Showing posts with label ter-inspirasi. Show all posts
Showing posts with label ter-inspirasi. Show all posts

16.6.26

[504]

“Engkau adalah bunga yang gugur, bertebaran ditiup bayu.
Dan aku adalah tanahnya, yang menyimpan semua kenanganmu." 

-Moonbyul, 4 Flowers 

24.2.24

[448]

"An old tale known by everyone and no one at the same time" 

We've taken the same path, yet we experienced different things. 

As a storyteller of our own, there's chapter(s) we hide, even from ourselves. 

Known by heart, hidden from the eyes.

20.2.24

[447]

Because rather than being a flower, being put in a vase, where's the beauty captivated and watched by passerby, she chose to be like a dandelion seeds. Can't be seen through the eyes, fleeting directly to people heart. Elevating spirit. And because what's in the heart, stay. 


Inspired from IU, Holssi

31.3.21

[385]

Lautan Seorang Anak Kecil dan Seorang Dewasa

Sebanyak mana masa telah berlalu, 
Tetap ada luka yang tidak akan sembuh. 

Malam ini, hati ku hiba. 
Kerana aku masih tidak dapat menyayangi diri ku sepenuhnya. 

Wajah di dalam cermin itu terlihat sangat asing. 
Dan seperti selalu, perlahan aku menutup mata. 
Dan setiap kali malam tiba, 
aku sepertinya ingin segera bertemu esok. 

Anak yang selalu mengimpikan mimpi-mimpi, 
berapa lama telah dia tersakiti? 
Hanya untuk menjadi diri ku yang kini? 
Aku menjadi jauh darinya. 
Dia dan aku tidak mungkin akan bersatu semula. 
Dan mungkin tiada apa yang boleh pulih semula. 

Dalam jiwa anak kecil itu dahulu, 
ada lautan yang tidak pernah kering. 
Kini hanya menjadi sebuah jejak yang kabur. 

--- 

Nafasku terdengar menderu lancar 
dan angin bertiup di atas kepala ku. 
Ingin sekali aku menjadi ombak 
dan berlari ke segenap arah. 

Dalam ketakutan, perlahan aku membuka mata bersama harapan.
Setiap detik hidup ku hadir dan menjadi hadiah yang bergemerlapan. 
Aku rasa, aku sudah mampu memberi jawapan, 
kepada diri ku yang dahulunya penuh keraguan. 

Mimpi dahulu memanggil ku di sebalik sana. 
Suara yang telah lama aku terlupa. 


Aku berlari melawan ombak 
ke arah lautan milik ku dahulu. 

Walaupun aku dibawa arus dan hilang arah, aku bebas. 
Aku tidak akan lagi menutup mata 
dalam kegelapan yang memerangkap ku.
Aku tidak akan lagi berpura tidak mengenali diri ku. 

Tetap akan ada waktu 
yang aku akan kalah dalam kehidupan. 
Tetapi sejauh mana aku hilang arah, 
aku tahu jalan untuk pulang semula. 

----------------------------------------- 

Lirik dialih bahasa daripada lagu My Sea oleh IU (Listen here )

English lyrics translation credited to;
https://iu-jjang.tumblr.com/post/647059642660306944


10.10.20

[373]

Your Songs
Fly high to the sky
Your songs have reached us

We are once a child with our heads down 
We are once a child who forgets to cry
We are still like a child play with riddles of life 
But have understand a little bit about ourselves

You have found us
Every word in your night letters 
Have found us
Help us to walk again 
Help us to love again

Between this boundary of times and places
Where our anchor finally drops
Where the "I miss you" and "Take care" 
is not just a statement without meaning
Without knowing faces and names 
We have found us

We have grown so dazzling and beautifully 
And we will keep growing side by side 
Like the name you give to us
The violet flowers that give you strength


This moment 
Every moment
Under your name 
Our heart with no wrinkles
Will keep on shining 

--- 
A poem inspired from/consists of lyrics from various IU's songs. Ehem more to my favourite IU's songs. 

