Kerana nya sejak dari kecil Aku hanya belajar untuk berlari. Dan jatuh berkali. Kemudian lari lagi. Lari mengelak. Lari daripada masalah. Kerana nya sejak dari dahulu Aku hanya tahu itu. Tidak pandai untuk menghadapi. Apa lagi hendak menyelesaikan. Kerana nya aku sejak dari dahulu Tidak pernah berubah. Masih yang sama seperti hari ini. Pengecut.
empat kali mimpi menjadikan aku seorang perempuan yang dengan sengaja membagi setia kepada seorang stranger yang aku yakin nantinya dia akan menjadi strength-ger aku. empat kali mimpi membuatkan aku memaksa agar tidak terjatuh suka kepada sesiapa yang lain melainkan dia ya. dia yang aku tidak tahu siapa. dan kerana mimpi yang empat itu membuatkan aku bertambah yakin dengan kekuasaan Nya. semoga dia itu, sentiasa dalam keredhaan Maha Kuasa
Mungkin kerana kita ini dibesarkan tidak terbiasa meluah. Kita dibesarkan untuk patuh dan menerima. Kita dibesarkan untuk tidak membantah berterusan, untuk tidak merajuk berlama-lama. Kerana kita patuh dan belajar memahami. Mungkin kerana waktu kecil kita sebegitu. Dan bila dewasa menjengah kita menjadi -- amarah dalam meluah -- merajuk dengan diam yang panjang -- membantah menerima Kita menjadi dewasa yang merengekkan perhatian.
Comments