila bila. syukur. panjangkan umur bunda lagi, Tuhan. cakap cakap kita dengan mak kita pun dah kira zikruallah - Ustaz Ghazali

[151]

dan. telah aku buang semuanya. yang pernah aku suka kan. boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.  [2:216]

[150]

Image
i show you the mask of the best i can give. would you call me a hypocrite? will you hate me?

[149]

segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.  sembilan belas tahun membagi peluang.  dibentang pilihan pilihan.  dianugerah yang terbaik.  segala puji hanya bagi Allah. 

[148]

Katakan lah, "Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh Dia lah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." [Az-Zumar:53] -------------- jawapan untuk aku. untuk kita.  setiap jawapan persoalan kita.  ada dalam love letters Dia.  Allah sangat sayang kita kan? :')

[147]

aku jatuh. jatuh cuma. masih mampu bangkit lagi. kan? tapi sepertinya. aku mahu kekal jatuh. kerna baru aku perasan aku berpijak tanah. aku kecil hama. sebetulnya. aku takut untuk bangkit. risau menjadi sombong hina. risau menjadi gagal. ini. putus asa kah?

[146]

menulis ini juga payah.  meluah rasa apa entah lagi.  menulis ini juga terketar.  gementar seluruh nadi.  jika di sini penamatnya seorang aku,  sungguh aku belum mahu rela.  jika ini akhirnya aku.  sungguh ini yang terpaling sesal.  bagaimana mampu aku mati, tanpa melaku sedikit jihad?  tak perlu pikir jauh. tak usah lari jauh.  jika jihad menunduk nafsu juga tidak termampu,  usah mimpi tidur malam ini.  bagaimana mampu aku mati, tanpa menjadi askar dahulu?  tak perlu keluar perang. tak perlu angkat senjata.  jika hasut syaitan juga tidak mampu tapis,  jangan mimpi untuk jadi kuat.  [ok. apa sebenarnya yang aku nak cakap pun aku dah tak faham.] meluah rasa juga payah.  menulis ini apa entah lagi.

[145]

dosa dosa semalam. menjadi dosa hari ini. betapa aku telah gagal dalam nikmat gembira. tiap malam penuh sesal. tiap malam penuh janji, 'esok pasti 'kan aku menjadi lebih baik'. masih. dosa dosa semalam. terus. menjadi dosa hari ini. menjadi langsung lupa dalam gembira. malam kembali sesal, kembali janji, kembali mungkir. masih. aku-pendosa-bertopeng.