Posts

Showing posts from June, 2016

[278]

sepanjang minggu ini,  yang telihat di sekitar aku,  adalah hati hati yang penuh kebencian.  manusia yang membenci manusia lain.  -- benci.  -- tidak suka.  -- tidak puas hati.  dah macam wabak.  merebak kepada sesiapa sahaja.  tahu lah aku,  betapa hati hati kita telah tenat.  sungguh lah, penyakit hati penyakit yang paling bahaya.  macam mana kita rasa kan kita ni baik, hati kita dah bersih,  tetapi tidak sebenarnya.  bukan hanya sekali perlu dibersihkan.  tetapi tiap detik.  satu contoh. tentang aku. dahulu, aku pernah merasa melakukan street dakwah. pada awal nya, sungguh memang niat Lillahi Taala. demi agama Nya.  di pertengahan, timbul satu rasa dalam hati.    "Ya Allah, bagus ni makin ramai yang mendengar" saat itu, tahulah aku, bahawa aku sudah diserang penyakit hati.  aku jadi suka. jadi suka dengan kejayaan diri sendiri yang berjaya menarik ramai untuk mendengar.  tapi aku silap. mereka mendengar, teta

[277]

"Bila kamu melihat orang yang lebih kekurangan nya daripada kamu, dan kamu merasakan kasihan kerana Tuhan menguji mereka seperti itu, kamu tersilap. Tuhan juga sedang menguji kamu. Menguji hati kamu, tindak tanduk kamu. Apa yang telah/ akan kamu lakukan kepada mereka?" Sungguh, nikmat yang kita rasa, bukan untuk kita seorang, bukan untuk kita simpan. Tapi untuk kita gunakan dan berikan pada yang lain. Ada terlampau banyak cara, terlampau banyak ruang. Pilih yang betul. Pilih yang kita mampu. Beri apa yang sedang kita ada dalam tangan. Bukannya menanti, berlengah, berkata kata sendiri, "Bila aku kaya, akan aku berikan segala." Apa yang ada dalam tangan kita, bukan seratus peratus hak kita. Dalamnya ada milik yang lain. Kerana tiada apa yang Maha Pemilik selain Dia. Give. And you will receive.  Even a single smile can change a life.  Salam Ramadhan :)