19.8.20

[366]

Puisi Cinta

Seperti doa daripada seseorang 
buat seseorang yang lain. 
Seperti puisi cinta yang ditulis, senyap-senyap
bersama nafas yang tertahan. 

Aku harap ianya sampai kepada mu. 

Sepertinya, sekali lagi 
bintang-bintang berguguran jatuh di dunia mu. 
Air mata yang kau cuba telan dan sembunyikan, 
mengalir ke aku. 
Dalam dunia sepi tanpa kata ini, 
suara mu bagaikan ingatan. 

Dengarkanlah sekali lagi.
Wahai hati yang telah melalui malam yang panjang,
aku akan senandungkan untuk mu. 

Aku akan ada di sini, 
Di belakang mu yang berjalan sendirian.
Akan terus bersenandung hingga ke akhirnya,
Lagu ini tidak akan pernah tamat. 

Bernafaslah.
Untuk kamu yang telah lupa 
bagaimana caranya untuk menangis, 
Aku akan bersenandung, dan memanggil mu. 

Moga kamu mampu berjalan semula. 
Moga kamu mampu mencintai semula. 

Malam yang panjang ini akan berakhir. 
Angkat lah wajah mu, pandang ke sini. 
Aku ada.

--- 
Lagu asal Love Poem by IU

8.7.20

[364]

Kepada Sebuah Nama. 

Anak kecil itu 
dengan wajahnya yang menunduk 
tetapi dia, tidak menangis. 

Ingin aku rangkul dia. 
Tangan ku gapai 
tetapi, dia tiada. 
Aku merangkul angin. 


Dalam pekat malam 
yang seakan tidak berpenghujung, 
namanya, dengan perlahan-lahan 
telah dilupakan. 

Aku tahu itu. 

Tidak akan ku biar.
Akan aku panggilnya tanpa henti. 


Walaupun jauh tidak terjangka. 
Mari, bersama aku. 
Kita berlari ke penghujung malam. 

---- 
cubaan mempuisikan lirik lagu Dear Name oleh IU.

4.9.18

[316]

She used to be mine.

She, the old me.
She, the life I am missing the most.
With a whole lot of heart.

Tell me, if you could see me now,
please tell me how to save a life.

With a whole lot of heart.

4.8.17

[299]

[Sumber Gambar Google]
selain Fynn Jamal, Wani Ardy, Sue Anna Joe, Hidd Mihat dan banyak banyak lagi manusia dulu dulu, komik ini juga menjadi antara penyebab aku mula menulis di blog. sampai lah sekarang ni.

komik ini juga lah yang ajar aku erti jatuh cinta pandang pertama ketika aku baru form 2 (kut). sebab apa? sebab aku nampak aje komik ni dalam kedai news apa ntah tu, aku terus amik dan bayar RM7. padahal aku bukan budak yang suka baca komik selain daripada komik dalam Utopia, Ujang, Gila-gila dan komik cina bisu. senang cerita, komik ini adalah kekasih hati aku yang pertama sebab aku memang dah fall in love gila lah kat dia haa.

dan sebab kan dia, aku decide untuk jadikan diri aku seperti aku yang sekarang. nampak kasar tapi dalam hati tisu huhu. macam kaktus.

"Kaktus adalah sesuatu cecair yang lembai"

lebih kurang gini lah ayat dia dalam tu. sejak tu aku pilih cara untuk jadi macam kaktus. macam yang dia cakap ni. berapa ramai aje yang suka kaktus? yang rasa kaktus tu cantik? luar duri duri tajam. warna hijau tak lawa. tegak macam tu. bau pun takda. bosan. tak membangkit kan semangat.

tapi bagi aku. tak. aku suka kaktus. dengan duri dia tu dia nampak gah. nampak sangat menjaga diri. protect diri daripada dipegang orang sesuka hati.

dan sebenarnya, di sebalik duri duri tajam tu, dalam dia ada cecair yang lembai. yang bantu orang tengah tengah desert tu. dia, lembut. dia nampak sepi, tapi bahagia dengan diri yang macam tu. bahagia tanpa ada yang sudi menjaga. bahagia hidup tinggi sendiri tak berharap banyak pada orang.

