Showing posts with label tulisan jiwa. Show all posts
Showing posts with label tulisan jiwa. Show all posts

18.10.26

[521]

Berjalan dengan kasut yang selesa; 
Dengan laluan yang lapang selapang nya; 
Aku dah tak tahu jauh mana dah aku berjalan. 

Aku jalan terus. 
Tapi langkah makin berat. 

Aku terus lagi. 
Sekejap sekejap kepala menunduk. 
Sekejap sekejap aku teleng belakang. 

Aku jalan lagi. 
Dan lagi. 
Lagi. 
.
.
.
Aku tak mahu jalan terus lagi. 
Tolong hentikan aku. 


Tolong bawa aku pulang.

4.10.26

[520]

Teori satu gelas. 
Separuh penuh, atau
separuh kosong. 

Aku pilih separuh penuh. 
Asalnya gelas aku pun separuh penuh. 

Ditambah-tambah. 
Sekarang, gelas aku penuh. 
Habis air melimpah keluar. 

Yang ditambah, batu-batu. 
(entahkan batu entahkan bendasing) 



Gelas aku kosong, tak berair. 
Gelas aku penuh, dengan batu-batu. 

1.10.26

[519]

Penuh. 
Penuh dua-dua tangan.
Menimbun sampai tutup pandangan. 

Sepuluh jari semua penuh. 
Setiap sepuluh jari berderet menjinjing beban. 

Penuh. 
Jadi tak tahu nak lepaskan yang mana satu. 

Jadi tak boleh berjalan sebab satu langkah kaki, 
berlanggar dengan beban yang dijinjing. 
Jadi tak boleh berjalan sebab tertutup pandangan mata, 
terhalang dengan yang menimbun dalam tangan. 

Penuh. 
Tak boleh bernafas.

11.8.26

[517]

Untuk kembali menjadi tiang-seri
Menyokong rapuhnya rumahmu
Seperti tiga tahun lalu
Aku dah tak mampu 

Untuk kembali menawarkan senyum
Kerana tak mahu membebankan hibamu
Seperti tiga tahun lalu
Aku dah tak mampu 

Tiap hujung malam, bawah lampu padam
Dalam gelap, seorang-seorang
Dan masih mengesat laju air mata dari jatuh terus
Berpura sebegitu lagi aku tak mampu

Untuk ulang itu semua
Aku dah tak mahu

10.8.26

[516]

Kita jatuh dalam gaung yang sama. 
Tetap, patah dan luka-lukanya pada bahagian lain-lain. 

9.8.26

[515]

Duduk lah aku mematung memberontak diam
dalam gelung masa yang semakin sempit. 

[514]

Hendak dikisahkan pada yang lain; 
tidak boleh kerana kisah ini bukan milik aku. 

Bukan kisah aku.
Bukan aku watak utama. 
Jadi perlu didiamkan dari bicara.

Tapi, sakitnya menahan luah 
memalu hati menunggu pecah.

31.7.26

[512]

Merasa sakit menjadi bukti sedang hidup. 

Merasa sakit itu, perkara yang telah berlaku, kan?
Ada sesuatu yang berlaku, mengakibatkan sakit. 

Dan memori, tempat menyimpan apa-apa yang telah berlaku.
Memori menyimpan rasa sakit. 

Beroleh merasa sakit, menjadi bukti masih hidup. 

Jadi, kita sedang hidup dalam memori. Kan?

20.7.26

[510]

Dah diberikan setaman bunga-bunga indah. 
Warnanya terang, baunya harum, kelopaknya segar. 

Tetap, yang kau cari-cari, durinya. 
Yang kau tanyakan, "Hidupnya lama mana?"

--

Dicarinya duri, tertusuklah jari. 
Berdarah. Bunga hilang indah. 

Dan kau soalkan, "Kenapa?"



