[289]

dia memilih untuk sentiasa berada di belakang tabir.
memilih untuk berada di tempat terpaling belakang, terpaling bawah.

memilih untuk mendukung,
dan menyokong sesiapa yang disekelilingnya.
meminjamkan bahu atau apa sahaja daya yang dia mampu.

dia, yang di belakang tabir.
mengutip asa sesiapa yang jatuh,
dan meletakkan kembali di tempat sepatutnya.
kerana cuma dengan itu asa nya terbina.
menjahit sayap sayap koyak tanpa sedar jarinya sendiri terluka.

dia, yang di belakang tabir.
mengharapkan atas segala usaha nya
mendukung, mengutip, dan mencantikan,
sesiapa yang berada di sekelilingnya akhirnya berbahagia.

dia, yang tidak mengharapkan untuk dilihat oleh sesiapa, mahu sentiasa berada di belakang tabir.

Comments

Popular posts from this blog

[170]

[74]