sebab tu aku decide nak jadi macam kaktus.

pernah tengok kalau kaktus mati macam mana? dia lambat kering. lambat berbau. bentuk asal dia lambat hilang. walaupun dah tercabut dari tanah, bentuk asal dia masih ada.

aku harap aku macam tu. bila aku takda, walaupun aku ni bosan, tapi orang sekeliling yang rapat dengan aku, akan tetap ingat aku. kalau pun bukan sampai bila bila, biar lah aku masih diingat dan dikenang dan didoakan untuk masa yang panjang.

kalau orang tanya sila describe diri awak dengan satu perkataan, aku akan jawab kaktus.



p/s: buku My Way tu dah hilang sedih sangat. tahu tak kat mana aku boleh cari? tolong.
p/s lagi: kaktus aku dah setahun setengah yeay. tapi satu batang baru aje mati sedih lagi. tapi bentuk dia masih ada. 

[ni gambar masa umur 8 bulan. aku kenal kaktus ni aje hehe]


11.7.17

[296]



aku baru habis baca novel ni. ini novel ke enam Rin Ahmad. dan aku memang ada ke semua novel dia. jatuh cinta dengan penulisan Rin sejak novel pertama, Untuk Semua Dosaku.

Dua daripada enam novel Rin dah dijadikan drama, Bimbo dengan Arluna. Tapi macam biasa, aku lagi suka versi novel sebab bagi aku, drama tu, tak sampai maksudnya. aku tak tengok pun Arluna, sebab sejak aku tengok Bimbo, aku tak suka dengan cara pengolahan drama tu. ada sesuatu yang kurang.

tiga novel Rin sekarang memang dah jadi favourite aku sangat sangat. semua novel dia best sebab bagi pengajaran dan dalam setiap novel dia memang akan jumpa satu ilmu baru.

contoh, dalam Untuk Semua Dosaku. ada cerita pasal ideologi Hitler. ada cakap pasal betapa lari nya maksud bila kita baca "qul" sebagai "kul" dalam Surah Al-Ikhlas. Untuk Semua Dosaku memang paling banyak bagi pengajaran. betapa kental nya seorang Nur Lisa untuk membuang segala perkara tidak baik yang dia dah terbiasa buat dahulu, dan berubah untuk menjadi sesuatu yang lebih baik. Walaupun dia terpaksa tinggal kan orang yang paling dia sayang. Walaupun dia terpaksa lawan seorang diri, sebab orang lain sekeliling dia masih pandang diri dia yang lepas. dan bagaimana Syed Azri yang penuh ilmu di dada tapi tidak beramal. bagaimana Syed Azri jugak cuba menjadi yang terbaik.

Ah, Untuk Semua Dosaku memang novel yang menduduki rak paling atas dan carta tertinggi dalam hati aku.

dan kemudian, The Ex. The Ex adalah contoh yang paling kena dengan peribahasa "Jangan menilai buku dari kulitnya". The Ex menunjukkan betapa sangat perlu nya kita untuk memaksa diri. paksa diri buat benda baik dan tinggal kan sifat tak baik dulu dulu. dan apa definisi "baik" itu sendiri? The Ex cerita pasal berpura-pura itu perlu supaya lama lama benda yang kita pura-pura kan itu jadi sebati dalam diri. dan bila The Ex (masa lalu) tu datang menggangu kita balik, betapa susah nya nak lawan.

cukup kuat tak untuk lawan?

aku tak kenal siapa Rin Ahmad. tapi satu yang aku tahu, Rin, melalui penulisan nya, benar benar dah menyentuh hati dan pemikiran aku. moga Rin Ahmad sentiasa dalam perlindungan dan dirahmati Yang Maha Kuasa.

2.5.16

[274]

biarpun kalah berkali,
selagi belum mati,


tiada alasan untuk berhenti.

