Posts

Showing posts from 2016

[282]

Mungkin saja, kita pernah berdiri di tempat yang sama. Cumanya berlainan masa. Mungkin saja, kita pernah berselisih bahu. Tetapi mata tidak pula bertemu. Biarlah. Kemungkinan kemungkinan itu memang kadangnya, lebih manis bila tidak diketahui. Maka biarlah.

[281]

minta ku, diajarkan aku tentang menyimpan rasa (amarah) sekaligus mampu menjadi tenang. diam tidak menghebah. tenteram tidak menggelabah. ajarkan aku untuk hidup sendiri wahai manusia manusia sunyi.

[280]

satu hari itu entah apa yang menjadi sebabnya aku mula menerima dan tidak lagi berharap untuk kau muncul di hadapan aku, Laila. kerana memang sejak awal lagi kau cuma lah watak yang aku cipta sendiri. kau ternyata tidak pernah wujud. dan sejak satu hari itu aku sudah berhenti bermimpi. malah sehingga kini, aku mulai lupa bagaimana mempunyai mimpi.

[279]

setahun lalu, aku meminta.  tahun ini, masih permintaan yang itu itu juga.  -- diberi lebih sabar.  -- dijadikan aku pelajar yang benar benar belajar.  sepanjang setahun ini,  aku masih ini ini lah juga.  lalu aku berkeputusan.  sejak lama dahulu,  sepatutnya aku,  terima sahaja diri aku yang ini ini,  dan bukannya mahukan diri aku begitu begitu.   

[278]

sepanjang minggu ini,  yang telihat di sekitar aku,  adalah hati hati yang penuh kebencian.  manusia yang membenci manusia lain.  -- benci.  -- tidak suka.  -- tidak puas hati.  dah macam wabak.  merebak kepada sesiapa sahaja.  tahu lah aku,  betapa hati hati kita telah tenat.  sungguh lah, penyakit hati penyakit yang paling bahaya.  macam mana kita rasa kan kita ni baik, hati kita dah bersih,  tetapi tidak sebenarnya.  bukan hanya sekali perlu dibersihkan.  tetapi tiap detik.  satu contoh. tentang aku. dahulu, aku pernah merasa melakukan street dakwah. pada awal nya, sungguh memang niat Lillahi Taala. demi agama Nya.  di pertengahan, timbul satu rasa dalam hati.    "Ya Allah, bagus ni makin ramai yang mendengar" saat itu, tahulah aku, bahawa aku sudah diserang penyakit hati.  aku jadi suka. jadi suka dengan kejayaan diri sendiri yang berjaya menarik ramai untuk mendengar.  tapi aku silap. mereka mendengar, teta

[277]

"Bila kamu melihat orang yang lebih kekurangan nya daripada kamu, dan kamu merasakan kasihan kerana Tuhan menguji mereka seperti itu, kamu tersilap. Tuhan juga sedang menguji kamu. Menguji hati kamu, tindak tanduk kamu. Apa yang telah/ akan kamu lakukan kepada mereka?" Sungguh, nikmat yang kita rasa, bukan untuk kita seorang, bukan untuk kita simpan. Tapi untuk kita gunakan dan berikan pada yang lain. Ada terlampau banyak cara, terlampau banyak ruang. Pilih yang betul. Pilih yang kita mampu. Beri apa yang sedang kita ada dalam tangan. Bukannya menanti, berlengah, berkata kata sendiri, "Bila aku kaya, akan aku berikan segala." Apa yang ada dalam tangan kita, bukan seratus peratus hak kita. Dalamnya ada milik yang lain. Kerana tiada apa yang Maha Pemilik selain Dia. Give. And you will receive.  Even a single smile can change a life.  Salam Ramadhan :)

[276]

Image
- nak hati baru. + hati sekarang? - kotor. hitam. + basuh lah.  - dah basuh. kotor lagi. + salah cara basuh agak nya. basuh lagi. - nak hati baru. bersih. hati sekarang nak buang. taknak ingat. + mana boleh. nanti hati baru kotor, buang lagi? - hati baru tak akan kotor. + pasti? - ........ + basuh hati sekarang. kotor hitam, basuh lagi.  - penat lah. tak boleh hilang dah kotor nya! + memang lah. mana boleh hilang sekali gus. tapi kena lah basuh jugak.     hari hari basuh. lama lama hilang lah kotor. jangan kotor kan balik. - ............. + basuh lagi okay? tak apa penat sikit. hasil berbaloi.    kita basuh sama sama, ya.  

