Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

31.7.26

[512]

Merasa sakit menjadi bukti sedang hidup. 

Merasa sakit itu, perkara yang telah berlaku, kan?
Ada sesuatu yang berlaku, mengakibatkan sakit. 

Dan memori, tempat menyimpan apa-apa yang telah berlaku.
Memori menyimpan rasa sakit. 

Beroleh merasa sakit, menjadi bukti masih hidup. 

Jadi, kita sedang hidup dalam memori. Kan?

20.7.26

[510]

Dah diberikan setaman bunga-bunga indah. 
Warnanya terang, baunya harum, kelopaknya segar. 

Tetap, yang kau cari-cari, durinya. 
Yang kau tanyakan, "Hidupnya lama mana?"

--

Dicarinya duri, tertusuklah jari. 
Berdarah. Bunga hilang indah. 

Dan kau soalkan, "Kenapa?"



(Mungkin patut diberikan kaktus)
(Durinya nampak, tidaklah sengaja memilih luka)

16.6.26

[504]

“Engkau adalah bunga yang gugur, bertebaran ditiup bayu.
Dan aku adalah tanahnya, yang menyimpan semua kenanganmu." 

-Moonbyul, 4 Flowers 

10.3.26

[502]

Rupanya, 
Bukan kerana aku tidak tahu apa aku mahu. 
Tapi kerana banyaknya dosa yang berulang, 
dan luasnya pengharapan yang aku perlu. 
Yang membuatkan aku kaku tak tahu mana nak mula. 


“Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun 
dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah 
keampunan kepada kami.”


7.3.26

[501]

Ada banyak peluang. 
Kau yang tak pernah cuba memenuhi ruang. 
Kau menyalahkan masa. 
Sedangkan kau yang sering berkira-kira. 

Tak ada yang mengikat pun. 
Tak ada tali halimunan pun. 

Selagi masih ada nyawa, buat saja segera.
Tak adalah rugi berkali-kali, 
dan menyesal kemudian hari. 

19.2.26

[500]

Untuk semua pertarungan yang kita bersungguh penat melawan; yang selalu bermain dalam kepala dan yang kita gaduhkan dalam hati; pertarungan yang tak terjelas pada mata; 

Moga, untuk semua-semua itu, akan tercatit menjadi bukti pelindung di akhir kita nanti. 


Salam Ramadan 1447.

17.2.26

[498]

Dua manusia, duduk berhadapan. 
Dua-dua dengan kertas dan pensil. 

Seorang melukis satu bentuk hati. 
Seorang menulis satu kata cinta. 

Sama makna. 
Beza cara.

13.2.26

[493]

Tak ingat pernah sembang dengan siapa, atau dengar dari siapa. 

Tapi, dalam hidup ni memang tak akan pernah cukup. Kalau kita selalu kata (akulah yang selalu kata tu), “Apa yang aku buat tak akan pernah cukup kan untuk kau nampak” 

Haah, memang tak cukup pun. 

Benda baik kita buat tak akan pernah cukup pun. Selama kita hidup, tak akan pernah sempurna pun. Nak lagi amal kita kat Tuhan. Dan ini lah pun yang lebih penting. Selagi tak mati, selagi tu tak cukup. Selagi tu kena terus buat. 

Hal cukup tak cukup dekat sini, toksah pandang benda lain. Pandang kat amal kita buat untuk Dia je. Bakti pada mak ayah, buat baik dekat orang. Amal yang kita buat sebab kita nak rahmat Dia. Benda tu yang kita kena buat, yang kita kena tiap masa rasa tak pernah cukup. 

Sebab kita masuk Syurga bukan sebab amal kita semata, tapi sebab rahmat Allah. Tapi nak dapat rahmat Allah untuk amal yang kita buat yang mana satu tu, kita tak tahu. Boleh jadi sebab sedekah kita yang paling sedikit tapi paling ikhlas yang kita taktahu. Boleh jadi sebab kita selalu tolong bersihkan sinki ofis.

Kita taktahu, sebab tu kita kena buat saja dengan ada perasaan, “tak cukup lagi ni”.



