Posts

Showing posts from 2023

[439]

Sambil-sambil dia menyeluk kenangan  Sendiri-sendiri dia masih menanyakan  Di mana silapnya?

[438]

Sangka kan aku sudah mampu maju kehadapan. Rupanya aku ini masih dalam pagar sesat. Kasihan. 

[437]

Dalam mana lagi perlu jatuh?  Rapuh mana lagi perlu hancur?  Lerai.  Berkecai.

[436]

Sejak lama dahulu,  Aku ini dibakul-sampahkan.  Dengan kata seranah,  Amarah kepada yang lain.  Dibuang kata, satu.  Dibuang kata, seratus.  Habis melimpah keluar.  Habis berbau dalam luar.  Sejak lama dahulu, Bakul sampah nya, aku.  Yang tak pernah dikutip dibersih.

[435]

Jahatnya aku mendoakan engkau segera miliki kedamaian supaya aku miliki ketenteraman.  Sungguh,  aku juga sudah hilang cara merungkai kusut mu. 

[434]

Ada yang tertinggal selepas kenangan yang dilupakan;  perasaan.  Dan ianya lebih menyesakkan. 

[433]

Mungkin kerana kita ini dibesarkan  tidak terbiasa meluah.  Kita dibesarkan untuk patuh dan menerima.  Kita dibesarkan untuk tidak membantah berterusan,  untuk tidak merajuk berlama-lama.  Kerana kita patuh dan belajar memahami.  Mungkin kerana waktu kecil kita sebegitu.  Dan bila dewasa menjengah kita menjadi  -- amarah dalam meluah  -- merajuk dengan diam yang panjang  -- membantah menerima  Kita menjadi dewasa yang merengekkan perhatian.

[432]

Remember when I said, I wish I was 3 again?  I really wish I was 3 again.  So I can whimper and nobody will stop me.  So I can stomp my feet, unleashed my anger.  So I can hold your legs, and begged you for not going.  But, I am not.  I am 30.  And I can't beg you for not going.  I can't stop you for not going.  Because I am 30, and I understand.  I completely understand.  The pain in your heart.  And by letting you do what you want to do,  is the only way I can think to help ease your pain.  So I can't beg you.  Although I really want to.

[431]

Sebelah hati bintik-bintik hitam,  Akibat kezaliman kepada diri.  Sebelah hati hancur lumat,  Akibat kata-kata sang Syurga yang tak tertapis.  Jauh mana aku mampu pergi lagi?  Jauh mana aku boleh bawa hati buruk busuk ini lagi?  Jauh mana-- Sampai bila-- 

[430]

Sometimes we find someone to talk not really because we want an answer. The answer, we have it already. And we are aware about it. What we want or we need maybe, a little assurance. And hope. That's the answer we take, going in a right direction.  I wrote that first para. Then I realized.  Sebab itu we as Muslim, Nabi galakkan kita istikharah. Minta pada Dia. Untuk jawapan yang kita dah punya tu. Atau yang kita dah tahu tu. Betul baik untuk kita atau tidak.  Sebab akhirnya, yang paling cantik aturan, adalah aturan Dia. Sebab akhirnya, pada Dia jua kita patut kembali. Maha Kuasa Maha Mengetahui. Tentang diri kita. Tentang hidup kita. Tentang akhir kita.  Dan kita tak tahu. Kita mungkin ada jawapan, tapi kita tak tahu.  Tapi bukan lah bermaksud yang bila kata kita tak tahu tu, kita tak buat apa-apa kan. Kita tunggu saja. Tidak.  Sebab tu kita kena buat. Dan kena minta. Kemudian kena letakkan penyerahan pada Dia. Sebelum, semasa, dan selepas. Setiap masa penyerahan tu.  ---  2023, aku