Posts

Showing posts from April, 2015

[256]

dalam dunia ni, bukan semua orang suka kita. dan bukan semua orang juga yang tak suka kita. lebihnya kita pada orang yang ini, mungkin itu lah kurangnya kita pada orang yang itu. dan ya, kita tak mampu nak puaskan hati orang orang keliling kita. tapi, jangan disebabkan kita pegang pada 'kita-tak-mampu-puaskan-hati-orang', kita langsung tak nak usaha, tak nak cuba buat kan dia, si orang itu rasa suka pada kita. benda yang kita kena buat, kita patut buat. hasil lepas tu, terpulanglah. kalau dia tetap tak nak suka dekat kita, walaupun kita dah buat macam macam, biar lah. asalkan 'buat-macam-macam' tu tak mendatangkan mudarat, jadi biar lah. macam mana kita nak orang hormat hak kita, macam tu jugak lah kita kena hormat hak orang. biar lah. jangan ambil hati sangat :]

[255]

bila dalam pembelajaran, atau nak dekat dekat exam, kita akan doa sungguh sungguh.  kita doa, agar kita mudah paham pembelajaran. atau agar kita cemerlang dalam exam. doa sudah.  usaha sudah.  tawakal pun sudah.  tapi masih, apa yang kita harapkan, yang kita doa kan.  -- tak dapat. bila belajar rasa payah sangat nak masuk.  padahal alhamdulillah, hubungan dengan Allah kita jaga elok elok dah.  sebabnya? satu, yang memang kita jarang nak perasan, kita ni lalai dalam laksanakan tanggungjawab kita. lalai dalam menjaga hubungan kita dengan manusia. jadi anak, kita rasa kita dah cukup patuh dah dengan mak ayah. selalu saja call mereka tanya kabar. tapi hati sendiri masa tu mungkin tak cukup ikhlas. masa mak call tu, mungkin rasa macam alahai malasnya lah nak angkat. sebab tu, bila kita tak dapat benda yang kita nak, bukan semata kerana benda tu tak baik untuk kita atau benda tu bukannya yang kita perlu. tapi sebab, kita ada terlalai sikit. sebab tu, kita kena sel

[254]

menjadi manusia seperti aku, yang rasa kasihnya melimpah ruah, -- payah. payah untuk melepas rasa. payah bila punya teman yang berbuat aniaya, dan mahu membuang rasa kasih pada dia itu. cakap orang, baiklah kiranya kita memaafkan. jika mahu hati tenang, maka maafkan lah. memaafkan datang bersama memori. ini payah yang kedua. bagaimana mampu untuk melupakan pada memori bersama si orang itu? baik memori yang mengundang tawa, dan memori yang memendam duka. kerna sampai ke hari ini, walau pun sudah bertahun, tetap aku tak punya daya untuk melupakan. lalu, aku menjadi sangsi sendiri, apa benar aku sudah betul betul memaafkan? untuk yang melukakan, terima kasih.  untuk yang dilukai, maaf.