Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

4.8.17

[299]

[Sumber Gambar Google]
selain Fynn Jamal, Wani Ardy, Sue Anna Joe, Hidd Mihat dan banyak banyak lagi manusia dulu dulu, komik ini juga menjadi antara penyebab aku mula menulis di blog. sampai lah sekarang ni.

komik ini juga lah yang ajar aku erti jatuh cinta pandang pertama ketika aku baru form 2 (kut). sebab apa? sebab aku nampak aje komik ni dalam kedai news apa ntah tu, aku terus amik dan bayar RM7. padahal aku bukan budak yang suka baca komik selain daripada komik dalam Utopia, Ujang, Gila-gila dan komik cina bisu. senang cerita, komik ini adalah kekasih hati aku yang pertama sebab aku memang dah fall in love gila lah kat dia haa.

dan sebab kan dia, aku decide untuk jadikan diri aku seperti aku yang sekarang. nampak kasar tapi dalam hati tisu huhu. macam kaktus.

"Kaktus adalah sesuatu cecair yang lembai"

lebih kurang gini lah ayat dia dalam tu. sejak tu aku pilih cara untuk jadi macam kaktus. macam yang dia cakap ni. berapa ramai aje yang suka kaktus? yang rasa kaktus tu cantik? luar duri duri tajam. warna hijau tak lawa. tegak macam tu. bau pun takda. bosan. tak membangkit kan semangat.

tapi bagi aku. tak. aku suka kaktus. dengan duri dia tu dia nampak gah. nampak sangat menjaga diri. protect diri daripada dipegang orang sesuka hati.

dan sebenarnya, di sebalik duri duri tajam tu, dalam dia ada cecair yang lembai. yang bantu orang tengah tengah desert tu. dia, lembut. dia nampak sepi, tapi bahagia dengan diri yang macam tu. bahagia tanpa ada yang sudi menjaga. bahagia hidup tinggi sendiri tak berharap banyak pada orang.

sebab tu aku decide nak jadi macam kaktus.

pernah tengok kalau kaktus mati macam mana? dia lambat kering. lambat berbau. bentuk asal dia lambat hilang. walaupun dah tercabut dari tanah, bentuk asal dia masih ada.

aku harap aku macam tu. bila aku takda, walaupun aku ni bosan, tapi orang sekeliling yang rapat dengan aku, akan tetap ingat aku. kalau pun bukan sampai bila bila, biar lah aku masih diingat dan dikenang dan didoakan untuk masa yang panjang.

kalau orang tanya sila describe diri awak dengan satu perkataan, aku akan jawab kaktus.



p/s: buku My Way tu dah hilang sedih sangat. tahu tak kat mana aku boleh cari? tolong.
p/s lagi: kaktus aku dah setahun setengah yeay. tapi satu batang baru aje mati sedih lagi. tapi bentuk dia masih ada. 

[ni gambar masa umur 8 bulan. aku kenal kaktus ni aje hehe]


11.7.17

[296]



aku baru habis baca novel ni. ini novel ke enam Rin Ahmad. dan aku memang ada ke semua novel dia. jatuh cinta dengan penulisan Rin sejak novel pertama, Untuk Semua Dosaku.

Dua daripada enam novel Rin dah dijadikan drama, Bimbo dengan Arluna. Tapi macam biasa, aku lagi suka versi novel sebab bagi aku, drama tu, tak sampai maksudnya. aku tak tengok pun Arluna, sebab sejak aku tengok Bimbo, aku tak suka dengan cara pengolahan drama tu. ada sesuatu yang kurang.

tiga novel Rin sekarang memang dah jadi favourite aku sangat sangat. semua novel dia best sebab bagi pengajaran dan dalam setiap novel dia memang akan jumpa satu ilmu baru.

contoh, dalam Untuk Semua Dosaku. ada cerita pasal ideologi Hitler. ada cakap pasal betapa lari nya maksud bila kita baca "qul" sebagai "kul" dalam Surah Al-Ikhlas. Untuk Semua Dosaku memang paling banyak bagi pengajaran. betapa kental nya seorang Nur Lisa untuk membuang segala perkara tidak baik yang dia dah terbiasa buat dahulu, dan berubah untuk menjadi sesuatu yang lebih baik. Walaupun dia terpaksa tinggal kan orang yang paling dia sayang. Walaupun dia terpaksa lawan seorang diri, sebab orang lain sekeliling dia masih pandang diri dia yang lepas. dan bagaimana Syed Azri yang penuh ilmu di dada tapi tidak beramal. bagaimana Syed Azri jugak cuba menjadi yang terbaik.