-----
entri ini terhasil dari entri yang ini.


selepas bertahun, dan mungkin untuk tahun tahun yang mendatang,
beginilah aku.


memujuk hati sendiri
untuk bangun kembali
biarpun tergolek berkali.


semoga Allah bantu.
dan iya, Dia selalu ada.
cuma Dia.

21.4.16

[273]

How could you be so heartless? 
How could you be so Dr. Evil? 
You're bringing out a side of me that I don't know 
- The Fray, Heartless





kotak itu, aku beri
untuk kau jaga elok

aku izinkan, untuk kau buka
dan selongkar segala isi dalam nya

kau selongkar selongkar
kau cari cari

dan akhirnya kau jumpa
satu figura yang aku tak tahu kewujudannya

figura kau ambil
kotak kau pulangkan




cuba beritahu
bagaimana mampu aku berjalan
dengan dada berlubang?

19.4.16

[272]

Letih lah. Letih dengan diri sendiri


dari dulu sampai sekarang, ini ungkapan aku. aku tak reti untuk hidup tanpa kata orang sekeliling. orang yang dekat dengan aku. orang yang aku sayang. segala apa yang orang itu katakan, terbias ke dalam hati. 

kata kata yang macam, 

"Ish menyampah lah dia ni"
"Serius sikit boleh tak? tahu tak orang tak suka?"
"Tolong lah jangan jadi annoying sangat"

bukan seorang dua. bukan sekali. 
tapi itulah yang orang orang duk ulang ke aku. 

kita tahu, bila orang tu cakap kat kita, memang untuk kebaikkan kita. takda nya orang saja saja cakap. tambah lagi orang yang dekat dengan kita. sebab dia sayang kita. dia nak kita ubah diri, jadi yang lebih baik. bukan untuk capai kesempurnaan pun, cukup untuk jadi lebih baik. 


dan ini lah sebab kenapa aku letih dengan diri sendiri. sebab tak reti nak berubah. duk itu itu juga. macam mana penat nya orang tu pesan, cakap kat kita, macam tu juga lah penat nya otak ni duk memikir, hati ni duk memperingat. 


Allahu. 

tambah letih sebab tahu benda tu tak betul. benda tu salah. tapi masih buat juga. benda yang sama. ulang kali. 


contoh sekarang ni, aku tengah baca Infiru. baru nak masuk bab 20. yang aku jumpa, yang aku hadam masuk dalam diri, tentang perkara yang sama juga lah. perkara yang kita dah belajar dah. kita memang dah tahu dah. benda benda sekian sekian ni Allah tak suka. tapi kita duk buat benda sama tu juga lah.

dan yang paling aku hadam dalam banyak banyak perkataan, 

'letih'.


kita banyak beralasan. 

letih lah. aku dah try dah buat benda yang Allah suka, tapi tak nampak pun perubahan dalam diri aku. masih sama juga tak rasa pun Allah pandang aku. 

letih lah. aku dah belajar sungguh dah tapi result tang tu juga baik aku tak payah belajar langsung. 

letih lah. aku solat awal waktu dah, aku doa sungguh dah biar Allah bagi sabar tu lebih kat aku, tapi aku tetap baran juga. 

bila benda yang kita nak tapi kita tak dapat sedangkan kita dah usaha sungguh, kita mula lah beralasan dengan kata letih ni.



bagi aku, mungkin, sebab kita ni, jenis nak result tu muncul cepat depan mata. kita tak lihat usaha yang kita duk buat tu, cara kita untuk jadi lebih baik tu sebagai ganjaran untuk kita. kita duk pikir end result sedang kan yang paling penting adalah bagaimana kita nak sampai kepada end result tu. 

see? aku tahu pun apa yang patut aku buat sebenarnya. tapi aku memilih untuk beralasan. beralasan untuk tidak buat benda yang aku patut buat. tidak buat dengan alasan letih. 





biar letih macam mana pun, aku doa kan hati aku ni tahu bangun balik dan mula semula. biar lah letih macam mana sekali pun. 

10.9.15

[265]

Terbang, terbang tinggi walau tanah di kaki, kan ku cari langit.
Terbang, terbang tinggi awan, pilu menanti bersama pelangi.
- Yuna, Langit.

