Posts

Showing posts from May, 2016

[276]

Image
- nak hati baru. + hati sekarang? - kotor. hitam. + basuh lah.  - dah basuh. kotor lagi. + salah cara basuh agak nya. basuh lagi. - nak hati baru. bersih. hati sekarang nak buang. taknak ingat. + mana boleh. nanti hati baru kotor, buang lagi? - hati baru tak akan kotor. + pasti? - ........ + basuh hati sekarang. kotor hitam, basuh lagi.  - penat lah. tak boleh hilang dah kotor nya! + memang lah. mana boleh hilang sekali gus. tapi kena lah basuh jugak.     hari hari basuh. lama lama hilang lah kotor. jangan kotor kan balik. - ............. + basuh lagi okay? tak apa penat sikit. hasil berbaloi.    kita basuh sama sama, ya.  

[275]

"siapa lagi yang nak pujuk diri kita kalau bukan kita sendiri?" lama dahulu, ayat ini yang aku ulang cakap kat diri sendiri. siapa yang kenal arlina banana akan jumpa ayat ini jugak. masa dia keluarkan buku dia dengan ayat ni, aku terkejut kejap sebenarnya. sebab, eh serupa? tapi takda apa yang pelik pun. sebenarnya, kita semua pun ada ayat untuk diri sendiri. untuk beri semangat pada diri sendiri. takda apa yang boleh buat kita bahagia. alih alih diri sendiri juga yang akan gembira kan hati sendiri. satu, sebab cuma kita yang kenal, yang faham diri kita. cuma kita yang tahu apa mahu kita bila perasaan tengah tak betul. kita sendiri tahu apa yang kita nak. cuma yalah, kadang kadang kita keliru sendiri. tapi lama lama, bila dah makin besar ni, ayat tu dah tak relevan ke aku. aku tak rasa aku mampu pujuk hati sendiri. keadaan dah lain. daya penerimaan dah lain. aku ni perempuan degil. perempuan degil yang perlu kan seseorang yang terus terang depan aku, dan kata k

[274]

biarpun kalah berkali, selagi belum mati, tiada alasan untuk berhenti. ----- entri ini terhasil dari entri yang ini . selepas bertahun, dan mungkin untuk tahun tahun yang mendatang, beginilah aku. memujuk hati sendiri untuk bangun kembali biarpun tergolek berkali. semoga Allah bantu. dan iya, Dia selalu ada. cuma Dia.