[289]
Dia memilih untuk sentiasa
berada di belakang tabir.
Memilih untuk berada di tempat
terpaling belakang, terpaling bawah.
Memilih untuk mendukung,
dan menyokong setiap disekelilingnya.
Meminjamkan bahu atau apa sahaja daya termampu.
Dia, yang di belakang tabir.
mengutip asa sesiapa yang jatuh,
meletakkan kembali di tempat sepatutnya.
Kerana, cuma dengan itu asa dia terbina.
Menjahit sayap-sayap koyak,
tanpa sedar jarinya sendiri terluka.
Dia, yang di belakang tabir.
Mengharapkan atas segala usahanya
mendukung, mengutip, dan mencantikkan,
sesiapa yang berada di sekelilingnya
akhirnya berbahagia.
Dia, yang tidak berharap untuk dilihat sesiapa,
mahu sentiasa berada di belakang tabir.
Comments