--
terbang memang seronok.
berada terapung di awangan, terasa semua milik kita.

tapi bila lama tidak menjejak tanah,
bila lama terapung tanpa tujuan,
mana kan tidak hati menjadi gusar?

kerana, tiba tiba sudah rasa tidak pasti.
untuk terus terbang dengan rasa seronok
atau kembali ke tanah yang dirindu.
--

Boleh terbang, tapi tiap-tiap terbang mesti pulang.
- Wani Ardy, Langit Vanilla.

23.7.15

[263]

aku menjadi sangsi sendiri.

mengapa orang tidak menilai bahagia dalam sunyi?
kenapa perlu bahagia hanya diletak pada cinta berdua?


sunyi itu bahagia.
bahagia yang kita punya seorang.




mood: sedang baca Selamat Pagi Cinta, Aidah Bakri :)

2.6.15

[258]

setiap kita ada tempoh masing masing. dan tempoh antara kita tak sama. tempoh kau gembira mungkin lagi panjang dari tempoh aku gembira. tempoh dia sedih mungkin kurang sikit dari tempoh kau sedih.

tapi, macam mana nak rasa nikmat dalam dua dua benda ni?
sebab dua dua benda ni ujian Dia. apa yang Dia beri adalah nikmat.

bagaimana nak merasai nikmat dalam musibah?


--sabar. syukur.

sabar, pada fikiran aku, sabar ni perkara yang tak ada had. bila kau kata, "ah aku dah penat! sabar aku pun ada had jugak.", ini bukan sabar. bila dah penat, sabar lagi. sabar sampai mati. ramai orang salah anggap sabar tu dengan tak buat apa apa perkara. do nothing. sabar menunggu tanpa apa apa perancangan, itu bukan sabar.

sabar, bila kita dah buat habis daya, tapi tetap tak dapat.

sabar dalam usaha.
sabar dalam doa.
sabar dalam berserah.
sabar dalam solat.

memang. senang cakap dari buat. kan?


aku tak suka nak bandingkan kita dengan Nabi. sebab Nabi bukan tandingan kita.
Nabi patut kita ikuti, kita contohi. sabarnya Nabi dahulu kesannya sampai ke kiamat.

kalau kita sabar sekarang, kesannya sampai kita mati. sabar sampai mati.
orang sabar Allah sayang. sebab kesan dia besar.


senang cakap dari buat. kan?




demi memohon sabar itu sendiri. perlunya sabar.

9.2.15

[251]

kadang, kau menulis bukan untuk orang lain baca. 
tapi mungkin lebih pada cara kau nak luahkan semua rasa.
- ayat orang.

aku tambah,
...dan kalaupun bukan untuk orang lain baca, 
tapi untuk kau yang di masa hadapan. 


ini. sebab aku menulis.

boleh saja nak tulis dalam jurnal tanpa perlu dipapar umum.
tapi kenapa kita kadang pilih untuk tulis di blog? atau facebook?

satu, mungkin benda yang sama jadi dekat orang lain.
lalu orang lain tu boleh guna dan jadikan iktibar. atau bagi semangat dekat kita.

dua, macam yang aku cakap tadi. untuk bagi diri sendiri yang pada masa depan baca. macam reminder. bila dipapar umum, jadi takut untuk buat benda yang berlawanan daripada apa yang dah ditulis.


kemudian akan ada pula yang cakap,
kenapa kena meluahkan rasa pada umum? sorang sorang pada Allah, tak boleh ka?

*pause*

nak jawab apa? kalau ada orang tanya depan depan macam ni nak jawab apa?


pernah tak rasa macam ni,
yang mana bila lepas saja habis solat, dan kau tadah tangan, berdoa, mahu meluah segala rasa pada Maha Kuasa, padahal kau tahu dah yang Dia tahu segala, kau tadah tangan tapi apa yang kau nak doakan, apa yang kau nak luahkan, tak terkeluar. walau pun dalam hati. hati kau tak ada rasa apa. dan kau rasa sedih sangat sebab tak dapat lepaskan apa yang kau rasa. kau rasa sedih sebab apa yang kau nak adukan, tak terkeluar. dan kau nak menangis. tapi air mata kau pun tak sanggup nak keluar.

pernah rasa?