Ah, Untuk Semua Dosaku memang novel yang menduduki rak paling atas dan carta tertinggi dalam hati aku.

dan kemudian, The Ex. The Ex adalah contoh yang paling kena dengan peribahasa "Jangan menilai buku dari kulitnya". The Ex menunjukkan betapa sangat perlu nya kita untuk memaksa diri. paksa diri buat benda baik dan tinggal kan sifat tak baik dulu dulu. dan apa definisi "baik" itu sendiri? The Ex cerita pasal berpura-pura itu perlu supaya lama lama benda yang kita pura-pura kan itu jadi sebati dalam diri. dan bila The Ex (masa lalu) tu datang menggangu kita balik, betapa susah nya nak lawan.

cukup kuat tak untuk lawan?

aku tak kenal siapa Rin Ahmad. tapi satu yang aku tahu, Rin, melalui penulisan nya, benar benar dah menyentuh hati dan pemikiran aku. moga Rin Ahmad sentiasa dalam perlindungan dan dirahmati Yang Maha Kuasa.

4.2.15

[250]

mari kita membedah buku hari ini. eh tidak, aku tak nak cakap pasal buku atau novel. aku nak cakap pasal penulis buku. jadi yang sepatutnya adalah, mari kita membedah penulis buku hari ini. hahaha tak kena langsung. okay. abaikan apa yang tak penting.

ada orang baca buku atau novel sebab minat pada genre nya. orang lain pulak mungkin sebab plot nya. dan orang yang lain lagi mungkin sebab penulis nya. dan aku jatuh pada yang ke tiga. jujur, aku bukan jenis yang rajin sangat nak baca review orang pasal buku ni, buku tu. tapi aku rajin masuk kedai buku dan rembat apa apa je buku walau pun aku tak rancang pun nak beli. a'ah aku memang akan membazir kalau bab beli buku. sebab ada aje buku yang aku beli tiba tiba tapi buku tu tak best pun. ada aje buku yang aku baca sekerat. membazir betul.

cuma satu. tiap kali masuk kedai buku benda pertama aku cari novel baru dari penulis penulis yang aku suka. sebab walau apa pun kisah novel dorang aku akan beli, aku akan kumpul. contoh, macam Syud. tulisan dia ada banyak dalam novel kompilasi. jadi aku akan beli novel kompilasi tu demi untuk baca tulisan dari dia. orang lain punya yang ada sama dalam tu, kalau kenan di hati habislah aku baca, kalau tak tak lah. itu kira membazir jugak ke? haha tak nak tahu.

aku suka Syud sebab apa yang dia tulis pasal kita kita. maksudnya tentang rakyat marhein. tentang apa yang jadi kat orang yang biasa biasa. dan latar belakang tempat sekitar johor-kl, yang mana aku boleh bayang dalam kepala tempat tempat sekian.

aku suka Noorsuraya sebab bahasa dia. aku selalu rasa bahasa yang Kak Su guna tu indah. sangat. cerita dia macam ada kelembutan. macam gaya ibu ibu. sama macam Tere Liye, penulis dari seberang. bahasa mereka sangat indah. menegur dengan penuh kelembutan. ada rasa kesederhanaan. ada rasa ketenangan. haa macam tu.

aku suka wani ardy. tak payah cakap sebab apa. aku pun tak tahu. orang kalau suka orang lain tak perlukan sebab kan sebenarnya. dia just, suka. apa yang wani tulis, itu yang aku suka. apa apa pun. dan hari tu aku ada peluang jumpa dia depan depan tapi aku lepaskan peluang tu. bila kau jumpa orang yang kau kagum, kau akan jadi tak tahu nak buat apa depan dia. tu lah aku.

