Posts

Showing posts from December, 2012

[187]

pernah tidak merasa, atau kita bercakap cakap sendirian , " okay. ini lah masa nya!" ? tak kira lah untuk apa perkara sekali pun. kita merasa seperti saatnya dah tiba. atau inilah masa yang paling tepat, yang betul. yang betul betul kita inginkan. dan berkobar gila gila. pernah? dan pernah juga ke alami, yang rupanya, segala masa yang kita rasa dah betul tu - dah paling tepat dah. rupanya masa yang salah. salah sama sekali. pernah? dan masa yang betul yang ditunggu tunggu tu, datang tiba tiba. tanpa kita perasan pun. tanpa rasa apa apa. tanpa apa apa halangan. dan kita jadi lega. dan jadi senang hati. dan bersyukur sangat. -------- mungkin ini bukan masa yang tepat. tapi selagi tak bergerak, macam mana nak jumpa masa yang betul betul tepat tu, kan?

[186]

Image
sepertinya dia selalu senang keliru  sama hidupnya dia, dirinya dia.  serasa, apa yang dibuatnya kini,  apa betul betul benar? sepertinya dia  merasakan kini ruang nya ini  bukan milik dia lagi.  ruang yang dahulunya menjadi teman  selalu memeluk pujuk - menyuruh sabar  selalu menyimpan semua rasa dan rahsia  yang dia rasakan paling selesa paling selamat  tapi untuk momen ini - tidak. tidak.  sepertinya dia dan ruang ini  menjadi sesuatu yang asing - jauh.  dan seperti dibilang tadi.  dia selalu senang keliru.  apa sebenarnya,  ruang ini yang menjauh  atau hati nya dia yang memang tidak betah lagi di sini.  selamat tinggal, Disember.

[185]

Image
assalamualaikum awak awak :) hari ini saya nak bercakap cakap tentang buku. padahal bukan hari ni, dah lama dah, siap buat reminder lagi nak tulis pasal entri berbuku. ok, apa ke benda nye dah ni. dan kenapa nak bersaya awak pulak ni? adoyai!  baik. kembali ke asal. ehem. rata-rata orang kalau cakap pasal novel dari seberang mesti kebanyakan nya novel nukilan Andrea Hirata atau tak pun Habiburrahman El-Syirazi ( aku siap gugel nak eja nama dia ni haa). tapi aku tak pernahnya lah nak terbaca novel mereka mereka walau pun aku tengok je Laskar Pelangi tu, Ketika Cinta Bertasbih tu. dan memang best lah ceritanya. entah nanti nanti lah aku rajin aku pergi beli. okay. pernah dengar tak nama Tere-Liye? hah hah hah, aku suka dia. sangat.  hah ni lah novel yang aku nak cakap kan tadi. hehe .  perlu dinyatakan di sini yang sebenarnya aku tak pandai pun nak buat review pasal buku. heh.  Bidadari Bidadari Syurga berkisah kan tentang pergorbanan seorang kakak buat adik

[184]

Image
bera s alkan cuma satu titik kecil. kemudian merebak ke seluruhnya. bagai virus yang tak termampu dilawan. dan. akan terus menjalar bila dikongsi sama.  kasih. ----------- dahulu. aku selalu menconteng. ini contengan yang ke berapa pun tak tau. kertas asal nya pun dah hilang. sayang. nasib sempat dirakam. sekarang, dah ditarik. aku tak mampu lagi menconteng walau seorang orang lidi. ada hikmah. cuma Dia yang tahu.  ouh. aku ada buat blog khas untuk segala contengan aku lama dah dulu. nanti aku pindahkan semua nya ke sini. bila bila kalau aku teringat lah :)

[183]

sepertimana kau lihat gugurnya dedaun dari pohonnya, begitulah aku. kuning. kering. sendiri. sepi. punah. ranah. tercebis. terbiar. terbiar. oleh orang orang lalu lalang. oleh hati hati tidak sudi. tapi bukan Dia. kekasih agung.

[182]

hai stranger. lama tak bertemu. semoga kau sihat sihat, jiwa dan iman. tunggu aku.

[181]

aku tatau ini anugerah atau apa. aku pernah katakan yang dengan mudah nya masalah boleh hilang dari dalam kepala aku. ini memang sesuatu yang baik atau yang buruk aku pun tak tahu lah. bagaimana aku boleh lupa pada masalah yang melanda dengan mudah nya? aku pikir sekejap, kemudian aku menangis sekejap (ya, aku memang kuat. kuat menangis. heh.), kemudian aku pun tertidur - sebab dah penat menangis. kemudian aku bangun, dan poop!! aku macam manusia baru yang tak ada masalah apa apa. macam manusia yang dah hilang ingatan pada masalah masalah tadi. tapi sekarang dah jadi lagi kronik. sebab aku bukan saja lupa pada masalah. aku lupa juga pada kenangan. sama ada kenangan yang mencipta genangan mahu pun kenangan yang mencipta kegirangan. aku tatau ini anugerah atau apa. kasihan aku. heh.

[179]

pagi tadi.  aku kalah pada marah.  terus sabar aku jadi sia. dan aku.  dihukum bisu.  ironinya.  aku mahu.  terus menjadi bisu.  biar tiada hati menjadi sakit. lagi.

[178]

Image
Sungguh, lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. [Al-Ahzab : 35] lelaki dan perempuan. tempat nya sama disisi Allah. selagi kedua nya beriman dan beramal soleh pada Nya.