[11]
pengasingan diri = bahagia
pengasingan diri di sini bukan seperti katak di bawah tempurung. mengasing diri dengan menjadi dungu tidak tahu apa apa jadi. bukan seperti masuk kotak-tutup-main sendiri sehingga puas. sehingga lemas.
pengasingan diri aku bukan bermakna aku menidak kan siapa siapa yang disekeliling aku. bukan bermaksud bila kawan ajak keluar, aku kata "ouh maaf, saya tidak boleh. saya mahu mengasingkan diri." ok, itu tindakan yang sangat kurang bijak jika aku buat macam tu. pengasingan diri aku ini mungkin seperti, bukan aku yang memulakan sesuatu dahulu. maksudnya bukan lah aku nak cakap yang aku ni tak sayang kawan kawan aku, sombong segala bagai. ha macam mana he nak terang dengan ayat yang mudah? haih...
benda ini lebih kepada sudut dalaman lah, bukan luaran. bukan hanya apa yang nampak dek mata kasar.
benda mengasingkan diri ini mungkin boleh aku kata kan, sesuatu yang mana engkau duduk dikeliling ramai orang tapi kau seperti tidak ada. macam sebahagian diri engkau bukan pada tempat itu sahaja. engkau masih mendengar, masih berbicara. cuma nya dengan tidak sepenuh nya lah.
mungkin lebih senang begini. pengasingan diri yang aku maksudkan, yang aku lakukan ini adalah kerana mengasingkan diri untuk kelebihan diri aku sendiri. untuk menjadi yang lebih baik. untuk mengenal diri aku sendiri. untuk mengenal dunia dengan lebih luas dari padangan aku yang sebelum ini. yang diikut kata orang bulat bulat. yang jalan hidupnya ditunjuk oleh orang mana patut lalu mana yang baik. ouh, aku lupa mahu kata, aku baru lepas SPM, jadi boleh faham lah kan. dan bantu aku untuk faham apa perlu nafas aku ada. untuk faham apa guna diletak perkataan Islam pada i/c aku. untuk Allah s.w.t.
dan itulah sebabnya aku kata pengasingan diri sama dengan bahagia. sungguh. ya, memang akan bosan tanpa orang yang kita kenal (selain famili), orang yang kenal kita disekeliling. mana tak bosan kan sampai aku baca novel yang sama, tengok movie yang sama ulang ulang kali. heh. tapi, aku dapat sesuatu yang lebih baik daripada itu. seperti rasa gembira di dalam sakit. seperti ada manisnya dalam pahit-kelat. aku dapat sesuatu yang selama ini aku tak bayang pun.
pengasingan diri menjadikan aku lebih terbuka. menjadikan aku menerima apa yang jadi dengan mudah. membuatkan aku toleh kebelakang, ambil dan simpan dan praktik kan apa yang patut, buang apa yang tak patut. untuk masa aku yang dihadapan. menjadikan aku boleh menerima dengan logik akal. menjadikan aku yang tidak menangis apabila tidak perlu. dulu aku macam tu. heh. menjadikan aku mampu gembira sendiri bila disakiti. sungguh. cuma diri kita yang tahu bagaimana cara untuk pujuk rajuk sendiri.
benda ini juga ajar aku buat entri panjang berbelit dalam blog buat pertama kali. haha!
pengasingan diri = permulaan sesuatu yang baik
dengan izin-Nya.
*senyum sampai telinga*

Comments