ouh dan. Rin Ahmad. penulis yang jadi sebab aku tulis entri ni. sebab aku baru habis baca novel baru dari dia, Bimbo. apa Bimbo bimbo ni? beli lah dan baca. haha. kan aku ada cakap aku ni dulu kuat benar judgemental nya. aku kurang suka sikit baca novel cerita tentang orang orang yang berada ni. macam tak masuk dalam jiwa. macam haih payah lah nak cakap. prejudis lebih aku ni. tapi rin ahmad berjaya ubah apa yang aku rasa. dengan penulisan dia. yeay! aku tahu rin ahmad, dari first novel dia, Untuk Semua Dosaku. masa tu kakak aku yang mintak tolong belikan. aku tak sangka itu tajuk novel, aku ingat kan buku motivasi ke apa. aku baca dan aku terus tertarik dengan rin walau pun aku bukanlah follower blog dia.

satu persamaan penulis penulis ni semua, novel dorang ada ilmu. bukan cerita fantasi yang semata mata untuk menghiburkan hati. aku rasa jadi penulis memang itu tujuan nya kan? untuk beri ilmu pada orang yang membaca. jadi makna nya, aku bukan lah penulis. perapu mungkin. hahaha tiru ayat orang selamba aje. ouh kalau suka baca novel tolong lah pergi blog ni jugak [klik sini].




aku baru balik dari langkawi. orang lain duk borong cokelat lah corelle lah, aku rembat novel Bimbo aje. jauh berjalan novel tu. nampak sangat hati aku jatuh pada buku.

6.8.14

[242]

rooftop rant. bicara bumbung.

aku percaya semua orang nak ada somebody someone. seseorang yang kita rasa sangat selesa. untuk meluah rasa, melawan bicara. seseorang yang kita mahu kan dia itu benar benar faham kita, boleh baca kita walau dengan reaksi muka tanpa suara.

dan seseorang itu boleh jadi sesiapa saja.

tak semestinya kena couple. tak perlu pun kena berabang-adik-angkat. macam Trisy dengan Jade. tak ada nama atas hubungan dorang. tapi ya, tetap salah. bab ikhtilat tu. tak semestinya seseorang tu kena berlainan jantina. tak semestinya.

seseorang tu boleh jadi yang paling dekat, famili sendiri. tapi kalau cerita hidup macam Trisy ni, memang tak dapat nak apply lah kan benda ni. jujur kalau aku pun, entah, aku segan kut bercerita dengan kakak atau mak aku. tak semua benda boleh kongsi sama. aku pun tak tahu kenapa padahal famili kita lah yang patutnya lebih tahu luar dalam kita berbanding mana mana strangers, kan?


kita tahu kita ada Tuhan. yang bila bila masa saja Dia mendengar kita. yang bila bila saja kita boleh luah apa kita nak. lagi mudah sebenarnya. sebab Dia akan terima segala. Dia Maha Tahu.

tapi masih. atas nama nya manusia, merasa untuk ada seseorang itu lumrah. tambah, kalau kisah hidup macam Trisy ni. sebelum sebelum ni, bila baca rooftop rant, memang aku rasa drama sangat hidup Trisy ni. macam betul ada ke orang macam ni? yang raya pun famili tak berjumpa duduk sekali?

ada. aku dah 'jumpa'.

apa yang Trisy rasa tentang orang yang tak kenal dia -bila tahu diri lampau dia, orang yang akan judge dia dari masa lampau dia, orang macam tu wujud. aku antara nya. orang macam aku yang tak ada kat tempat Trisy, aku rasa memang akan cepat menjatuhkan pandangan serong. macam mana nak cakap ea? tapi itulah. kemudiannya baru sedar, yang hidup ini ada macam macam cerita dan kita tak boleh nak melabel orang sesuka hati. kita tak ada dekat tempat orang tu. kalau kita pernah rasa pun apa yang dia rasa, tetap rasa masing masing tak sama. kan?

dan aku cemburu. dengan orang jenis macam Jade, yang dalam novel tu. orang macam Hlovate atau macam Wani Ardy, in real life. yang ada talent untuk sentuh hati orang lain. yang inspiring. yang boleh buat orang lebih tahu makna hidup. yang boleh ubah fikiran orang. aku cemburu tambah kagum.



sekali lagi. ada banyak perkara dalam hidup yang ajar kita untuk syukur atas nikmat Dia.
segala puji hanya bagi Allah, Maha Suci Allah.