[275]

"siapa lagi yang nak pujuk diri kita kalau bukan kita sendiri?" lama dahulu, ayat ini yang aku ulang cakap kat diri sendiri. siapa yang kenal arlina banana akan jumpa ayat ini jugak. masa dia keluarkan buku dia dengan ayat ni, aku terkejut kejap sebenarnya. sebab, eh serupa? tapi takda apa yang pelik pun. sebenarnya, kita semua pun ada ayat untuk diri sendiri. untuk beri semangat pada diri sendiri. takda apa yang boleh buat kita bahagia. alih alih diri sendiri juga yang akan gembira kan hati sendiri. satu, sebab cuma kita yang kenal, yang faham diri kita. cuma kita yang tahu apa mahu kita bila perasaan tengah tak betul. kita sendiri tahu apa yang kita nak. cuma yalah, kadang kadang kita keliru sendiri. tapi lama lama, bila dah makin besar ni, ayat tu dah tak relevan ke aku. aku tak rasa aku mampu pujuk hati sendiri. keadaan dah lain. daya penerimaan dah lain. aku ni perempuan degil. perempuan degil yang perlu kan seseorang yang terus terang depan aku, dan kata k

[274]

biarpun kalah berkali, selagi belum mati, tiada alasan untuk berhenti. ----- entri ini terhasil dari entri yang ini . selepas bertahun, dan mungkin untuk tahun tahun yang mendatang, beginilah aku. memujuk hati sendiri untuk bangun kembali biarpun tergolek berkali. semoga Allah bantu. dan iya, Dia selalu ada. cuma Dia.

[273]

How could you be so heartless?  How could you be so Dr. Evil?  You're bringing out a side of me that I don't know  - The Fray, Heartless kotak itu, aku beri untuk kau jaga elok aku izinkan, untuk kau buka dan selongkar segala isi dalam nya kau selongkar selongkar kau cari cari dan akhirnya kau jumpa satu figura yang aku tak tahu kewujudannya kau ambil kotak kau pulangkan cuba beritahu bagaimana mampu untuk berjalan dengan dada yang berlubang?

[272]

Letih lah. Letih dengan diri sendiri dari dulu sampai sekarang, ini ungkapan aku. aku tak reti untuk hidup tanpa kata orang sekeliling. orang yang dekat dengan aku. orang yang aku sayang. segala apa yang orang itu katakan, terbias ke dalam hati.  kata kata yang macam,  "Ish menyampah lah dia ni" "Serius sikit boleh tak? tahu tak orang tak suka?" "Tolong lah jangan jadi annoying sangat" bukan seorang dua. bukan sekali.  tapi itulah yang orang orang duk ulang ke aku.  kita tahu, bila orang tu cakap kat kita, memang untuk kebaikkan kita. takda nya orang saja saja cakap. tambah lagi orang yang dekat dengan kita. sebab dia sayang kita. dia nak kita ubah diri, jadi yang lebih baik. bukan untuk capai kesempurnaan pun, cukup untuk jadi lebih baik.  dan ini lah sebab kenapa aku letih dengan diri sendiri. sebab tak reti nak berubah. duk itu itu juga. macam mana penat nya orang tu pesan, cakap kat ki

[271]

cerita aku cerita bosan. dari awal hingga ke tengah cerita, mendatar. tiada intonasi. tiada emosi. tiada kata menusuk hati. cerita yang aku reka, tiada penghabisan. tak pernah aku letak kan kata muktamad. aku tinggalkan dengan persoalan. ya. diri aku sendiri yang selalu persoalkan. cerita yang aku karang, tak pernah habis. sebab aku malas nak pikir pengakhiran nya. sebab aku sendiri tak pernah sampai ke pengakhiran nya. sebab sebenarnya, cerita cerita semua itu adalah sebuah harapan. harapan. harapan yang bagaimana akhirnya nanti, aku tak pasti. kerana aku, belum pun pernah sampai ke pengakhiran.

[270]

tika ini, apa yang aku paling mohon, biarlah akal aku lebih mendahului daripada mulut aku. semoga aku reti diam sebentar. heh.

[269]

Januari lepas, blog ni genap 5 tahun. Selama 5 tahun, aku tak pernah bercerita di blog seperti cerita sebuah diari. Kalau cerita pasal diri sendiri aku suka guna ganti nama diri ketiga. atau aku tulis dalam bentuk puisi. Sebabnya tak nak orang tahu yang sebenarnya, itu adalah tentang aku. Sebabnya, bila aku baca semula, boleh timbul satu rasa di hati yang aku kena awas diri dan buat sesuatu. sejak 5 tahun dulu, aku sibuk kisah kan nak mencari diri sendiri. Nak kenal aku ini siapa, bagaimana sebenarnya. sejak 5 tahun dulu, aku cuba faham, apa arah tuju aku. Ke mana langkah kaki aku. Tapi sampai ke hari ini, aku tak ada jawapan. sejak 5 tahun dulu, aku buat keputusan untuk cari Tuhan. Dekat dengan Dia. Aku berubah? Iya. Jadi lebih baik? Entah. Tahun ini, umur aku dah nak masuk 23. Dan aku mula rindu banyak perkara tentang aku yang dahulu. yang tak pernah peduli apa kata orang. yang tak mudah terasa hati. yang tak mudah goyah dengan masalah.  yang tidak menunj