bismillahirrahmanirrahim. ya Allah. jauhkan lah aku dari rasa putus asa dalam mencari dan menemu redha Mu. berikan lah aku rasa sabar dalam mencari dan menemu redha Mu. dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik [Al-Ankabut:69]
kali ini. aku mahu jujur. yang sebenarnya. aku bukan lah seorang yang jujur. seperti entri yang sebelum ini, aku miliki topeng yang sangat ketat terlekat pada muka. ya. dan ya, kotak yang aku sedang duduki sekarang bukan lah kotak aku. sudah terlalu penat mungkin. penat menutupi menyimpan segala rasa sendiri penat yang sehinggakan aku mahu, seseorang, yang tidak kisah lah siapa pun beliau mampu membuatkan aku menjadi aku. [heh! agak pelik ayat di situ] diri aku yang dahulu nya [ok sekarang pun juga], yang hanya tahu menyerap segala benda terjadi, tanpa mengeluarkannya tidak melepaskan segala benda yang aku serap, mungkin itu yang menyebabkan aku memiliki topeng yang sangat payah untuk ditanggalkan. sehinggakan aku sendiri tenggelam di dalam nya dan tak muncul muncul dah. bagaimana mahu meluahkan pun, kerana sungguh aku tak tahu caranya. lihat saja, untuk luahkan apa sebenarnya perasaaan aku ketika ini pun agak payah di sini. [heh lagi] dan
Comments