(Mungkin patut diberikan kaktus)
(Durinya nampak, tidaklah sengaja memilih luka)

24.6.26

[506]

Dan seperti angin kasar menampar pipi, 
Dia datang menyapa kembali.

Sekejap. 
Tapi paling terkesan. 

Terhempap aku, dikambus beban kenangan. 

14.6.26

[503]

Pisau yang dalam genggaman, 
engkau sorokkan di balik badan. 
Dengan sengaja tidak kau hunus 
cuba menikam dada aku. 

Kerana sejak awal lagi engkau niatkan, 
senjata utama engkau bukan pada tangan. 
Tetapi pada kata-kata yang kau hati-hati pilih 
untuk diseranahkan kepada aku. 

Kerana engkau tahu sungguh, luka kata-kata lebih dalam. 
Lebih lambat pulih bila luka dan parutnya tidak nampak. 


18.2.26

[499]

Apabila kau tahu tiada apa yang kekal, 
Kau sedar untuk belajar berpada-pada. 

Kau boleh mencintai sepenuh raga. 
Tapi bila cinta mula menyesak dada, 
Kau akan segera memilih membela jiwa. 

Tiada apa yang kekal selagi belum mati. 
Baik cinta, mahupun benci. 

Kau boleh herdik pada langit yang datangkan ribut.
Tapi, seperti pelangi, itu semua akan pergi.

Apabila kau tahu tiada apa yang kekal, 
Kau sedar, bahagia itu sementara. 
Kecewa kau juga sementara. 

15.2.26

[497]

Pada setiap akhir baris kata yang kau sembahkan malam kelmarin,
Aku teriakkan sendiri dalam diam. 

“Bukan aku. Bukan aku!” 

Si jiwa ranap; bukan aku. 
Si pemimpi hebat; juga bukan aku. 

Jiwa aku tak ranap, cuma luka-luka. 
Mimpi aku tak hebat, cuma iya, ada lah. 

Aku cuma, ada. 

14.2.26

[494]

Kalih sana, kalih sini. 
Bagaimana ya, aku merasa asing begini?

Yang aku biasanya rasa, itu lah aku, 
terasa terlalu luar biasa. 
Luar jangka. 
Terlalu, 
jauh.

Betul agaknya kata kakak dulu;
-- anak yang merasa asing di lingkungan sendiri
-- merasa seperti tidak tergolong di mana-mana

Aku masih yang itu. 
Merasa asing seperti tidak tergolong di mana-mana.

5.6.25

[484]

Let the rain pour on me, 
I want to feel that warm hug.

22.3.25

[478]

Dua orang saling membalas kata.
Untuk setiap patah yang dihambur, 
separuh daripadanya menjadi panah.  

Apabila separuh daripada satu orang, 
bercampur dengan separuh daripada satu orang lagi, 
sejumlah anak panah-anak panah tuju nya ke hati aku.


Sekalipun hanya tempias, tetap tujahan nya ke hati aku.


20.1.25

[473]

Menulis kala hiba. 
Membalut parut lama. 

Tulisan-tulisan menahan air mata. 
Menutup ruang ia jatuh tersia-sia. 

14.1.25

[469]

Kerana janji Tuhan.
Kerana tidak pasti apa aku mahukan. 

Maka tadi petang, dibawah hujan mencurah,  
aku selitkan doa untuk kamu. 

Kamu yang wujudnya aku tidak tahu. 
Doa yang aku tinggalkan lama dahulu. 


Moga, kita bertemu.

19.7.24

[464]

I've been choking with my own words. 
This resentment is too strong. 

I am no longer your loyal soldier.

28.6.24

[460]

Apabila angin turut saling menyakiti, 
mana lagi aku mampu berdiri? 

Akan aku terus jadi abu? 
Lenyap tak tersisa?

Atau, terbang terpusing-pusing
-- hingga angin pun berdamai,
-- dan aku pun jatuh menyembah bumi.  


Tak lenyap, masih ada. 
Cuma luka-luka.