Posts

Showing posts from July, 2017

[298]

aku belajar. untuk melupakan keperitan, adalah dengan berhenti bercerita mengenainya.

[297]

Ramai orang, sukar memaafkan kerana sakit nya akibat sesuatu perbuatan itu masih terasa (mungkin). Jarang orang, sukar meminta maaf. Kerana mungkin, bagi mereka jika tiada ikhlas, jika tidak berniat untuk sungguh tidak mengulangi, jika tiada sebab untuk segera meminta maaf, maka mereka tidak akan meminta maaf. Mungkin. Aku tak pasti apa sebab nya. Tapi aku, walaupun hati kamu tiada ikhlas, walaupun hati kamu tidak berniat sungguh untuk tidak mengulangi, jika mulut kamu lancar menutur maaf seperti sememangnya itu hanyalah sekadar kata, aku tidak kisah. Tutur saja lah maaf bila memang itu salah nya kamu. Bukannya aku boleh tahu hati kamu benar ikhlas atau pun tidak. Aku tak mahu dengar banyak. Cukup lah hanya kata maaf tanpa alasan. Kerna itu sahaja sudah mampu bikin hati aku tenang tidak marah marah.

[296]

Image
aku baru habis baca novel ni. ini novel ke enam Rin Ahmad. dan aku memang ada ke semua novel dia. jatuh cinta dengan penulisan Rin sejak novel pertama, Untuk Semua Dosaku. Dua daripada enam novel Rin dah dijadikan drama, Bimbo dengan Arluna. Tapi macam biasa, aku lagi suka versi novel sebab bagi aku, drama tu, tak sampai maksudnya. aku tak tengok pun Arluna, sebab sejak aku tengok Bimbo, aku tak suka dengan cara pengolahan drama tu. ada sesuatu yang kurang. tiga novel Rin sekarang memang dah jadi favourite aku sangat sangat. semua novel dia best sebab bagi pengajaran dan dalam setiap novel dia memang akan jumpa satu ilmu baru. contoh, dalam Untuk Semua Dosaku. ada cerita pasal ideologi Hitler. ada cakap pasal betapa lari nya maksud bila kita baca "qul" sebagai "kul" dalam Surah Al-Ikhlas. Untuk Semua Dosaku memang paling banyak bagi pengajaran. betapa kental nya seorang Nur Lisa untuk membuang segala perkara tidak baik yang dia dah terbiasa buat dahulu,

[294]

aku tak pernah bagitau kat sini, sepanjang aku di uitm seri iskandar sehingga lah ke uitm puncak alam, apa yang aku buat, course apa yang aku amik. kan? aku amik akaun. daripada dulu sampai lah sekarang aku tak benar benar pasti, adakah pilihan aku untuk amik akaun ni benar benar pilihan yang tepat. tahu macam mana aku boleh tergerak nak taruh 'Perakaunan' masa isi UPU lama dulu? sebab hari sebelum result keluar tu aku istikharah minta Allah tunjuk apa yang terbaik. macam mana aku tahu apa petunjuk Allah tu dan apa yang terbaik? jujurnya, entah aku sungguh tak tahu. aku cuma tergerak untuk taruh Diploma Perakaunan UiTM dekat pilihan pertama setelah aku lihat LCCI aku dapat gred 1. and the rest is history. dan aku rasa syukur. syukur dapat belajar kat seri iskandar. satu tempoh dalam hidup aku, yang aku benar benar sayang dan rindu. kemudian, sehingga lah hari ini, aku sudah masuk sem kedua kat INTEC, sambung amik ACCA pula. dan sekali lagi, aku tak benar benar pasti tent