Posts

Showing posts from December, 2013

dan gugur lah segala nombor

Image
nombor nombor juga tidak mampu menghitung. kerana kali ini, aku jatuh bersungguh. I feel You close to me.  Just gimme a chance,  cause I don't wanna slip away.

[230]

betapa, perang jiwa itu. benar benar halimunan. tak mampu nak menyangka banyak. satu saat, kita rasa kita menang. saat kemudiannya, baru kita tahu, rupanya kita dah kalah teruk tertusuk panah. melarat hingga ke saat yang lama. jadi lebih tragis. bila kita turut hilang harap. pada Tuhan tambahnya. bukan. bukan hilang harap. cuma hilang yakin. masih berharap pada Tuhan. sebab kita memang dah tak ada siapa boleh bantu. kita harap. sungguh sungguh harap. Tuhan bantu bangunkan kembali. seperti berapa banyak kali entah dahulu. masih harap. Tuhan pandang usaha yang lepas lepas. untuk kali ini, biar bagi kita menang. cuma kita. hilang yakin. pada diri sendiri. jadi takut untuk bangun. sebab takut jatuh balik. dan kalah lagi. betapa, perang jiwa itu. benar benar halimunan.

[229]

ramai mereka yang masih terkesan dengan memori semalam. sama ada yang bikin hati robek atau yang bikin senyum sampai tidur. dan aku di sini. bergelumang sendiri cuba paksa mengingati segala memori memori. apa mungkin, aku sudah perlu khuatir dengan daya ingatan aku?