Posts

Showing posts from January, 2018

[304]

Catatan ini ditulis pada malam terakhir di Baitullah Haram. Untuk setiap memori aku di sini, aku minta agar ia nya tetap kekal hingga ke akhir hayat. Untuk setiap kebaikkan yang aku terima di sini, aku tidak mahu lupa pada tiap tiap satunya. Aku tidak mahu lupa pada wanita Turki (aku kira), yang berpaling ke belakang, perasan akan aku yang duduk di atas lantai sejuk, menunjuk tempat agar aku beralih duduk di atas karpet untuk solat Subuh. Aku tidak mahu lupa pada cleaner lelaki dari Indonesia, yang memberi salam ketika kami baru pulang dari solat Zuhur, dan sebaris ayat nya ini benar benar menyedarkan kami, "Kawan kawan di Malaysia bayarannya lebih lumayan berbanding di sini buk. Tetapi di sini ibadatnya dapat lebih". Allahu. Dia lagi memilih untuk dekat dengan Mu. Aku tidak mahu lupa pada raut manis Safina, gadis 20 tahun dari Malaysia yang sudah 2 tahun belajar di Jordan, (selama itu lah jugak dia belum pernah pulang ke Malaysia), kerana sifat berani nya dia menegur ibu