Posts

Showing posts from March, 2012

[108]

aku sangka aku kuat macam kayu. tapi aku lupa kayu pun boleh reput. aku pikir aku tahan lasak macam besi. tapi aku lupa besi pun boleh karat. bila dibiar makan anai-anai. bila dibiar letak bawah hujan terik hujan terik. aku lupa. yang sebenarnya aku ini. rapuh macam biskut kering.

[107]

aku hilang dia. sebulan, dua atau hampir enam bulan sudah barangkali. entah aku tak pernah hitung. aku malas. aku punya semua. keluarga, kawan-hujan-ribut-taufan aku. dan ouh, zon selesa aku. tapi entah kan kenapa, aku masih mahu dia. tamak? mungkin. tak reti nak bersyukur? separuh betul. aku masih mahu kan dia. ah! ini sudah terlampau lama. ah! aku sudah terlampau rindu. ini permintaan aku. jika Engkau kenan kan ya Tuhan, pinjamkan dia ke aku kembali. kerana sungguh. aku sudah terlampau rindu. pinjamkan ke aku semula. segala tulisan tulisan yang aku pernah punya dahulu. segala kata kata yang aku punya, yang kuatkan aku. segala butir perkataan, yang aku guna dahulu bila hendak meluah segala isi jiwa. aku mohon.