18.11.13

[226]

"Faiza gigih sangat, saya terharu melihat ikhlasnya Faiza". Kata Din.
"Hutang kena bayar... Jaja tak nak menyusahkan Din di akhirat nanti". 
Burhanuddin tidak tahu ingin menyampuk yang bagaimana. Kenapa Faiza pandai sahaja membuat hatinya senang dengan segala kata-katanya.

"Tak tau la umur Jaja ni panjang ke dak, kalau nak bertagak-tagak, Din".
- Jaja & Din, Noor Suraya



pernah baca? aku baru aje baca dua bulan lepas. padahal novel ni novel lama dah. bahasa Noor Suraya selalunya indah bagi aku. masa aku baca, kawan aku sorang duk ingat aku baca buku cerita kanak-kanak, sebab cover dia. eh? haha. setengah orang kalau beli novel memang akan tengok covernya. tapi kalau aku tak kisah sangat pun. memang lah dengan cover dia yang selalu akan buat aku terpanggil untuk beli, tapi bila aku baca blurp nya atau sinopsis nya macam tak best, tak capai jugak aku.

ok dah. novel ni kelakar. dan comel sangat :) tapi kelakar kelakar dia, ha amik! ada juga part yang mengharukan sehingga mengalir air mata. terharu dia bukan terharu yang biasa biasa. dia terharu yang bahagia. indah. novel ni indah :) 

berbaloilah beli. dan baca. sebab boleh dapat ilmu baru jugak. barulah bagi aku. macam kenapa nak kena ada tanda titik dalam huruf arab. ada kisah pasal Atiqah binti Zaid, yang aku tak pernah dengar pun namanya sebelum ni. ada ajar macam mana nak kira berapa banyak kita kena 'bayar hutang' kita kat Allah.

dan sebenarnya, itulah pun point utama yang aku nak cakapkan. tentang bayar hutang. tentang tanggungjawab pada Dia. macam yang tadi Jaja ada cakap dia tak nak menyusahkan Din kat akhirat nanti. sebab apa? sebab Jaja tu sekarang dah bawah tanggungjawab Din, suami dia. jadi apa silap yang dia buat, Din pun terkena jugak tempiasnya. akan kenal soal jugak nanti kat Sana. kalau Jaja ada buat salah, dan Din tak tegur, Din pulak yang dipertanggungjawabkan. kesian suaminya.

macam kebanyakkan anak dara sekarang, ok tak banyak pun lah sebab aku pun dengar dari dua tiga orang aje, yang duk cakap, "alaa.. nanti aku dah kawin lah baru berubah, kalau dak sian laki aku". wahai! tahu tak yang bila kita ini perempuan yang belum berkahwin, kita ini dibawah tanggungjawab ayah ayah kita? tak kesian ka dengan ayah kita, kut esok kena soal siasat lama lama disebabkan kita. TT_TT sedih sangat kalau ada yang cakap macam ni. padahal ayah tulah yang ada dengan kita dari kecik. tapi tup tup, duk kesian kan kat bakal suami yang tak tahu siapa lagi tu. sedih lagi.


"tapi ayah saya pun bukannya baik sangat. lagu mana?". 

ok ini kita cerita hari lain. eh?

tak lah. kita, dah besarkan. dah mumaiyiz, boleh tahu mana baik mana buruk. mana betul mana salah. tahu hukum. kalau tak, takda lah kita duk nafikan. dah arif dah tentang hal hal ni. bila dah tahu dah jadi tanggungjawab. kena lah tanggung supaya mudah kita menjawab di sana. dan jadi anak, anak yang baik, kita bantulah jugak mak ayah kita untuk lunaskan tanggungjawab dia orang. 

kena utamakan tanggungjawab yang utama. sebagai Islam, dah tentu tentu tanggungjawab pada Allah. sebagai anak, kepada siapa lagi kalau bukan mak ayah. yang di soal pada kita nanti tentang tanggungjawab kita pada orang tu, apa yang kita dah lakukan pada dia. bukan apa yang dia dah lakukan pada kita.

