tentang

[i]

hati kita bukan pun milik kita. 
pemilik hati cuma satu; Dia.

jadi, sanggup nak pulangkan semula 
hati tak cantik pada Yang Khaliq?



[1]

ini urusan dia. urusan yang telah ditentukan Dia.
urusan yang tidak dimengertikan aturannya.

jika dia bukan berada di tempat yang salah,
mungkin hingga ke hari ini dia tidak akan menemui tempat yang betul.

perkara yang benar.

perkara yang berakhir dengan permulaan
dan bermula dengan pengakhiran.





ini tentang Iman.
tentang bagaimana dia mencari Dia.



[2]

di-orang-asingkan, tidak dipedulikan orang sekeliling,
Iman sudah biasa. dia sudah menjadi tidak kisah pun.

okay.

dia kisah saja sebenarnya.
cuma bagi dia tak ada sebab untuk dia terlalu ambil peduli tentang hal ini.
bagi dia tidak salah untuk hidup dalam pura-pura.

pura-pura cool.
pura-pura kuat.
malah, pura-pura baik.

asalkan dia ada dirinya. cukup.



sehingga lah tiba pada suatu momen ini.

Iman merasa asing. oleh dirinya sendiri.
serasa dia sudah tidak kenal akan dirinya.

ah! ini sungguh tak boleh dibiar!

Iman perlu ambil kisah.
jiwa raganya resah.
hatinya bertambah punah.

bila dia turut merasa asing dari pandangan Maha Pencipta.



ini sungguh tak boleh dibiar.



[3]

laila, apa yang perlu aku lakukan? apa perlu aku mencari siapa aku dahulu dan kemudian ketemu Dia atau, apa perlu aku mencari Dia dahulu dan kemudian bertemu siapa aku?

aduhai Iman.
dia benar benar dalam kebinggungan.

detak hatinya kucar kacir. kucar kacir semuanya.
apa yang dilakukan dia selama ini sudah cukup baik?

apakah dengan menjaga batas pergaulan berlainan jantina, tidak terpegang pegang, tidak bertepuk tampar tetapi masih bercakap bergurau senda, ketawa terbahak bahak,
sudah cukup baik?

apakah dengan hanya 'aku dah sembahyang pun cukup lah ni', tetapi solat nya di hujung waktu nun atau bertangguh sekejap kerana konon nya ada benda utama yang kena buat, dan solat diselesaikan laju laju, sudah cukup baik?

aduhai aduhai. resahnya hati Iman sekarang.
bagi Iman, itu semua sudah cukup baik dah.
dia masih pakai tudung walau auratnya tidak terjaga.

cukup baik lah tu. kan?

tetapi tidak sekarang. benarlah. perkara dosa itu adalah apa apa yang meresahkan jiwa dan meragukan hati. hatinya resah bila terfikir itu semua. jiwanya gundah, bila mana dia terjumpa kan ini;

"Wahai orang orang yang beriman!
Masuklah kamu ke dalam Islam secara seluruhnya, 
dan janganlah kamu ikuti langkah langkah syaitan. 
Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu."
(al baqarah: 208)




dan Iman tahu. dia harus berbuat sesuatu. 
cumanya, mahu mula dari mana?
mencari dirinya yang hilang dahulu, atau mencari Tuhan dahulu?



[4]

hampir setahun. Iman bertungkus lumus mengukuhkan imannya. sejak pada hari yang dia merasakan dia cuma seorang Iman dan Islam pada nama. ruginya dia rasa.

di mana lah letak iman nya sebelum ini?
di mana dia letakkan islam di dalam hatinya sebelum ini?
di mana lah dia letakkan Kekasih Agung Maha Suci Allah sebelum sebelum ini?

dalam setahun ini. bersungguh dia cuba bangkit gagah sendiri.
cuba mengubah dirinya menjadi yang lebih baik.
lebih baik dari sebelumnya dia dahulu.
lebih baik dari pandangan Pencipta.


Iman belajar daripada buku buku, daripada ceramah ceramah.
Iman belajar daripada rakan rakan, daripada orang luar yang seperti dia juga,
yang sedang belajar, yang selangkah lebih hadapan, yang dia tidak kenal pun mereka.
Iman belajar bersungguh. kerana dia tahu. untuk capai apa yang kita mahukan,
kita kena bangkit kuat sendiri, ubah diri sendiri.

usaha sendiri dan beserta kan doa pada Dia.

Iman doa sungguh sungguh.
harap sungguh sungguh.
Tuhan bagi dia kuat daya.
semoga dia mampu.



[5]

syaitan datang menghasut.
daya nya belum cukup kuat.

Iman kembali merasa kosong. merasakan segala yang dia lakukan,
seperti tiada gunanya.

Iman putus asa.

dia kembali pada keadaan dia dahulu. Iman yag leka.
yang lebih petingkan keseronokkan dunia.
Iman yang tiba tiba, tidak kisah tentang hatinya yang tidak tenteram.

dia biarkan. dia abaikan. dia jadi degil.
dia mula mencari hiburan. konon nya untuk sementara. sekadar hiburan ringan.

ah sementara saja. tak apa. 

Iman terlupa sesuatu yang penting. sekali dia dekatkan diri pada perkara kemaksiatan - walau pun katanya sementara -, adalah sangat payah untuk dia jauhkan dirinya kembali. yang katanya sementara itu terus berlama lama. Iman tak awas.

Iman lupa Tuhan.
dia lupa diri nya juga.
lagi sedih, bila Iman tahu dia salah
tapi dia buat tidak kisah.

sehinggalah rasa kecewa membuak buak dalam dirinya. kecewa yang amat.
Iman marahkan dirinya. Iman benci dirinya yang tak mampu kawal hati.

jadi lebih tragis, apabila marahnya mengundang bencana. bencinya menjadikan dia derhaka.


"Iman dah penat! penat dengan semua ni! Iman penat mak tahu tak?!"

"Memang. Semua orang memang tak nak faham Iman. Iman sakit ke Iman apa ke, tak da sapa pun nak amik peduli. Mak pun sama! Mak tak pernah nak faham Iman!"

"Iman harap... Iman harap. Iman tak ada emak macam mak!"


Allahu Rabbi!! sungguh sungguh Iman menangis. andai, andai waktu itu mampu dia putarkan kembali, sungguh tak akan dia tergamak meluah sumpah begitu. Ibunya tiada sekelumit pun salah. cuma dia yang sudah terlampau penat.

penat menanggung amarah sendiri.
penat dengan dirinya sendiri yang tak cukup kuat.

sungguhlah, ibunya tiada apa salah pun. dan dia pun tidak pernah terlintas langsung untuk bersumpah begitu. Iman anak yang baik. selalu menjadi anak yang baik. anak yang paling senang dijaga. tidak banyak meminta. tidak banyak membantah. Iman anak yang impikan Syurga. tetapi malam itu dia menempah neraka dengan menjadi derhaka!

andai malam itu lenanya tidak berjaga semula, pasti menjadi sia sia semuanya.

cuma atas kuasa Nya.
dia masih diberi peluang.
peluang memohon ampun pada ibunya.
memohon ampun pada yang Maha Mengasihi.


peluang untuk perolehi yang lebih baik. peluang yang kadang kadang tidak terperasankan.




[6]

Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! 
Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. 
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. 
Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang. 
(Az-zumar: 53)

Popular posts from this blog

[170]

[74]

[81]