[264]
sesak. lelah. kaku. bagaimana aku boleh ada di sini? di sini yang kaki aku tenggelam sempurna. diselimuti pasir pantai --ketat. di sini yang aku nampak segala. tapi tak bisa sentuh --penat. aku terjerat lagi. aku jauh kembali. dari semua yang aku hendakkan. --langit jingga. --matahari lawa. --laut membiru. aku mahu punya semua. tapi aku, tak mampu. --langit gelap. --matahari tiada. --laut senyap. dan aku, baru mampu bebas? setelah apa yang aku hendakkan pergi semuanya, baru aku mampu lepas? untuk apa? -------- yang kita hendakkan bukan semestinya yang kita perlu. jangan tamak bilamana Dia lebih tahu perlu kita daripada mahu kita. itu pasir pantai seluas itu, kenapa tidak terperasankan?