ingat tak kisah pemuda masa zaman Nabi Musa a.s? yang akan berjiran dengan Nabi Musa di Syurga. pemuda yang beribubapakan seekor khinzir. rupa ibu bapa nya ditukar manjadi rupa khinzir yang sangat hodoh kerana dosa mereka. tapi anak dia orang, pemuda tadi tu tetap buat baik, lunaskan tangunggjawab dia sebagai seorang anak. tiap tiap hari dimandikan mak ayah dia, tiap tiap hari didoakan keampunan buat mak ayah dia. dan atas sebab itu, dia diangkat jadi anak yang soleh dan hidup berjiran pulak dengan Nabi Musa di Syurga. SubhanAllah!!


sambung pasal tadi. hutang yang Jaja gigih nak bayar, adalah hutang solat yang dia tinggalkan dahulu. adat berhutang, kenalah bayar. kan? :)

untung jadi perempuan ni sebenarnya. kan? sebab sentiasa ada orang yang di atas kita dahulu untuk sentiasa ingatkan kita. ada orang yang lindung kita. dan nah, ini antara buku buku lain yang boleh baca jugak untuk kita kita;
  1. Maryam: An Examplary Muslim Woman - Harun Yahya
  2. Aisyah Keanggunan Sejati - Sulaiman An Nadawi
  3. Syahadah Gadis Ateis - Imran Haaz


semoga kita, menjadi hamba Nya yang terpilih untuk lebih dekat pada Dia :)

14.2.13

[189]

adakah kita mahu menjadi pencinta Cinta,
atau mahu menjadi pencinta Pencipta Cinta?

- Rin Ahmad, Untuk Semua Dosaku

27.12.12

[185]

assalamualaikum awak awak :)

hari ini saya nak bercakap cakap tentang buku. padahal bukan hari ni, dah lama dah, siap buat reminder lagi nak tulis pasal entri berbuku. ok, apa ke benda nye dah ni. dan kenapa nak bersaya awak pulak ni? adoyai! 


baik. kembali ke asal. ehem. rata-rata orang kalau cakap pasal novel dari seberang mesti kebanyakan nya novel nukilan Andrea Hirata atau tak pun Habiburrahman El-Syirazi (aku siap gugel nak eja nama dia ni haa). tapi aku tak pernahnya lah nak terbaca novel mereka mereka walau pun aku tengok je Laskar Pelangi tu, Ketika Cinta Bertasbih tu. dan memang best lah ceritanya. entah nanti nanti lah aku rajin aku pergi beli.


okay. pernah dengar tak nama Tere-Liye? hah hah hah, aku suka dia. sangat. 

hah ni lah novel yang aku nak cakap kan tadi. hehe
perlu dinyatakan di sini yang sebenarnya aku tak pandai pun nak buat review pasal buku. heh. 

Bidadari Bidadari Syurga berkisah kan tentang pergorbanan seorang kakak buat adik adik nya, yang sebenarnya bukan adik adik nya pun. mungkin orang akan cakap, alah macam cerita biasa biasa. balek balek pengorbanan. habis tu yang balek balek cerita kahwin paksa tu tak pertikai pulak, huh? eh, tetiba je nak emo kejap. ya, mungkin novel ni sama aje dengan cerita cerita pasal pengorbanan yang lain. tapi, sebab Tere-Liye yang tulis, dia jadi... lain. 

ayat ayat dalam novel ni, memang ayat biasa. bukan nya ayat bombastik atau puitis sangat atau apa. ayat ayat biasa. tapi disusun atur menjadi sesuatu yang macam, luar biasa. ya, Tere-Liye bijak menarik aku untuk terus baca dan baca dengan cerita dia. dalam jenaka nya, ada nasihat. dalam syahdu nya, ada kegirangan. 

novel ini ajarkan aku cinta. sungguh.

---------------
sebelum ni, aku pernah cakap pasal novel dia yang lain [klik sini]. kalau aku sarankan yang kawan perempuan aku untuk baca Bidadari Bidadari Syurga, kawan lelaki aku akan saran kan yang Rembulan Tenggelam di Wajah Mu. alah padahal dua dua pun boleh je sesiapa nak baca. dan aku pun bukan nya ada kawan lelaki pun nak saran sarankan sebenarnya. haha. aku baru ada dua je novel Tere-Liye ni. dan ya, misi aku nak kumpul semua novel novel dia. pesta buku nanti aku akan pergi serang PTS. tu pun kalau duit mencukupi. hehe. dan sini, kalau nak jenguk fesbuk nya Tere-Liye. sungguh bahasanya indah. 