4.2.15

[250]

mari kita membedah buku hari ini. eh tidak, aku tak nak cakap pasal buku atau novel. aku nak cakap pasal penulis buku. jadi yang sepatutnya adalah, mari kita membedah penulis buku hari ini. hahaha tak kena langsung. okay. abaikan apa yang tak penting.

ada orang baca buku atau novel sebab minat pada genre nya. orang lain pulak mungkin sebab plot nya. dan orang yang lain lagi mungkin sebab penulis nya. dan aku jatuh pada yang ke tiga. jujur, aku bukan jenis yang rajin sangat nak baca review orang pasal buku ni, buku tu. tapi aku rajin masuk kedai buku dan rembat apa apa je buku walau pun aku tak rancang pun nak beli. a'ah aku memang akan membazir kalau bab beli buku. sebab ada aje buku yang aku beli tiba tiba tapi buku tu tak best pun. ada aje buku yang aku baca sekerat. membazir betul.

cuma satu. tiap kali masuk kedai buku benda pertama aku cari novel baru dari penulis penulis yang aku suka. sebab walau apa pun kisah novel dorang aku akan beli, aku akan kumpul. contoh, macam Syud. tulisan dia ada banyak dalam novel kompilasi. jadi aku akan beli novel kompilasi tu demi untuk baca tulisan dari dia. orang lain punya yang ada sama dalam tu, kalau kenan di hati habislah aku baca, kalau tak tak lah. itu kira membazir jugak ke? haha tak nak tahu.

aku suka Syud sebab apa yang dia tulis pasal kita kita. maksudnya tentang rakyat marhein. tentang apa yang jadi kat orang yang biasa biasa. dan latar belakang tempat sekitar johor-kl, yang mana aku boleh bayang dalam kepala tempat tempat sekian.

aku suka Noorsuraya sebab bahasa dia. aku selalu rasa bahasa yang Kak Su guna tu indah. sangat. cerita dia macam ada kelembutan. macam gaya ibu ibu. sama macam Tere Liye, penulis dari seberang. bahasa mereka sangat indah. menegur dengan penuh kelembutan. ada rasa kesederhanaan. ada rasa ketenangan. haa macam tu.

aku suka wani ardy. tak payah cakap sebab apa. aku pun tak tahu. orang kalau suka orang lain tak perlukan sebab kan sebenarnya. dia just, suka. apa yang wani tulis, itu yang aku suka. apa apa pun. dan hari tu aku ada peluang jumpa dia depan depan tapi aku lepaskan peluang tu. bila kau jumpa orang yang kau kagum, kau akan jadi tak tahu nak buat apa depan dia. tu lah aku.

ouh dan. Rin Ahmad. penulis yang jadi sebab aku tulis entri ni. sebab aku baru habis baca novel baru dari dia, Bimbo. apa Bimbo bimbo ni? beli lah dan baca. haha. kan aku ada cakap aku ni dulu kuat benar judgemental nya. aku kurang suka sikit baca novel cerita tentang orang orang yang berada ni. macam tak masuk dalam jiwa. macam haih payah lah nak cakap. prejudis lebih aku ni. tapi rin ahmad berjaya ubah apa yang aku rasa. dengan penulisan dia. yeay! aku tahu rin ahmad, dari first novel dia, Untuk Semua Dosaku. masa tu kakak aku yang mintak tolong belikan. aku tak sangka itu tajuk novel, aku ingat kan buku motivasi ke apa. aku baca dan aku terus tertarik dengan rin walau pun aku bukanlah follower blog dia.

satu persamaan penulis penulis ni semua, novel dorang ada ilmu. bukan cerita fantasi yang semata mata untuk menghiburkan hati. aku rasa jadi penulis memang itu tujuan nya kan? untuk beri ilmu pada orang yang membaca. jadi makna nya, aku bukan lah penulis. perapu mungkin. hahaha tiru ayat orang selamba aje. ouh kalau suka baca novel tolong lah pergi blog ni jugak [klik sini].




aku baru balik dari langkawi. orang lain duk borong cokelat lah corelle lah, aku rembat novel Bimbo aje. jauh berjalan novel tu. nampak sangat hati aku jatuh pada buku.

