Showing posts with label ambil dan letak. Show all posts
Showing posts with label ambil dan letak. Show all posts

14.2.26

[495]

Paling Atas 

Antara kita dua 
Aku selalu merasakan 
Akulah yang paling menyayangi. 

Selalu merasakan yang cinta aku kepada kamu 
Lebih dalam daripada cinta kamu untuk aku. 

Selalu hendak menjadi juara, 
Aku lebih atas dalam membagi kasih dan sayang. 

Selalu menyatakan, 
Akulah yang paling banyak berkorban segala. 
Demi mencantikkan hubungan kita dua. 

Dan engkau tetap di situ, 
Tidak langsung mencuba membantah. 
Tetap di situ, terus mencintai. 

Tanpa aku sedar bahawasanya, 
Engkaulah selama ini yang paling mahu 
Paling melindungi mencantikkan kita dua 
Dengan tidak membantah aku. 

Dan kerana itu, 
Untuk kamu yang masih setia 
Tetap bersama aku yahg degil, 
Tetap diam membiar aku menang, 
menjadi ter-paling atas dalam apa pun, 
-- Terima kasih. 

Engkaulah yang layak menjadi paling atas.

3.2.19

[340]

Matanya itu,
Benar benar memukau aku.

Membawa aku jauh belayar,
Ke seluruh ruang jiwanya.

Sesak.

Nafas ku sesak.

Aku pandang dia kembali.

Dan aku, tenggelam.
Lemas dalam lautan air mata.

Milik dia.

26.7.15

[264]

sesak. 
lelah. 
kaku.

bagaimana aku boleh ada di sini?

di sini yang kaki aku tenggelam sempurna.
diselimuti pasir pantai --ketat.
di sini yang aku nampak segala.
tapi tak bisa sentuh --penat.

aku terjerat lagi.
aku jauh kembali.

dari semua yang aku hendakkan. 
--langit jingga.
--matahari lawa.
--laut membiru.

aku mahu punya semua.
tapi aku, tak mampu.

--langit gelap. 
--matahari tiada. 
--laut senyap.

dan aku, baru mampu bebas?
setelah apa yang aku hendakkan pergi semuanya,
baru aku mampu lepas?

untuk apa?

--------
yang kita hendakkan bukan semestinya yang kita perlu. 
jangan tamak bilamana Dia lebih tahu perlu kita daripada mahu kita. 

itu pasir pantai seluas itu, kenapa tidak terperasankan?

14.8.13

[218]

yang paling jauh adalah 'masa lalu'. 
Kita tidak pernah bisa mendatangi masa lalu. 
Jauh terbentang jaraknya, meski baru beberapa hari lalu, atau beberapa jam lalu. 
atau beberapa menit lalu. 


Maka bagi yang paham, 
masa lalu menjadi pondasi pembelajaran, terus memperbaiki diri.


bukan sebaliknya membebani, membuat langkah kaki terasa berat untuk maju.

 -Tere Liye

26.12.12

[184]


berasalkan cuma satu titik kecil. kemudian merebak ke seluruhnya. bagai virus yang tak termampu dilawan. dan. akan terus menjalar bila dikongsi sama. 



kasih.

-----------
dahulu. aku selalu menconteng. ini contengan yang ke berapa pun tak tau. kertas asal nya pun dah hilang. sayang. nasib sempat dirakam. sekarang, dah ditarik. aku tak mampu lagi menconteng walau seorang orang lidi. ada hikmah. cuma Dia yang tahu. 



ouh. aku ada buat blog khas untuk segala contengan aku lama dah dulu. nanti aku pindahkan semua nya ke sini. bila bila kalau aku teringat lah :)

29.11.12

[177]

ini kenangan. segala tulisan aku ada dalam tu sebelum aku ada blog. gambar ni kalau dah besarkan pun, takan boleh baca tulisan tu (kalau nak baca). sama ada sebab tulisan aku yang memang cenonet dan juga sebab tangan aku tak mahir nak amik gambar. 



ini benda lama. tahun 2009 tak silap. puisi nama jiwa cantik. puisi ini bukan permulaan segala. aku tulis pun masa tu sebab ter-inspirasi. ini bukan permulaan segala, tapi dari sini mulanya aku rasa, yang aku tak boleh berhenti dari menulis. menulis puisi mungkin.