ouh lupa, Bidadari bidadari Syurga ni baru aje difilemkan di Indonesia sana 6 Disember lepas :)




Dengarlah khabar bahagia ini. 
       Wahai, wanita-wanita yang hingga usia tiga puluh, empat puluh, atau lebih daripada itu, tapi belum juga menikah (mungkin kerana kekurangan fizikal, tidak ada kesempatan, atau tidak pernah 'terpilih' di dunia yang amat keterlaluan mencintai harta dan penampilan wajah). Yakinlah, wanita-wanita solehah yang sendiri, namun tetap mengisi hidupnya dengan indah, bersedekah dan berkongsi, berbuat baik, dan bersyukur. Kelak di hari akhir sungguh akan menjadi bidadari-bidadari Syurga. Dan khabar baik itu pastilah benar, bidadari Syurga parasnya cantik luar biasa. 
- Bidadari Bidadari Syurga


29.4.12

[117]

ok. aku tak tahu ini apa. tapi..

ha aku dah selesai baca 4 novel Syud buat. jalan cerita novel dia ringkas. maksud, memang cerita cerita tu selalu je terjadi dalam dunia sebenar. perkara perkara biasa yang terjadi pada orang biasa. dan aku bukan lah nak cerita pasal novel dia sangat. cuma apa aku nak bagitau, aku tak pernah rasa 'sedekat' ini dengan segala buku yang pernah aku baca. tapi 4 novel Syud tu dah berjaya buat aku rasa sangat 'dekat'.

ni novel yang 4 aku cakap kan


rasa tu hadir (ceh macam apa je...) sebab semua watak heroin dalam novel novel Syud ni, aku rasakan ada cebisan cebisan diri aku. diorang, watak watak tu macam pecahan diri aku, dibahagi empat, dan dibuat cerita. mula mula aku tak perasan benda ni. tapi lepas aku baca novel novel tu versi ulangan yang entah berapa kali dah (ye, aku memang suka baca buku sama banyak banyak kali sebab aku tak ada dan malas nak beli buku yang lain kalau aku tak nak, peratus tak nak beli lebih tinggi lah), aku mula rasa satu macam. umpamanya Syud tu sangat lah kenal dan faham aku. 


aku ada 'kepakaran' yang sama macam Aulia, yang boleh buang masalah keluar dari kepala. aku ada sifat yang macam Iman, yang terbiasa simpan semua benda sorang sorang. aku ada sikit sikit pemikiran Wardah. dan sikit sikit pemikiran dan rasa macam Lisa.

mula mula aku ingat ini semua cuma, aku yang terperasan sendiri. konon konon berangan nak jadi macam watak dalam novel dan jalan cerita hidup macam novel. tapi bila dah lama lama, aku perasan yang sememangnya itulah cebisan cebisan diri aku. sebab tu lah aku rasa 'dekat' sangat dengan novel novel ni semua sampai buatkan aku nak menangis sebab terharu. hahaha.

tapi dalam banyak banyak persamaan aku dengan watak watak tu semua, ada satu perbezaan yang sangat lah nampak. diorang tu suka makan asam pedas, tapi aku tak berapa minat. wahal aku asal Johor juga. haha


kalau aku terjumpa Syud dekat PWTC nanti, mungkin aku akan memberanikan diri cakap, hai dan terima kasih sambil sengih sengih sikit. tapi aku pasti benda tu tak akan terjadi sebab aku ni penakut.


# saja nak bagitau juga. beberapa kawan aku cakap diorang takut nak tegur aku masa sebelum jadi kawan sebab aku macam garang. padahal yang diorang tak tahu adalah, aku ini sangat lah pemalu, ok penakut sebenarnya nak tegur orang lain. hehe.

7.3.11

[31]

tutup mata kita. tutup fikiran kita daripada kekalutan kehidupan.
mari berfikir sejenak.
bayangkan saat ini ada satu malaikat bersayap indah datang kepada kita,
lantas dengan lembut berkata,
"aku berikan kau kesempatan hebat. lima kesempatan untuk bertanya tentang rahsia kehidupan,
dan aku pasti menjawab sekarang. lima pertanyaan.
apakah pertanyaan pertamamu?"


