Posts

Showing posts from November, 2012

[177]

Image
ini kenangan. segala tulisan aku ada dalam tu sebelum aku ada blog. gambar ni kalau dah besarkan pun, takan boleh baca tulisan tu (kalau nak baca). sama ada sebab tulisan aku yang memang cenonet dan juga sebab tangan aku tak mahir nak amik gambar.  ini benda lama. tahun 2009 tak silap. puisi nama jiwa cantik. puisi ini bukan permulaan segala. aku tulis pun masa tu sebab ter-inspirasi. ini bukan permulaan segala, tapi dari sini mulanya aku rasa, yang aku tak boleh berhenti dari menulis. menulis puisi mungkin. apa rasa seorang budak enambelas tahun yang, yang sangat lah baru dalam dunia blog, yang tak tahu apa apa tentang puisi, yang menulis mengikut suka dia tiba tiba dia dapat emel dari seorang pemuisi perempuan, yang bercerita menjadi gagah dan sangat lah dikagumi kerana bakat nya? apa rasa? tak terucap. bila tengok nama akak tu terpamir kan emel aku aje, aku dah mematung depan laptop lama. belum kira berapa kali aku ulang baca. diingat kembali, aku masih hingusan masa tu.

[176]

Image
masing masing, ada masa silam.  antara kita mungkin ada, masa silam yang gelap. yang kalau mampu, nak disembunyikan menjadi rahsia. walau untuk diri sendiri.  dan. bila tiba saat nya ditampar berkali kali dan menjadi sedar yang harus nya untuk berubah. menjadi lebih baik. semua rasa payah dan rasa tak rela dan rasa macam seorang seorang pun muncul. tiba tiba semua benda yang nak dibuat, benda baik yang nak dibuat rasa payah. tiba tiba rasa letih. lebih letih dari rasa nak buat jahat.  dalam keadaan macam ni. hati memang perlukan makanan yang betul. salah pilih, boleh bawa penyakit. mungkin boleh bawa mati juga. menjadilah hati yang mati.  dalam keadaan macam ni. diri sendiri kena lawan dengan diri sendiri. kaki kena betul betul pasak kat tempat yang dah diri. yakin dah tempat ni tempat yang betul. tak boleh tumbang. sebab bila dah tumbang, mungkin jadi lagi payah nak bangun balik. tambahan, bila tumbang ke dalam lubang yang penuh dengan emas berlian, yang rupanya palsu.

[175]

Image
memang penghambaanku belumlah sempurna segala nilai ibadah masih terpatri duniawi segala nilai amalan masih terbetik pujian Ya Allah tetapkan imanku untuk terus dijalanMu

[174]

Image
i'm just out  to find  the better part of me  looking for special things inside of me it's not easy to be me.

[173]

setelah sekian lamanya. aku ini. masih. dan masih. sesat di dalam bayang sendiri.

[172]

hati aku terlampau kecil untuk memuatkan seorang lagi manusia seperti kau. tapi kenapa, kepala aku terlalu kosong sampai sempat memikir kau barang dua minit?

[171]

andai. memohon maaf berdepan itu mudah. buat aku. andai. menundukkan sedikit ego itu aku mampu.  andai.  tubuh aku bergerak mengikut kata hati dan akal tidak menegah. dan.  tubuh aku bergerak mengikut kata akal dan hati tidak menegah. *tarik nafas dalam* segalanya sia.  kerana aku masih aku.  yang maafnya cuma tersekat dikerongkong. andai. ini semua mudah bagi aku.

[170]

Image
bismillahirrahmanirrahim. ya Allah. jauhkan lah aku dari rasa putus asa dalam mencari dan menemu redha Mu. berikan lah aku rasa sabar dalam mencari dan menemu redha Mu. dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik [Al-Ankabut:69]

[170]

dan aku. memilih diam. bahagianya aku punya seorang. sakitnya juga aku punya seorang. seorang. bersama sama Dia. kerna Dia tak akan pernah membagi kecewa. dan kerana. cuma Dia yang aku ada. sampai mati.