Posts

Showing posts from May, 2013

[208]

ada masanya, kita kena lari dari kebiasaannya kita. lari untuk mencari 'sesuatu'. sesuatu yang lebih baik. sesuatu yang lebih bawa makna. pasti ada. sebab kita tak akan pernah tahu, apa yang bakal Dia hadiahkan untuk kita. kita tak akan tahu dan tak akan jumpa. kalau kita tak lari untuk mencari. jadi meh lari. "Kat tempat baru yang orang tak kenal kita, nak start something yang baru tu tak susah mana" - Trisy, Rooftop Rant

[207]

seorang bonda memaksa menjadi kuat untuk anaknya menjadi kuat; selepas dikecewakan dunia. seorang suami memaksa menjadi kuat untuk isterinya menjadi kuat;  selepas anak yang dikandung lima bulan diambil Tuhan.  seorang sahabat memaksa menjadi kuat untuk sahabatnya menjadi kuat;  selepas ditipu hidup hidup oleh sahabat yang lainnya.  seorang ayah memaksa menjadi kuat untuk keluarganya menjadi kuat;  selepas kemiskinan menghimpit jiwa.   seorang anak memaksa menjadi kuat untuk bondanya menjadi kuat;  selepas kematian suami.  seorang isteri memaksa menjadi kuat untuk suaminya menjadi kuat;  selepas dibuang kerja serta merta.  seseorang memaksa menjadi kuat untuk seseorang yang lain menjadi kuat. dan di atas segala kekuatan semua semua itu, datangnya dari Dia.  Dia pemilik segala kekuatan. ------------ untuk abang ngah dan isteri, semoga kuat dengan kehilangan ini. insyaAllah masih ada rezeki buat kalian.

[206]

Image
kita tak bisa mengubah duduknya gunung. tapi kita mampu mendaki gunung untuk sampai ke puncaknya.

[205]

Image
dua situasi; pilih. satu. cebisan hati kau diambil-curi.  dua. cebisan hati kau dicantum-cantik ini. bukan apa apa pun. rindu menconteng. mungkin.

[204]

bagaimana engkau boleh menjadi manusia yang benar benar kalah? bila engkau menyerah kalah sebelum sempat bermulanya apa apa.  dan bila engkau mula mencipta alasan membenarkan apa yang kau lakukan. walau cuma alasan dalam hati.  dan ini sekali gus  menjadikan kau manusia pengecut.

[203]

dia. perempuan berjiwa kecil. yang punya dua harapan seluas langit. ya. dua harapan. satu; mahu menjadi lenyap daripada seluruh pandangan dan kenangan. dua; mahu menjadi wujud pada setiap pandangan dan sebutan. tapi sayang. seperti jiwanya yang kecil. daya usahanya jua kecil. lalu. terkubur lah dia bersama dua harapannya. harapan tinggal harapan.

[202]

dia dibunuh. oleh watak watak yang dia mainkan.

[201]

ini perkongsian. aku pernah cerita dalam blog juga dahulu tentang bagaimana aku nak berubah pakai tudung labuh baju longgar tutup aurat dengan sempurna semua. dan ini, cerita yang sama juga. cuma lebih terperinci, mungkin. dan entri ini untuk satu peraduan sebenarnya [ klik sini ]. ------------------------ “Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkein

[200]

setiap cerita, permulaannya adalah sebuah pengakhiran. dan kita, bukan hidup sekali. hidup yang di sini tentukan hidup kita yang di Sana. berbaik baik lah. Salam 1 Rejab.