[406]
Aku ini masih seperti anak kecil yang mahukan pelukan ibunya yang mahu dicium ubun-ubun sambil dibacakan doa-doa Aku ini masih seperti anak kecil yang merajuk kerana tidak diberi mainan tetapi sekejap cuma bila ibunya tersenyum dan berjanji, "Lepas gaji, kita beli ya?" Aku ini orangnya mudah hanya perlukan ibunya disisi walau cuma dengan senyuman tanpa kata dunia aku sudah menjadi seperti taman berbunga indah kuda putih berlari-lari burung bernyanyi dan bunga api meletup marak Aku ini wanita dewasa yang masih dan sentiasa perlukan ibunya