Posts

Showing posts from June, 2017

[293]

segala puji bagi Mu Ya Allah Tuhan sekalian alam. untuk entah ke berapa juta kali nya, segala syukur hanya kepada Mu, kerana dalam apa jua keadaan ku, Engkau tetap memandu aku agar kembali semula kepada Mu. Maha Suci Allah, Tuhan Yang Maha Besar, jauh kan lah aku dari rasa lelah memohon ampun kepada Mu. kerana sesungguhnya Ya Allah, sungguh tiada lagi tempat yang layak aku tuju melainkan hanya kepada Mu jua. Allahu Rabbi.

[292]

harapan tidak seharusnya membunuh. merapuhkan hati, mematikan langkah. sebaliknya, dengan harapan, jiwa seharusnya teguh. tetap teguh tegak terus terpasak. terus percaya walaubagaimana sekali pun, di hujung jalan gelap, akan ada cahaya. harapan tidak seharusnya mematikan jiwa.

[291.2]

Nafas Jangan memegang masa lalu. Cukup cuma dibiar, tersimpan dalam memori. Jangan terlalu bergantung harap dengan masa hadapan. Merancang boleh, kerana tiada apa yang pasti. Hidup dalam masa sekarang. Hidup sehidupnya dengan penuh makna.

[290]

bagaimana aku benar pasti, pilihan pertama adalah yang benar benar terbaik? bagaimana aku mampu tetapkan untuk tidak menyesal tidak memilih yang kedua? tidak. aku tidak selalu pasti. aku tak mampu untuk selalu tetapkan supaya bakal tiada penyesalan dikemudian hari. tiada apa yang pasti. aku memilih, daripada menjadi terlampau keliru tentang ketidakpastian, aku memilih untuk percaya dengan kuasa Tuhan. aku memilih menyedapkan hati, penyesalan tidak akan membawa aku ke mana mana. dan rahsia dari Nya adalah yang terpaling indah.