Aku? Aku jauh sangat lagi dari cukup. Itu belum cerita lagi nak kena topup mana-mana salah yang dah turunkan ‘rank’ aku. Berapa percent cukup pun taktahu lah.

9.2.26

[491]

Apalah dibanggakan menurut marah-marah, 
sedangkan lagi molek susun kata indah-indah. 

Apalah dijulangkan menjadi derhaka, 
beralasan “ah sekarang ini semua sama dah biasa.”

Semua kita. 
Dah terbiasa.
Suka marah-marah. 


Bila nak tenteram?


8.4.25

[482]

Dulu salah seorang kawan baik aku pernah pesan, 
"Impikan biar sampai ke bintang paling tinggi. Andai jatuh, masih di antara bintang-bintang." 

Jadi, aku dahulu selalu ada maximum target dan minimum target. Letak impian paling tinggi aku boleh capai, dan paling rendah yang aku boleh capai, supaya aku tak kecewa sangat. Sebab sekurang-kurangnya, aku dapat capai juga sesuatu. 

Tapi taktahu sejak bila, aku tak ada impian paling tinggi. Yang ada, hanyalah impian paling rendah. Yang aku akan cakap pada diri sendiri, "At least aku dapat capai ni, cukuplah." 

Dan makin lama makin lama, aku langsung tak berimpian. Aku jadi taktahu apa yang aku hendakkan. Aku taktahu cara bermimpi lagi. 

Jadi, "Sekadar hidup, cukuplah." 

Beginilah aku sekarang. Ada makan, ada tempat tinggal, ada pakai, masih boleh belanja anak-anak buah sekali setahun, cukuplah. 

Aku jadi tak berkehendakkan apa-apa. 




Dan, dari sini juga aku mula tidak meletakkan harapan tinggi. Atau meletakkan apa-apa harapan kepada manusia terutamanya. 

Dan rupanya, dengan tidak meletakkan harapan tinggi pada manusia, telah menyelamatkan aku dalam banyak hal. 




28.3.25

[480]

Sebelum tahun lepas, aku tak pernah letak azam. Tak pandai. Tak tahu nak azam apa. Tak yakin dengan diri sendiri. 

Tapi tahun lepas, aku letak azam. Aku rasa, azam kenalah sesuatu yang aku boleh kawal. Azam aku bukan sesuatu yang jadi sekali dan mengubah kehidupan aku keseluruhan nya. Tetapi azam aku sesuatu yang berlaku berulangkali, yang mengubah aku yang dahulu menjadi yang sekarang. 

Tahun lepas, aku letakkan azam untuk tak membeli apa-apa yang bukan keperluan. 

Aku nak sangat berterima kasih pada orang yang awal-awal bangkit kan hal ni. Tentang, ke mana pendapatan, rezeki yang kita terima daripada Allah, disalurkan. Sebab nanti setiap hasil yang kita terima, akan disoalkan ke mana belanja nya. 

Jadi aku mula azam. Mula kawal dengan tidak membeli apa-apa merch IU atau Mamamoo. Minat aku. Untuk tak pergi konsert lagi. Menghabiskan duit ke situ. Sebab sebenarnya sebelum-sebelum ini pun, aku tahu saja, benda tu jatuh dalam salah satu benda yang melalaikan. Jadi aku mula dari situ dahulu. 

Kemudian perlahan-lahan kawalan kepada benda lain, macam buku. Atau baju. Benda yang aku mungkin tak akan guna. Buku, ada berapa banyak buku aku beli tahun 2021 yang aku tak baca lagi. Yang aku pun taktahu bila aku akan baca. Jadi aku cuba kawal semua itu. Azam aku adalah itu, nengawal perbelanjaan aku. 

Setakat ini aku berjaya capai azam aku. 

Dan untuk tahun ini, aku letakkan azam lain. Azam yang aku seorang saja tahu. Setelah 3 bulan, aku berjaya. Azam tahun ni masih dalam kawalan aku. 

Dan sebabnya aku tulis di sini, semoga tulisan aku ini menjadi saksi, betapa aku usaha untuk kawal. Dan betapa aku perlukan sangat-sangat bantuan Allah untuk aku terus kekalkan azam aku ni sampai bila-bila. Sampai aku mati. 

