Posts

Showing posts from April, 2011

[60]

Latte kawal dan simpan. sehingga sampai suatu masa kemuncak segala yang terpendam itu akan engkau muntahkan dan lantas; engkau baru sedar yang engkau telah terlambat. damn!, kata engkau. kerana masa tidak pernah mahu menunggu. begitu gelojoh sekali ia berlari meninggalkan engkau. di saat mata terkebil-kebil. terkelip-kelip, engkau sudahnya telah terlepas beberapa opportunity bila mana cinta juga telah menaiki tren paling akhir dan segala bahasa yang engkau simpankan itu, sudah semakin melapuk. zaman sudah berubah, bukan. teori Si Ramlee mungkin sudah terkebelakang dan di sini -- biar engkau sahaja yang sesal untuk diri engkau sendiri. siapa suruh lambat, kan? [ahmad] ................................................................................ Kaku ini. tembakan paling tepat tak bersimpang tak tersasar ke rusuk meluru terus ke hati. paling dalam. peritnya. setipa detik di ruangan itu membeku. seperti akhirnya memihak pada aku. bersimpati mengasihani. syaitan syai

[59]

lumpuh. paling teruk. tersangat teruk. sebab apa? sebab baru saja baik sakit dah sakit balik. sakit yang sangat. yang sangat sangat. semua nya lumpuh. heh. bila lah nak bulan enam kan?

[58]

Image
pada baris. butir doa. kau memohon. kau berserah. hanya. pada. DIA.

[57]

aku sedang belajar untuk faham maksud move on. baik. ini. untuk pertama kali. aku mengaku. aku. masih. ada rasa. yang sama. pada dia. seperti 5 tahun sebelum ini. masih ada. sehingga semalam. untuk melepaskan sesuatu yang sudah terbiasa dengan aku, payah. tak kira lah hal apa jua. daripada hal yang remeh sehingga hal yang paling berat. dan. satu titik [titik ini]. aku perlu berhenti. dan bawa diri. ini yang paling muktamad.

[56]

semoga. ini benar sudah pada pengakhiran. untuk suatu malam yang panjang. untuk satu malam yang menahan mata berjaga. hati sudah berjaya dipujuk sendiri. terima kasih pada Acid Hadi dengan lagunya Menjadi Bintang. temani aku satu malam tadi. dan juga, Iman Xara dengan tulisannya, Rumput Masih Hijau. satu-satunya novel nya membuatkan jangkaan aku meleset 360 darjah. membantu aku untuk sedar segera dan pergi jauh daripada mimpi indah. Bila kita hilang satu kebaikan, yakinlah yang kita akan dapat lebih banyak kebaikan selepas itu. Yang penting, hati perlu redha dan bersabar dengan segala-galanya.

[55]

Kelmarin Bila Zuhur Tinggal Empat Minit Cuma di simpang sana, kau duduk di tepi aku, yang sedang senyum seorang lihat orang. perlahan kau mengesot pada aku. lagak anak minta dimanjakan mak. kata kau, "aku cemburu pada kau. sangat. kau sering bahagia gembira. sedangkan aku..." kau yang selalu bersedihan, aku juga cemburu pada kau. aku ingin sedih kau. aku mahu suarakan aku sedih, pada tiap tiap orang sekeliling aku. dan mereka bertanya, "kau okay ke?" sebab dari itu aku akan boleh dapat tahu, rupanya orang orang itu amik kisah tentang aku. rupanya orang itu kasih pada aku. kau yang masih bersedihan, kau cukup bertuah. sebab mampu boleh dapat rasa itu. mampu dikasihani orang orang, yang amik kisah tentang kesedihan kau. sedangkan aku... aku cemburu pada kau. sangat. okay kita seri. kau sedih dan cemburu aku senyum dan cemburu. mari sep! ----------------------------------------------- aku tulis masa malam, hari aku jawab final ex

[54]

aku ini masih kurang. masih kurang. aku bukan perempuan yang sentiasa mencari tenang dengan berteleku ditikar sembahyang dan membaca surat surat cinta dari Dia. ada masanya, aku tenang dalam gelap. bersila atas katil menghadap tingkap cuba mencari bayang sendiri. aku masih kurang. masih kurang.