apa rasa seorang budak enambelas tahun yang, yang sangat lah baru dalam dunia blog, yang tak tahu apa apa tentang puisi, yang menulis mengikut suka dia tiba tiba dia dapat emel dari seorang pemuisi perempuan, yang bercerita menjadi gagah dan sangat lah dikagumi kerana bakat nya? apa rasa? tak terucap. bila tengok nama akak tu terpamir kan emel aku aje, aku dah mematung depan laptop lama. belum kira berapa kali aku ulang baca. diingat kembali, aku masih hingusan masa tu.

ringkasnya, kakak tu cakap;
tolong, dik. 
jangan berhenti menulis. 
jangan takut jadi pelik. 
jangan gentar ikut suara jiwa.

jangan biar dunia telan jiwa kamu yang sangat cantik ini. 


rupanya dia perasan komen aku yang secebis di blog dia. dan kemudian dia baca pula tulisan tulisan aku. rasa aku tak terucap. sungguh ini kenangan istimewa.

terima kasih, kakak :)

28.4.12

[116]

Gadis Kecil dengan Payung dan Se-orang Tua dengan Beca Tua


gadis kecil sunyi itu, jalan di satu lorong dalam hujan. lebat. payung di tangan tapi tidak dibuka. membagi percuma hujan basahi diri. tidak merasa risau sakit yang bakal timpa. untuk apa bila momen ini pun dia sudah merasa sakit?
lalu beca tua, dikayuh se-orang tua berbaju hujan. lusuh. kuning pudar. becanya bukan baju hujannya. melaung kuat se-orang tua melawan suara hujan memanggil gadis kecil sunyi. mahu ditumpangkan gadis bersama payung itu, walau nanti dia tahu tempat duduk beca nya bakal basah dan dia juga bakal penat untuk keringkan kembali. tapi itu, belakang cerita.

sunyi. cuma suara hujan yang menjadi latar. dan kadang kadang, guruh juga.


gadis kecil bersama payung nya terletak di sebelah, bersuara mengeluh.
"saya ini tidak ada apa apa pakcik. saya ini tidak hebat. bagaimana mahu jadi hebat seperti mereka mereka yang hebat itu ya pakcik?"

se-orang tua yang dipanggil pakcik itu, diam.
gadis kecil bersuara lagi. lebih keras. geram mungkin.
"saya mahu jadi hebat seperti mereka yang lain lain!"

se-orang tua berhenti dari kayuh beca tua. di hadapan se-buah kedai kopi.
se-orang budak laki-laki mata sepet, selekeh tapi comel, keluar dari kedai sambil tangan pegang satu rokok. masih baru.

"Ah Kit, bapak lo mana?". se-orang tua bersuara sambil terima rokok dari budak mata sepet, selekeh tapi comel.
"bapak pergi bandar". balas budak mata sepet. pelat pelat.


se-orang tua senyum sengih. nampak kedut kedut sikit tapi masih manis. rokok dicucuh api. sedut rokok dalam hujan. beca dikayuh kembali. hujan dah macam tak lebat sangat.

"kau mahu jadi hebat macam mereka buat apa, nak. kau tak perlu jadi hebat macam mereka. cukuplah kau jadi hebat macam diri kau."

"apa pakcik merepek ni.. saya ni tak ada hebat nya."

"hai anak, tak ada guna kau nak jadi hebat, tapi serupa macam yang lain lain. kau patutnya jadi hebat seperti kau. seadanya kau. lihat aku. kalau kau tanya aku kimia, aku tak tahu. aku tak hebat dalam kimia. tapi, cuba kau tanya kan aku nama setiap lorong di pekan ini, juga pekan sebelah sana, aku tahu. sebab aku hebat. anak, barangkali kau masih belum sedar. yang kau hebat juga. kau ada hebatnya. cuma mungkin, Tuhan belum mahu tunjuk pada kau yang kau hebat."

beca tua lusuh kuning pudar diberhentikan lagi.

