Showing posts with label wnrd. Show all posts
Showing posts with label wnrd. Show all posts

20.1.26

[489]

Menjadi kuat bukanlah semudah makan biskut Tiger.

(Aku betul-betul dah cuba elak untuk mula dengan ayat atas ni tapi, aku tak cukup kuat) 

Begitulah. 

Kuat. Aku tak rasa aku kuat. 
Aku ni pengecut. Seperti selalu aku katakan. 

Aku yang tahun lepas, dan tahun-tahun sebelum, itulah yang aku rasakan. 
Yang, aku tak kuat. Aku cuma acah-acah kuat. 

Tapi, dari acah-acah kuat itulah yang telah menjadikan aku yang sekarang. 
Mungkin belum sempurna kuat tetapi setidaknya, 
aku dah mula bersangka baik dengan diri aku, yang aku mampu untuk kuat. 

Kuatnya aku yang hari ini, 
terbina daripada acah-acah kuat aku. 

Dan, benda ni semua tak akan berlaku, tanpa kekuatan yang Dia salurkan. 
Aku tak akan ada kekuatan, tak akan ada daya, tanpa Allah. 
Aku tak akan kuat, tanpa doa yang dimakbulkan. 
Bukan doa dari aku seorang tetapi doa-doa orang sekeliling aku, 
stranger, yang aku tak tahu siapa, 
yang Allah pilih untuk makbulkan. 

Aku pernah tulis tentang, betapa perang jiwa itu benar-benar halimunan. 
Sebab kita tak dapat jangka banyak. 
Sekejap ni kita rasa kita kuat, kita dah menang. 
Saat kemudian, kita lemah dan kita kalah. 

Baru ni ada kelas tentang mujahadah. 
Dan kita sebenarnya, memang akan berperang pun 
melawan nafsu sampai lah kita dah mati. 

Sebab tu, kita akan sentiasa saja rasa, 
kejap kita kuat, kejap kita lemah. 

Pada saat aku menulis ni, aku rasa aku tengah kuat. 
Esok lusa, aku tak tahu. 
Tapi sekurang-kurangnya, 
aku dah tahu nak buat apa bila aku tiba-tiba rasa tak kuat. 

Berbalik pada Dia. 
Tempat asal segala. 

Sedar dan akui kita lemah, itu kuat. 
Mengaku kita kalah dan salah, itu kuat. 
Meminta dipinjamkan asa, itu kuat. 
Memohon dihulurkan tangan, 
untuk kita bangun semula, 
itu juga kuat. 

Kita tak boleh kuat seorang-seorang, 
tapi untuk mendapat kuat itu bermula dari kita sendiri. 


2026; untuk lebih percaya pada diri, untuk lebih bersangka baik dengan Tuhan.


10.9.15

[265]

Terbang, terbang tinggi walau tanah di kaki, kan ku cari langit.
Terbang, terbang tinggi awan, pilu menanti bersama pelangi.
- Yuna, Langit.

--
terbang memang seronok.
berada terapung di awangan, terasa semua milik kita.

tapi bila lama tidak menjejak tanah,
bila lama terapung tanpa tujuan,
mana kan tidak hati menjadi gusar?

kerana, tiba tiba sudah rasa tidak pasti.
untuk terus terbang dengan rasa seronok
atau kembali ke tanah yang dirindu.
--

Boleh terbang, tapi tiap-tiap terbang mesti pulang.
- Wani Ardy, Langit Vanilla.

23.7.11

[80]



bergolok-gadailah mereka
emas, permata, semua
menerbangkan wira negara untuk merdeka

tiap lelaki yang berjuang
ada wanita dibelakang
bersilih generasi tetap begini

usah sering jadi lilin
kasih berpada lah, Hawa
di balik genang yang mengalir
betahnya luar biasa

kaulah serikandi yang mengorbankan segala
memendam rasa menjadi rahsia
hatimu sebesar bumi
asamu sekukuh besi
kaulah anak, ibu, kakak, teman, isteri
kau serikandi

bergolok-gadailah mereka 
jiwa, harta, semua
diri sendiri tidak sekali pun pertama

tiap manusia yang berjaya
akar umbinya seorang bonda
bersilih generasi tetap begini

usah sering jadi lilin
kasih berpada lah, Hawa
di balik genang yang mengalir
betahnya luar biasa

kaulah serikandi yang mngorbankan segala
memendam rasa menjadi rahsia
hatimu sebesar bumi
asamu sekukuh besi
kaulah anak, ibu, kakak, teman, isteri
kau serikandi


lirik diambil dari sini.

-----------------

ouh dan. aku tak tahu kenapa tiba tiba lagu ni aku mainkan tiap tiap masa sekarang.
dan lagu Gelanggang dan Si Gadis dan Pokok.
untuk menjadi kuat sementara kut.

10.2.11

[17]

mari bercerita tentang lagu hari ini.
lagu yang aku dengar berulang kali sekarang ini kalau ikutkan ada 3.


pertama lagu berversi melayu;


monoloque dengan chinta nya.
"muzik dia layan weh", kata abang aku.
dan memang, muzik dia layan weh HAHA


di ikuti rapat lagu berversi english tempatan; [macam apa je dah]


padahal memang hari hari bila bila pun aku selalu dengar lagu wani ardy,
tapi ini paling kerap lah.


kemudian pada belah malam bila mata tu dah kuyu tapi degil tak nak pejam;


ya, ramai yang kata tak elok dengar lagu sebelum tidur.
sebelum tidur itu patut nya diperbanyakkan munajat, berzikir dan muhasabah diri.
bila dengar lagu dari dawud wharnsby ali ni, insyaAllah tiga tiga benda di atas akan aku buat.
dengan automatik nya. dan dengan automatik juga mata yang dah kuyu akan berair.
sesuai juga didodoikan lagu ini kepada anak - anak ya sebelum mereka tidur. hee




ok, habis dah entri bervideo hari ni.
salam *senyum*

13.1.11

                                                                                                                                                                          
melihat gelas separuh penuh, yang kosong itu mungkin kita perlu. mencari syukur dalam tiap tiap dugaan Tuhan, sukarnya namun aku belajar - wani ardy



benar. sangat benar. selalu setuju dengan apa yang dia kata kan.

sepanjang dijejak kan kaki ke bumi pinjaman Allah ini, kita belajar. baik buruk-susah senang-gembira sedih. kita belajar. untuk menjadi yang lebih baik. untuk paham apa perlu nafas ini ada. belajar dari dahulu nya kita.



sebenarnya nak cakap ini je. serius aku rindu dah kat dia. wani ardy.
dah terindu nak buat macam mana kan.*senyum*