Posts

Showing posts from December, 2018

[336]

I'm sorry for being so heartless.

[335]

Seperti malam malam yang lain nya, malam ini memegang rahsia manusia manusia. aku tidak tahu tentang manusia yang lain nya. tapi aku tahu, malam ini menjadi saksi, tiga perempuan telah ranap punah hatinya. tiga perempuan telah pecah empangan air mata nya. Aduhai, tak tertanggungnya kesedihan ini. Allahu Rabbi, beratnya beban kesedihan ini.

[334]

I won't let the devil wins again. Not this time. This battle is mine. I am more stronger than this. Give me sabr Ya Allah. Give me sabr.

[333]

Tuhan, Cuma Engkau yang tahu aku. Lebih tahu dari aku tahu diri aku. Hati aku beku. Lidah aku kaku. Bagaimana lagi caranya, jika doa meluah juga aku tidak mampu? Bagaimana lagi caranya, selain aku menulis begini merayu? Oh Tuhan.

[332]

Aku menyimpan rahsia di dalam ingatan. Aku memikul amanah di atas bahu. Tapi kenapa dada aku yang berasa penuh? Dada aku penuh. Perut aku sebu. Aku ingin meluah segala. Tapi mulut aku terkatup. Aku ingin mengisahkan cerita. Tapi cerita ini rahsia. Cerita ini amanah, tidak boleh dipecah. Lalu, bagaimana? Jika tidak dikisahkan bagaimana aku hendak bertemu penamat? Cerita ini rahsia. Cerita ini amanah. Tidak boleh dipecah. Tidak boleh dikisah. Tapi sungguh. Aku sudah penat menanggung seorang.

[331]

Aku menyimpan begitu banyak rahsia. Rahsia yang menjadi amanah. Aku memikul begitu berat amanah.

[330]

Image
Dua minggu akan datang, blog ini usianya bakal genap lapan tahun. Lapan tahun menjadi teman aku. Dia saja yang tahu aku (walaupun bukan semuanya kerana pada dia juga aku tetap berahsia).  Tempat aku menulis segala. Sebetulnya tahun ini, sudah sepuluh tahun aku menulis. Menulis segala.  Awalnya, memang aku bercita menulis dengan pengharapan ada yang membaca. Menulis untuk berkongsi. Berkenalan dengan lebih banyak penulis lain. Dan aku terus menulis setelah aku terima emel ini. Tetapi rupanya aku ini, sebenarnya masih sang anak kecil yang mahu menyorokkan jiwanya. Aku buang blog lama, aku hidupkan blog ini. Aku menulis untuk jiwa aku. Aku menulis kerana aku. Dan aku memilih untuk terus menyorokkan jiwa aku.

[329]

Rupanya, walau setelah sekian lama aku masih memerlukan kamu.

[328]

Kadang kadang, ianya bukan sangat mengenai jawapan yang awak mahu dengar. tetapi lebih kepada soalan tepat yang awak patut tanya.