"sekarang. turun engkau pergi ke sana. doa minta, diberkatkan hidup kau, kau kuat iman. doa minta kau jadi sabar, jangan riak. nanti kau akan jadi hebat." arah se-orang tua dengan senyum sikit. tapi manis.


gadis kecil kerut kerut dahi. tak lama. kemudian senyum juga. puas. turun dia dari beca pergi ke surau sana. payung dibiar tinggal di kerusi beca tua. gadis kecil tak perlu payung lagi. sebab hari dah tak hujan.

se-orang tua tidak berbaju hujan dengan beca tua nya pergi.
mahu tumpangkan yang lain.




# ini cerkon yang aku tulis masa umur berapa entah. ini cerkon aku yang paling aku suka. sebab... entah. aku pun tak tahu sebab apa. heh.



26.12.11

[103]

sakit.
perit.
pedihnya lebih terasa
bila digigit siat bukan dibunuh betul.

rasa sama pada semua
dengan cara berbeda


benar.
semua merasa
semua berkata, “aku faham.”
mengangguk mengerti.

silap.
semua merasa
tapi tetap tak sama.




kecewa engkau,
rahsia milik kau dan Tuhan.
saja.

20.12.11

[99]

segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat
[a.samadsaid]

15.12.11

[98]

hey, mari sini.
mari pegang tangan sama aku.

kita nari sama sama dalam hujan.
kita gelak puas puas sama.
kita sama sama parah berdarah.
kita buat sama sama.
mari.

aku dan kamu.
kita memang kena sama sama.
kalau tidak, nanti aku sunyi.
kalau tidak, siapa lagi mahu pujuk aku?
kamu dalam aku.
aku sebelah kamu, tak apa.
nanti kalau kamu jatuh ke tepi,
aku kan ada.
kalau jatuh ke belakang, ke depan,
aku kan masih boleh sambut kamu.


hey, hati kamu itu
simpan ya?
jangan kasi pergi jauh dari aku.
biarkan dekat situ.
aku juga buat benda sama.


simpan hati aku untuk kamu. #senyum#

14.9.11

[88]

tolehkan kepala kebelakang sekejap dan berdiam lama.
kemudian lari laju laju dengan yakin dengan semangat.

tinggalkan segala apa yang silap dulu dulu.
jadinya nanti tak akan dibuat lagi.


belajar.
dari dahulunya kita.


----------
ini pun dari blog aku yang dahulu.

3.5.11

[61]

jangan ambil kerja Tuhan.
dosa dia dengan Tuhan.
biar dia selesai dengan Tuhan.
kita simpan malu orang.
malu kita Tuhan simpan.

29.4.11

[60]

Latte
kawal dan simpan. sehingga sampai suatu masa kemuncak segala yang terpendam itu akan engkau muntahkan dan lantas; engkau baru sedar yang engkau telah terlambat. damn!, kata engkau. kerana masa tidak pernah mahu menunggu. begitu gelojoh sekali ia berlari meninggalkan engkau. di saat mata terkebil-kebil. terkelip-kelip, engkau sudahnya telah terlepas beberapa opportunity bila mana cinta juga telah menaiki tren paling akhir dan segala bahasa yang engkau simpankan itu, sudah semakin melapuk. zaman sudah berubah, bukan. teori Si Ramlee mungkin sudah terkebelakang dan di sini --

biar engkau sahaja yang sesal untuk diri engkau sendiri.
siapa suruh lambat, kan?

[ahmad]

................................................................................

Kaku
ini. tembakan paling tepat
tak bersimpang tak tersasar ke rusuk
meluru terus ke hati. paling dalam.
peritnya.

setipa detik di ruangan itu membeku.
seperti akhirnya memihak pada aku.
bersimpati mengasihani.

syaitan syaitan menunggu
"keluarkan segala carutan carutan pada Dia!"
dan malaikat malaikat menadah
"sujudlah pada dakap Dia"
dan tayangan semalam
tayangan semalam melintas
"... aku ingin mati di sisi mu, manisku...
...berbahagialah mereka yang mati muda...
...berbahagialah dalam ketiadaan..."
semuanya.
bagai mengejek.
dalam detik yang membeku.


Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!