[53]

pagi jumaat langit unggu eh tidak! sebelah sana tidak langit kelabu cuma di situ di atas seorang perempuan itu yang entah siapa siapa

[52]

aku soldadu malam gelap gelap seorang seret seret senapang aku soldadu malam hantarkan aku bulan untuk terangi jalan pinjamkan aku matamu untuk jelas nampak laluku aku soldadu malam yang rindu dipeluk serta selimut selimut tebal dan secawan kopi panas aku soldadu malam yang rindu akan nyanyian tawa anak kecil [untuk kamu kamu di sana, kami doakan, engkau gagah teguh iman]

[51]

kembalikan. kembalikan. kembalikan!

[50]

Tuhan. berikan aku rasa itu untuk sekejap ini. rasa 3 tahun lampau. pada momen yang aku duduk membongkok lutut satu ditegak dan dihadapan aku cuma kertas lusuh sehelai. yang tulisan nya sudah basah. sudah basah.

[49]

mengapa tidak, Engkau jatuhkan saja aku dihadapan dia? biar dia bisa bilang terus betapa bencinya dia pada aku.

[48]

ayuh gadisku. bangun dari mimpi mimpi yang indahnya cuma sementara. ayuh. buka langkah. menjadi gagah. gagah dan gagah. ayuh gadisku.

[47]

satu ini saja. aku mahu tanya. mahukah? mahukah kau capai tangan aku dan dan bangun kan aku semula?

[46]

untuk segala nafas yang telah dipinjamkan untuk segala degup jantung dan rentak nadi sehingga pada segala salur darah isi dalamnya semua dan untuk segala nikmat yang pernah aku punya terima kasih Yang Maha Kuasa.

[45]

Image
siapa yang mampu mencapai mahu mu  bila mana kau juga seorang manusia?

[44]

bermula dari cuma buku kemudian keluar pada malam minggu awalnya dengan berantakan dan tamat pada kebahagian itu kan, selalu saja ditayang dalam wayang. bohsan.

[43]

ini, ini dan itu. semua untuk kau. semua untuk kau. aku tahu apa yang kau mahu. aku tahu kau nak kan sangat. jadi nah. dan bahagia lah kau dengan ini. aku tau semua itu terbaik untuk kau. aku tau. -------------- ah! aku tau, aku tau dan aku tau. sebetulnya, kau tak pernah tau pun. takda nya kau pernah tanya apa betul betul mahu aku. ini, ini, dan itu. kau bagikan. untuk aku katup mulut diam pejam mata. kau tak pernah tau. apa mahu aku. tau tak kau yang kau tak tau?

[42]

oh! untuk apa segala keresahan ini?

[41]

sabar. bukan kau duduk diam redha segalanya hanya menanti keajaiban mengubah hidup kau menjadi lebih baik dan lebih lebih baik. itu putus asa. sabar. bila kau bangun dengan asa yang paling kuat cari alternatif lain yang baik untuk ubah hidup kau jadi lebih berguna. itu sabar.

[40]

mari berdansa atas katil katil milik kita kita biar roboh asal gembira berdansa tanpa seni mereka tari ikut hati biar biar kan merasa nikmat hidup ditakluk bahagia untuk pagi ini saja [ada kita ini, dengan berpura senyum tawa boleh hilang sendu sendan. hebat.]

[39]

banyaknya humanusia sekarang. memilih. mempamerkan bogelan mereka sendiri. memilih. menjadi sampah busuk. menayang malu sendiri. bila Tuhan sudah sorok kan. hampas.

[38]

Ranap aku mahu. hilang. lesap. tiada terkesan. aku mahu. menjadi asing. dalam ramai. tidak dihirau siapa siapa. rasa dikambus. rasa dihempas. untuk entah berapa kali. menjadi hancur. rapuh ranap. walau. cuma. dalam bayangan. aku mahu. untuk sebentar lama.

[37]

Image
ini. hadiah daripada dia pada 3 tahun yang lepas.  ya. dia sang pahlawan yang aku bazirkan 60 purnama dengan sia sia. bukan lah sia sia sangat sebab dia masih sudi jadi kawan aku.

[36]

terlampau lama. sudah kan. mahu terus ke noktah tak nak berhenti pada koma lagi.