Posts

Showing posts from 2017

[303]

rasa rindu yang dibiarkan, diletak sepi, di-tidak-peduli-kan, benar benar akan menjadi nanah. rasa rindu aku ini, yang aku sedari lama dahulu, telah menjadi nanah.  merosakkan.  melemahkan.  aku koma.  nasib sungguh belum mati.  masih belum terlambat untuk mula semula, kan?

[302]

aku rasa, kita dua masing masing tahu. yang kita sudah tidak seperti dahulu. aku jadi kalah dengan waktu. jarak kita tidak berkongsi khabar terlampau lama. aku kah yang berubah? ya, aku lah yang berubah.

[301]

Tiada hadiah yang lebih indah melainkan nikmat peluang bernafas untuk satu hari lagi. Bagaimana aku boleh terlupa akan ini, dan terusan mengeluh? Satu hembus nafas lagi, satu peluang membina asa diri. Walaupun jatuh berkali, selagi bernafas, jangan lupa untuk bangkit kembali. ---- untuk nikmat merasa hidup di umur ini, segala puji hanya bagi Mu , Ya Allah.

[300]

buat baik. buat baik. buat baik. untuk hati sendiri. untuk akal sendiri. walau tak mampu jadi baik, pura pura buat baik. biar lama lama boleh jadi baik. untuk diri sendiri.

[299]

Image
[Sumber Gambar Google] selain Fynn Jamal, Wani Ardy, Sue Anna Joe, Hidd Mihat dan banyak banyak lagi manusia dulu dulu, komik ini juga menjadi antara penyebab aku mula menulis di blog. sampai lah sekarang ni. komik ini juga lah yang ajar aku erti jatuh cinta pandang pertama ketika aku baru form 2 (kut). sebab apa? sebab aku nampak aje komik ni dalam kedai news apa ntah tu, aku terus amik dan bayar RM7. padahal aku bukan budak yang suka baca komik selain daripada komik dalam Utopia, Ujang, Gila-gila dan komik cina bisu. senang cerita, komik ini adalah kekasih hati aku yang pertama sebab aku memang dah fall in love gila lah kat dia haa. dan sebab kan dia, aku decide untuk jadikan diri aku seperti aku yang sekarang. nampak kasar tapi dalam hati tisu huhu. macam kaktus. "Kaktus adalah sesuatu cecair yang lembai" lebih kurang gini lah ayat dia dalam tu. sejak tu aku pilih cara untuk jadi macam kaktus. macam yang dia cakap ni. berapa ramai aje yang suka kaktus? yang ras

[298]

aku belajar. untuk melupakan keperitan, adalah dengan berhenti bercerita mengenainya.

[297]

Ramai orang, sukar memaafkan kerana sakit nya akibat sesuatu perbuatan itu masih terasa (mungkin). Jarang orang, sukar meminta maaf. Kerana mungkin, bagi mereka jika tiada ikhlas, jika tidak berniat untuk sungguh tidak mengulangi, jika tiada sebab untuk segera meminta maaf, maka mereka tidak akan meminta maaf. Mungkin. Aku tak pasti apa sebab nya. Tapi aku, walaupun hati kamu tiada ikhlas, walaupun hati kamu tidak berniat sungguh untuk tidak mengulangi, jika mulut kamu lancar menutur maaf seperti sememangnya itu hanyalah sekadar kata, aku tidak kisah. Tutur saja lah maaf bila memang itu salah nya kamu. Bukannya aku boleh tahu hati kamu benar ikhlas atau pun tidak. Aku tak mahu dengar banyak. Cukup lah hanya kata maaf tanpa alasan. Kerna itu sahaja sudah mampu bikin hati aku tenang tidak marah marah.

[296]

Image
aku baru habis baca novel ni. ini novel ke enam Rin Ahmad. dan aku memang ada ke semua novel dia. jatuh cinta dengan penulisan Rin sejak novel pertama, Untuk Semua Dosaku. Dua daripada enam novel Rin dah dijadikan drama, Bimbo dengan Arluna. Tapi macam biasa, aku lagi suka versi novel sebab bagi aku, drama tu, tak sampai maksudnya. aku tak tengok pun Arluna, sebab sejak aku tengok Bimbo, aku tak suka dengan cara pengolahan drama tu. ada sesuatu yang kurang. tiga novel Rin sekarang memang dah jadi favourite aku sangat sangat. semua novel dia best sebab bagi pengajaran dan dalam setiap novel dia memang akan jumpa satu ilmu baru. contoh, dalam Untuk Semua Dosaku. ada cerita pasal ideologi Hitler. ada cakap pasal betapa lari nya maksud bila kita baca "qul" sebagai "kul" dalam Surah Al-Ikhlas. Untuk Semua Dosaku memang paling banyak bagi pengajaran. betapa kental nya seorang Nur Lisa untuk membuang segala perkara tidak baik yang dia dah terbiasa buat dahulu,