30.8.14

[243]

kak,
untuk hampir satu dekad ini

terima kasih

terima kasih untuk semua pesan
walau cuma pada tulisan

terima kasih untuk segala kata
yang membangun jiwa

terima kasih untuk setiap lagu
terima kasih untuk setiap cerita yang sudi dipinjamkan

untuk hampir sedekad ini
dan untuk masa masa yang mendatang
semoga kakak terus membelai jiwa
mencipta rasa memberi makna
-- tiada yang lebih indah berbanding nikmat hidup ini

terima kasih untuk mengingatkan
pada kuasa Tuhan



kak, terima kasih.
moga kamu dan keluarga dikasih Tuhan sampai mati :)

maaf, video tiada kaitan dengan entri pun hehe

6.8.14

[242]

rooftop rant. bicara bumbung.

aku percaya semua orang nak ada somebody someone. seseorang yang kita rasa sangat selesa. untuk meluah rasa, melawan bicara. seseorang yang kita mahu kan dia itu benar benar faham kita, boleh baca kita walau dengan reaksi muka tanpa suara.

dan seseorang itu boleh jadi sesiapa saja.

tak semestinya kena couple. tak perlu pun kena berabang-adik-angkat. macam Trisy dengan Jade. tak ada nama atas hubungan dorang. tapi ya, tetap salah. bab ikhtilat tu. tak semestinya seseorang tu kena berlainan jantina. tak semestinya.

seseorang tu boleh jadi yang paling dekat, famili sendiri. tapi kalau cerita hidup macam Trisy ni, memang tak dapat nak apply lah kan benda ni. jujur kalau aku pun, entah, aku segan kut bercerita dengan kakak atau mak aku. tak semua benda boleh kongsi sama. aku pun tak tahu kenapa padahal famili kita lah yang patutnya lebih tahu luar dalam kita berbanding mana mana strangers, kan?


kita tahu kita ada Tuhan. yang bila bila masa saja Dia mendengar kita. yang bila bila saja kita boleh luah apa kita nak. lagi mudah sebenarnya. sebab Dia akan terima segala. Dia Maha Tahu.

tapi masih. atas nama nya manusia, merasa untuk ada seseorang itu lumrah. tambah, kalau kisah hidup macam Trisy ni. sebelum sebelum ni, bila baca rooftop rant, memang aku rasa drama sangat hidup Trisy ni. macam betul ada ke orang macam ni? yang raya pun famili tak berjumpa duduk sekali?

ada. aku dah 'jumpa'.

apa yang Trisy rasa tentang orang yang tak kenal dia -bila tahu diri lampau dia, orang yang akan judge dia dari masa lampau dia, orang macam tu wujud. aku antara nya. orang macam aku yang tak ada kat tempat Trisy, aku rasa memang akan cepat menjatuhkan pandangan serong. macam mana nak cakap ea? tapi itulah. kemudiannya baru sedar, yang hidup ini ada macam macam cerita dan kita tak boleh nak melabel orang sesuka hati. kita tak ada dekat tempat orang tu. kalau kita pernah rasa pun apa yang dia rasa, tetap rasa masing masing tak sama. kan?

dan aku cemburu. dengan orang jenis macam Jade, yang dalam novel tu. orang macam Hlovate atau macam Wani Ardy, in real life. yang ada talent untuk sentuh hati orang lain. yang inspiring. yang boleh buat orang lebih tahu makna hidup. yang boleh ubah fikiran orang. aku cemburu tambah kagum.



sekali lagi. ada banyak perkara dalam hidup yang ajar kita untuk syukur atas nikmat Dia.
segala puji hanya bagi Allah, Maha Suci Allah.