[385]
Lautan Seorang Anak Kecil dan Seorang Dewasa
Sebanyak mana masa telah berlalu,
Tetap ada luka yang tidak akan sembuh.
Malam ini, hati ku hiba.
Kerana aku masih tidak dapat menyayangi diri ku sepenuhnya.
Wajah di dalam cermin itu terlihat sangat asing.
Dan seperti selalu, perlahan aku menutup mata.
Dan setiap kali malam tiba,
aku sepertinya ingin segera bertemu esok.
Anak yang selalu mengimpikan mimpi-mimpi,
berapa lama telah dia tersakiti?
Hanya untuk menjadi diri ku yang kini?
Aku menjadi jauh darinya.
Dia dan aku tidak mungkin akan bersatu semula.
Dan mungkin tiada apa yang boleh pulih semula.
Dalam jiwa anak kecil itu dahulu,
ada lautan yang tidak pernah kering.
Kini hanya menjadi sebuah jejak yang kabur.
---
Nafasku terdengar menderu lancar
dan angin bertiup di atas kepala ku.
Ingin sekali aku menjadi ombak
dan berlari ke segenap arah.
Dalam ketakutan, perlahan aku membuka mata bersama harapan.
Setiap detik hidup ku hadir dan menjadi hadiah yang bergemerlapan.
Aku rasa, aku sudah mampu memberi jawapan,
kepada diri ku yang dahulunya penuh keraguan.
Mimpi dahulu memanggil ku di sebalik sana.
Suara yang telah lama aku terlupa.
Aku berlari melawan ombak
ke arah lautan milik ku dahulu.
Walaupun aku dibawa arus dan hilang arah, aku bebas.
Aku tidak akan lagi menutup mata
dalam kegelapan yang memerangkap ku.
Aku tidak akan lagi berpura tidak mengenali diri ku.
Tetap akan ada waktu
yang aku akan kalah dalam kehidupan.
Tetapi sejauh mana aku hilang arah,
aku tahu jalan untuk pulang semula.
-----------------------------------------
Lirik dialih bahasa daripada lagu My Sea oleh IU (Listen here )
English lyrics translation credited to;
https://iu-jjang.tumblr.com/post/647059642660306944
https://iu-jjang.tumblr.com/post/647059642660306944
Comments