[294]

aku tak pernah bagitau kat sini, sepanjang aku di uitm seri iskandar sehingga lah ke uitm puncak alam, apa yang aku buat, course apa yang aku amik. kan? aku amik akaun. daripada dulu sampai lah sekarang aku tak benar benar pasti, adakah pilihan aku untuk amik akaun ni benar benar pilihan yang tepat. tahu macam mana aku boleh tergerak nak taruh 'Perakaunan' masa isi UPU lama dulu? sebab hari sebelum result keluar tu aku istikharah minta Allah tunjuk apa yang terbaik. macam mana aku tahu apa petunjuk Allah tu dan apa yang terbaik? jujurnya, entah aku sungguh tak tahu. aku cuma tergerak untuk taruh Diploma Perakaunan UiTM dekat pilihan pertama setelah aku lihat LCCI aku dapat gred 1. and the rest is history. dan aku rasa syukur. syukur dapat belajar kat seri iskandar. satu tempoh dalam hidup aku, yang aku benar benar sayang dan rindu. kemudian, sehingga lah hari ini, aku sudah masuk sem kedua kat INTEC, sambung amik ACCA pula. dan sekali lagi, aku tak benar benar pasti tent

[293]

segala puji bagi Mu Ya Allah Tuhan sekalian alam. untuk entah ke berapa juta kali nya, segala syukur hanya kepada Mu, kerana dalam apa jua keadaan ku, Engkau tetap memandu aku agar kembali semula kepada Mu. Maha Suci Allah, Tuhan Yang Maha Besar, jauh kan lah aku dari rasa lelah memohon ampun kepada Mu. kerana sesungguhnya Ya Allah, sungguh tiada lagi tempat yang layak aku tuju melainkan hanya kepada Mu jua. Allahu Rabbi.

[292]

harapan tidak seharusnya membunuh. merapuhkan hati, mematikan langkah. sebaliknya, dengan harapan, jiwa seharusnya teguh. tetap teguh tegak terus terpasak. terus percaya walaubagaimana sekali pun, di hujung jalan gelap, akan ada cahaya. harapan tidak seharusnya mematikan jiwa.

[291.2]

Nafas Jangan memegang masa lalu. Cukup cuma dibiar, tersimpan dalam memori. Jangan terlalu bergantung harap dengan masa hadapan. Merancang boleh, kerana tiada apa yang pasti. Hidup dalam masa sekarang. Hidup sehidupnya dengan penuh makna.

[290]

bagaimana aku benar pasti, pilihan pertama adalah yang benar benar terbaik? bagaimana aku mampu tetapkan untuk tidak menyesal tidak memilih yang kedua? tidak. aku tidak selalu pasti. aku tak mampu untuk selalu tetapkan supaya bakal tiada penyesalan dikemudian hari. tiada apa yang pasti. aku memilih, daripada menjadi terlampau keliru tentang ketidakpastian, aku memilih untuk percaya dengan kuasa Tuhan. aku memilih menyedapkan hati, penyesalan tidak akan membawa aku ke mana mana. dan rahsia dari Nya adalah yang terpaling indah.

[289]

dia memilih untuk sentiasa berada di belakang tabir. memilih untuk berada di tempat terpaling belakang, terpaling bawah. memilih untuk mendukung, dan menyokong sesiapa yang disekelilingnya. meminjamkan bahu atau apa sahaja daya yang dia mampu. dia, yang di belakang tabir. mengutip asa sesiapa yang jatuh, dan meletakkan kembali di tempat sepatutnya. kerana cuma dengan itu asa nya terbina. menjahit sayap sayap koyak tanpa sedar jarinya sendiri terluka. dia, yang di belakang tabir. mengharapkan atas segala usaha nya mendukung, mengutip, dan mencantikan, sesiapa yang berada di sekelilingnya akhirnya berbahagia. dia, yang tidak mengharapkan untuk dilihat oleh sesiapa, mahu sentiasa berada di belakang tabir.

[288]

maafkan aku. kerana menjadi bukan yang terbaik.

[287]

satu minggu, dua bulan, tiga tahun, sepuluh tahun pun, akan balik juga. sini saja yang sanggup tunggu. sini saja yang selamanya rindu.

[286]

bisu sepi. ghaib kosong. seminggu membisu. sebulan sepi. ghaib tak terkesan. laman jadi kosong.

[285]

ke mana hati aku berumah? sini tidak, sana pun tidak. malah, ghaib pula. terbang ke mana? berlari ke mana? atau cuma duduk tegak saja tetap pasak? tapi mana?

[284]

I hope, I can be as strong as you.

[283]

kamu sudah jarang ke sini. aku dengar dengar ke pangkuan Laila mu juga, tidak. apa alasan kamu ke sini malam ini? jika mahu ucap selamat ulangtahun, kamu sudah lewat beberapa hari, tahu? aku tidak kisah jika kamu sudah ada yang lain. aku tidak kisah jika kamu mahu datang ke aku bilamana kamu cuma sedih. tetapi, ini tidak. kamu sudah tidak sudi bertemu aku? kamu sudah besar. besar besar lagi mahu keliru? sudah lah, tetap kan hati kamu. tetap kan hati kamu untuk berumah di mana. ----------- hati aku, berumah di mana?