Untuk kemudian hari yang aku tak pasti, aku mohon dikuatkan aku. 

17.1.25

[470]

Hitung sini
Hitung sana. 
Hitung lagi. 

Sampai kepala nak pecah.
Sampai lupa nak berserah. 

Hitunglah sebanyak mana. 
Letak sama penyerahan pada Dia. 




Moga yang baik-baik untuk kita semua.

27.6.24

[459]

Berkehendak akan angkasa, 
tetapi membina daya pun tak sudi. 

Begitulah Jenin. 
Cuma punya angan-angan, tak punya impian. 

27.3.24

[449]

Aku tak pasti mulanya bila. 

Yang aku akan rasa hendak menangis. 
Kemudian membuak-buak rasa perlu menulis. 

Meresahkan. 

Kesukaan aku sudah menjadi sesuatu yang meresahkan. 

Aku tak pasti sejak bila, 
Kopi menjadi sesuatu yang meresahkan. 

13.2.24

[445]

Mungkin mulai hari ini, 
tempat ini bakal menjadi 
tulisan-tulisan sebuah jurnal. 
Bukan lagi tulisan-tulisan sepucuk surat, 
yang asalnya untuk sang pahlawan yang entah siapa. 

Mungkin tempat ini, 
nantinya hanyalah sebuah tinggalan. 
Tinggalan tulisan-tulisan yang tak bermakna. 

Yang dalamnya masih penuh rahsia. 
Kerana tetaplah aku, 
mahu menjadikan segalanya rahsia. 
Rahsia walaupun kepada diri sendiri. 

23.11.21

[407]

Anak kecil dahulu yang tidak segan menangis di hadapan orang,
kini menjadi dewasa yang senyap-senyap menyembunyikan tangisannya.

Dan, anak kecil yang dahulu sembunyi-sembunyi menangis di belakang pintu,
kini menjadi dewasa yang air matanya mengalir tiba-tiba tidak tertahan,
tidak hirau mana jua dia berada.



Semoga, sebanyak mana air mata yang mengalir,
sebanyak itulah juga kebahagian yang kita punya.

10.9.21

[404]

Walaupun masih ada lagi jawapan yang kita belum jumpa untuk persoalan persoalan kita, - mungkin ada sebab kita belum jumpa sekarang - tapi kita kena cari. Sebab setiap pencarian akan ada penemuan. Perjalanan dalam pencarian, juga akan beri suatu makna. Mungkin kita tak akan faham sekarang. Tapi, mungkin di suatu masa nanti kita akan faham. Di suatu masa yang dekat, atau mungkin lama lagi. Yang mungkin pada masa yang lama itu, kita pun dah terlupa pada persoalan, pencarian, perjalanan dalam pencarian kita ni tadi. Kita dah jumpa, tapi kita lupa yang kita pernah cari nya dulu.

9.9.21

[402]

tentang cinta dua insan
tentang kehilangan
aku tak ada cerita tentang hal-hal itu semua

tak ada kisah untuk dikisahkan
untuk dituliskan puisi, atau prosa tentangnya

aku tak pernah merasa hal-hal itu semua
maka nya aku tak tahu

yang aku ada
hanya ini- inilah 

------------ 

dan yang sebenarnya, 
walau aku punya cerita tentang hal-hal itu semua 
bukan bermakna hal-hal itu semua haruslah dikisahkan 
dibuat puisi, atau prosa

mana boleh. tak boleh begitu.

30.8.21

[400]

The way we can see our own shadows, maybe because of the light from the people surrounding us. And they can see their shadows because of the light coming from us. And when its combine, the light would be so bright that even can make the shadows cannot be seen anymore. Can't be seen, but it's still there. And we start to realize that is not something bad. That it is part of us. And we just walk with it.

17.6.21

[391]

like the pillow wiping out my silent tears, 
like the blanket I love to snuggle underneath to comfort myself, 
you have come. 

you are like every tight hug I need the most 
but too scared to ask for.

and, you came without me asking.