*tayangan semalam; petikan dari filem Gie

[ibti]




dua ini adalah serpihan catatan dan puisi yang aku kutip dalam JBB [sila rujuk gambar sebelah atas]. yang, mungkin aku paling minat? okay, aku suka je semua. cuma yang itu paling minat. sebab paling dekat. *?

19.4.11

[55]

Kelmarin Bila Zuhur Tinggal Empat Minit Cuma
di simpang sana, kau duduk di tepi aku,
yang sedang senyum seorang lihat orang.
perlahan kau mengesot pada aku.
lagak anak minta dimanjakan mak.

kata kau,
"aku cemburu pada kau. sangat. kau sering bahagia gembira. sedangkan aku..."


kau yang selalu bersedihan,
aku juga cemburu pada kau.
aku ingin sedih kau.
aku mahu suarakan aku sedih,
pada tiap tiap orang sekeliling aku.
dan mereka bertanya, "kau okay ke?"

sebab dari itu aku akan boleh dapat tahu,
rupanya orang orang itu amik kisah tentang aku.
rupanya orang itu kasih pada aku.

kau yang masih bersedihan,
kau cukup bertuah.
sebab mampu boleh dapat rasa itu.
mampu dikasihani orang orang,
yang amik kisah tentang kesedihan kau.


sedangkan aku...
aku cemburu pada kau. sangat.


okay kita seri.
kau sedih dan cemburu
aku senyum dan cemburu.

mari sep!

-----------------------------------------------

aku tulis masa malam, hari aku jawab final exam paper BI. apa kisah disebalik tu? aku nak lupakan. mungkin ada yang bercakap cakap, "aku takda sapa pun nak amik tau perihal aku. dan itu lah sebenarnya punca aku sedih juga". tolong ingat ini. jika tiada siapa yang amik peduli tentang kau, Dia ada. saat kau sunyi tanpa siapa siapa, sebenarnya Dia memang hendakkan saat itu, cuma ada, kau dan Dia. untung kan?


[buat siapa yang dahulu bertanya, "kau okay ke?" pada aku, terima kasih. aku terlupa aku belum ucap :)]

28.1.11

[13]

Bahasa Cinta
si dua orang berbicara tentang cinta
cinta berbicara tentang rasa. tentang jiwa.
dalam lingkaran kasih empat musim.
yang kadang taufan kadang gerimis.


si dua orang berbahasa.
bahasa manis bahasa kelat.
bahasa penuh rindu.




begitu infiniti.


tak nampak tak dapat sentuh.
hanya cuma merasa.




si dua orang tetap setia-bersama.
semata untuk bermain bahasa cinta.
dalam terang terik hingga muncul jingga di horizon.
dalam malam pekat hingga fajar.




itu.
bahasa cinta si dua orang.


yang cuma.




monolog.


----------


mana hujung nya?

22.1.11

[10]

Srikandi Yang Terhapus
hanya dengan seberapa kata
hanya dengan seperkara alasan
dia tertikam. terluka.
dalam. perit.



srikandi itu, 
sangat kasihan.

dilihat orang sekalian, bagai dia sebuah konkrit kuat yang payah dipecah roboh
dikata orang sekalian, bagai dia sebuah tangki yang dalam nya penuh mengalir gembira

tapi itu cuma dusta.
srikandi itu bukan yang itu.


dia, sang srikandi.
hanya makhluk yang kecil seperti kuman dasarnya.
hanya makhluk yang lemah seperti span benarnya.
ditekan mudah. dikoyak mudah.

srikandi itu, adalah yang sebegitu.
dan. dia sudah lama terhapus.
cuma tiada siapa sedar.
tiada siapa tahu.
tiada.

----------

srikandi yang terhapus,
marilah wujud kembali.
jadilah engkau seperti dilihat orang sekalian.
jadilah engkau seperti dikata orang sekalian.
engkau perlu begitu srikandi.


Tuhan, tolong lah.
wujudkan kembali srikandi yang sudah terhapus.





ini. benda ini dari blog aku yang dahulu nya. entah kenapa terasa rasa mahu dipamer semula. mungkin untuk memujuk sang srikandi, siapa siapa yang merasa terhapus. jika sungguh tiada yang lain mahu kenan kan, Dia dan aku, mahu. mengambil dan wujudkan engkau kembali. sungguh.