"di tengah begitu maraknya novel novel islami yang jelas isinya jauh daripada unsur unsur agama, novel ini bagai segelas air pelepas dahaga, hadir memberi pengalaman spiritual yang berkesan bagi pembacanya. anda akan menikmati segarnya kisah tentang pemahaman hidup dan kehidupan." - A.Syarif Maarif (budayawan, mantan Ketua PP Muhamadiah)

"ketika anda membaca novel tere-liye kali ini, anda bakal merasakan bertapa kita tidak dapat berandaian dalam hidup." - Ratih Sanggarwati (penulis, artis)

----------------

aku bukan orang nya yang minat untuk bercerita tentang hebatnya sesuatu buku atau novel dan filem atau drama. sebelum ini. tak tau bagaimana pun cara sebenarnya. tapi kali ini, terkecuali.

datang nya novel ini dari seberang. ditransletkan dalam bahasa ibunda kita. jauh panggang dari api lah aku kata, aku memang tak pernah nya nak tarik minat untuk baca karya dari luar. maksud, bukan penulis dari Malaysia. terlalu patriotik mungkin. *sengih*. 

bila sebut nama penulis novel ni, memang terasa macam nak nyanyi hindustan. Tere-Liye. mengikut apa yang aku dah baca pun, dalam satu babak itu yang mana ketika watak utama, Ray, bertemu satu satu nya cinta hati dia, cerita  nya persis babak ketika dalam filem Mohabbattein. nanti dah baca tau lah. *senyum*.

okay. balik pada asal. novel ini kisah nya tentang Ray yang memiliki pertanyaan nya sendiri. sebelum akhirnya dia mengerti makna hidup dan kehidupannya. ya, novel ini bertema kan kehidupan. persoalan persoalan yang setiap daripada kita akan tanya kan. seperti; (1) adakah kami memang tidak pernah memiliki kesempatan untuk memilih saat akan dilahirkan?, (2) adakah hidup ini adil?, (3) bagaimana langit tega mengambil semuanya?, (4) mengapa walau sudah memiliki segala yang hendak kan masih terasa kosong-hampa?, dan (5) mengapa takdir merasa sakit-kecewa itu menyelubungi diri?

ini. novel ini berkisah tentang perkara perkara ini. yang memang nya kita tak akan pernah nak nampak dengan sisi kita. sudut diri kita.

kata kata dalam novel ini mudah. membawa kita terus kepada jawapan nya. termasuk juga berbagai kata semangat atau mungkin boleh cakap, kata kata yang indah mendamaikan hati. cehh...

nak tau jawapan daripada persoalan persoalan tersebut? sila ikut nasihat aku; pergi cari. beli. baca.
macam apa je dah. ouh dan, terjemahan novel ini diterbitkan oleh PTS Litera Utama Sdn. Bhd.



gila tipu. setengah jam aku susun ayat nak buat benda ni je?

13.1.11

verily after each difficulty, there's a relief - hlovate


hantu punya hlovate.
okey, bukan. bukan aku kata hlovate ni tak baik-jahat-hantu.


mana nak cari penulis yang macam beliau ini?
mana nak cari orang yang dah buat aku baca novel yang sama berturut turut 4 kali dalam masa 5 hari?
mana dia? meh, aku nak jumpa.
Tuhan, darat kan dia dihadapan aku. aku mahu ucap satu sahaja. cuma satu.

terima kasih.


ubah aku jadi yang lebih baik. aku cuba.




dan aku jumpa dengan seorang lagi hamba Allah yang aku rasa beliau... berjaya lembutkan hati aku? boleh lah kata macam tu. dalam novel hlovate, 5 Tahun 5 Bulan. ya, novel yang aku baca 4 kali berturut turut dalam masa 5 hari tu lah. yang aku boleh gelak terguling guling lagi walau dah baca 4 kali berturut turut. macam mana aku tak kata hantu.


ouh hamba Allah yang seorang tu, Dawud Wharnsby Ali.
dengar sekali terus jatuh suka. siap download 39 lagu dia lagi. tapi betul lah aku cakap. lagu dia menenangkan.

nah sikit.







ouh hlovate ni inche ke cik? mungkin patut biarlah rahsia. baru betul hantu. eh?


*senyum*