16.2.11

[22]

kira sampai sepuluh.
selepas sepuluh petik jari.

*pap*


dan aku lesap.



[heh, dah lama tak main sorok sorok]

15.2.11

[21]

pilih.
mahu mati ditembak.
atau.
mahu mati ditikam?

-------

aku pilih.
mati ditikam.
pertarungannya lebih penat.

13.2.11

[20]

ini bukan tentang keluar-jalan jalan-sama sama. bukan juga tentang 'jiwa engkau masuk, jiwa aku tak ngam'.


ini hari, tentang 3 jam yang habis untuk kenal hati masing masing. walau bukan sepenuhnya. tentang rasa yang kita kongsi untuk masa hadapan bila berkeluarga. tentang duduk borak borak 5 minit sebelum tunggu maghrib pasal seseorang yang tiba tiba kita tertarik dengan gayanya.  tentang engkau pinjam kan sepuluh ringgit buat beli buku. tentang kita bual bicara pasal perempuan yang pakainya cuma skirt paras lutut serta lawa yang terserempak dekat surau sesak, tunaikan maghrib sebelum turun menyelami kota kata kata hebat si lelaki pemalu berpuisi. ya, itu ajarkan kita sesuatu, jangan hakimi orang sekalian seperti mana yang mereka tayang kan kerana kita bukan yang layak begitu. dan tentang mahu nya engkau duduk atas bumbung hirup dingin malam serta bau segala udaranya pada jam 1 serta tentang bagaimana bercerita engkau mahu lelaki seni, engkau mahu lelaki bersama piano, walau pada masa itu Ilustrasi sedang bersenandung dengan sangat damai dan ya, aku sebenarnya sedikit resah.



ini cerita tentang satu malam yang sekejap. buat aku lihat engkau engkau dan bisik kan sendiri,
"Ya Allah, tolong biarkan kami seperti ini sehingga Engkau hantarkan Maut pada kami".



terima kasih untuk satu malam ini kawan. atau lebih patut aku panggil, kekasih hati sayang hamba. *senyum*

11.2.11

[19]

dimaksudkan, kau ok tak
disebutnya, kotak

dijawab faham, aku ok
diingatkan mahu pergi karok



kelakar lah kau kawan
terus kasi aku idea

[18]

Pupus Kamu
aku minta pada Tuhan.
pupuskan kau dari dalam ini.
kerana masa masa yang pernah aku dan kau (mungkin) suka kan.
menjadi percuma sudah.


aku minta. kau pupus.
dan biar terus tidak berbekas.
terabai tanpa terkesan.
walau sekelumit rasa.
bersalah.

10.2.11

[17]

mari bercerita tentang lagu hari ini.
lagu yang aku dengar berulang kali sekarang ini kalau ikutkan ada 3.


pertama lagu berversi melayu;


monoloque dengan chinta nya.
"muzik dia layan weh", kata abang aku.
dan memang, muzik dia layan weh HAHA


di ikuti rapat lagu berversi english tempatan; [macam apa je dah]


padahal memang hari hari bila bila pun aku selalu dengar lagu wani ardy,
tapi ini paling kerap lah.


kemudian pada belah malam bila mata tu dah kuyu tapi degil tak nak pejam;


ya, ramai yang kata tak elok dengar lagu sebelum tidur.
sebelum tidur itu patut nya diperbanyakkan munajat, berzikir dan muhasabah diri.
bila dengar lagu dari dawud wharnsby ali ni, insyaAllah tiga tiga benda di atas akan aku buat.
dengan automatik nya. dan dengan automatik juga mata yang dah kuyu akan berair.
sesuai juga didodoikan lagu ini kepada anak - anak ya sebelum mereka tidur. hee




ok, habis dah entri bervideo hari ni.
salam *senyum*

3.2.11

[16]

berikan magis itu semula. untuk aku kutip. dan simpan kemas kemas. letak dalam dalam. biar tiada mampu curi.

tidak. itu serupa engkau tidak hargai nya.

bukan. aku cuma tidak mahu hilang lagi. seperti dulu dulu.

seperti dulu dulu. engkau dapat dan simpan. sehingga kau lupa magis itu ada pada kau. sehingga engkau hilang kan nya. itu silap.

-------

magis aku luar biasa. tak boleh disimpan. harus ditunjuk. biar tak muncul salah faham.
magis aku luar biasa. bila sudah dikata itu memang milik engkau, maka milik engkau. tiada yang mampu curi.



sekarang bukan seperti dulu dulu.

2.2.11

[15]

cuba selak.
tapi ter-gam.
masih pada yang sama.