20.1.25

[473]

Menulis kala hiba. 
Membalut parut lama. 

Tulisan-tulisan menahan air mata. 
Menutup ruang ia jatuh tersia-sia. 

19.1.25

[472]

Let me focus for one thing this time.
Let me repair that another thing, 
when I am calm. 

Let's hope, 
There is enough time for me.

17.1.25

[471]

Pabila tidak dihadapanmu, 
aku bayangkan, 

Ah, bagus sekali dapat memelukmu. 

Kejap. 
Kejap lagi. 
Lama lagi. 
Peluk kejap dan lama lagi. 

.
.
.

Tapi iya, itu semua dalam bayangan. 

Bukan kerana tidak mampu. 
Mungkin kerana tidak mahu. 

Atau iya, seperti selalunya aku. 

Pengecut.

[470]

Hitung sini
Hitung sana. 
Hitung lagi. 

Sampai kepala nak pecah.
Sampai lupa nak berserah. 

Hitunglah sebanyak mana. 
Letak sama penyerahan pada Dia. 




Moga yang baik-baik untuk kita semua.

14.1.25

[469]

Kerana janji Tuhan.
Kerana tidak pasti apa aku mahukan. 

Maka tadi petang, dibawah hujan mencurah,  
aku selitkan doa untuk kamu. 

Kamu yang wujudnya aku tidak tahu. 
Doa yang aku tinggalkan lama dahulu. 


Moga, kita bertemu.

12.1.25

[468]

Maybe I shouldn't turn my back from you. 
Maybe I should push myself to hold you. 

Then, we will be okay.

10.1.25

[467]

Aku lupa tarikh sebenar. 
Tapi kita dah 14 tahun, kan? 

Seperti tiada apa yang berubah.
Tetapi terlampau banyak yang berubah. 
Aku masih menulis tentang kekecewaan. 
Sedikit tentang perkara-perkara yang indah. 

Aku mula menerima (atau belajar menerima). 
Tidak mengapalah jika banyak yang ditulis 
hanyalah tentang hal-hal yang mengecewakan. 
Kerana, hal-hal yang mengecewakan adalah perasaan 
yang sering aku pejamkan mata dan diamkan daripada bicara.  

Jadi, sini sajalah tempat untuk 
hal-hal mengecewakan itu terasa, hidup. 
Terasa bernafas. Terasa diambil-peduli. 

Untuk 14 tahun sebelum. 
Dan 14 tahun akan datang (mungkin). 

Terima kasih untuk 14 tahun sebelum. 
Selamat ulangtahun :)