18 Jul 2023

[438]

Sangka kan aku sudah mampu maju kehadapan. Rupanya aku ini masih dalam pagar sesat. Kasihan. 

[437]

Dalam mana lagi perlu jatuh? 
Rapuh mana lagi perlu hancur? 


Lerai. 
Berkecai.

4 Jul 2023

[436]

Sejak lama dahulu, 
Aku ini dibakul-sampahkan. 

Dengan kata seranah, 
Amarah kepada yang lain. 

Dibuang kata, satu. 
Dibuang kata, seratus. 

Habis melimpah keluar. 
Habis berbau dalam luar. 

Sejak lama dahulu,
Bakul sampah nya, aku. 

Yang tak pernah dikutip dibersih.

[435]

Jahatnya aku mendoakan engkau segera miliki kedamaian supaya aku miliki ketenteraman. 

Sungguh, aku juga sudah hilang cara merungkai kusut mu. 

2 Jul 2023

[434]

Ada yang tertinggal selepas kenangan yang dilupakan; 

perasaan. 


Dan ianya lebih menyesakkan.