Posts

Showing posts from December, 2015

[268]

Aku yang selalu pura pura cool . Aku yang tak pernah nak kisah tanpa ada sesiapa di sisi. Aku yang tak pernah suka hal remeh temeh. Aku yang punya kepakaran membuang segala masalah. Semua semua itu, tidak lagi ada pada aku. tidak ada selepas kau muncul.

[267]

bila dah jumpa orang yang boleh terima busuk kita, kita kena simpan dia. sebab tak ramai yang sanggup tahan dan entah bila kita akan jumpa lagi. tapi, tak kan nak pentingkan diri? simpan dia dan biarkan kita dengan busuk kita, sampai bila dia mampu tahan? dan sampai bila kita nak terus jadi busuk? hari ke hari, kalau kita asyik jadi sampah, orang pun menyampah.  hari ke hari, kita patut ubah lah. bukan ubah terus jadi yang lain. cukup ubah untuk jadi yang lebih baik. bila kita wangi, ramai orang sayang. tapi kita tetap sayang lebih dekat yang pertama, yang tahan dengan busuk kita tu :)