17.12.22

[429]

Kerananya aku sudah jarang membaca mu, 
Maka aku juga sudah kurang menulis. 

Kerana rupanya tulisan-tulisan ku sebelum-sebelum ini, 
Hanyalah untuk membalas tulisan-tulisan mu. 

16.12.22

[428]

Sungguhpun sedang lebat hujan 
turun membasahi hati mu, 
Sungguhpun guruh berdentum 
menggusar-resahkan jiwa mu, 

Semoga nanti-nanti -- 
Hasil tiap titisan hujan itu semua 
Wujudnya setaman penuh berbunga indah. 

Lantas menutupi -- 
Langsung tiada terkesan, 
Segala luka-luka kamu dahulu.