28.1.11

[14]

ego sangat kah bila ditahan diri daripada mengucap tahniah?
itu ego atau menafikan yang sebenarnya masih ada sekelumit kasih, secebis rindu?


sungguh. saya gembira untuk awak, kakak.

[13]

Bahasa Cinta
si dua orang berbicara tentang cinta
cinta berbicara tentang rasa. tentang jiwa.
dalam lingkaran kasih empat musim.
yang kadang taufan kadang gerimis.


si dua orang berbahasa.
bahasa manis bahasa kelat.
bahasa penuh rindu.




begitu infiniti.


tak nampak tak dapat sentuh.
hanya cuma merasa.




si dua orang tetap setia-bersama.
semata untuk bermain bahasa cinta.
dalam terang terik hingga muncul jingga di horizon.
dalam malam pekat hingga fajar.




itu.
bahasa cinta si dua orang.


yang cuma.




monolog.


----------


mana hujung nya?

27.1.11

[12]

air sungai mengalir juga boleh beku pada musim dingin.
eheh selamba saja membuat peribahasa baru kau ni.
aduhai...


tapi betul apa. sedangkan air sungai juga boleh jadi beku, jadi ais inikan pula hati yang tidak berpunya ini. eceh... hati yang lemah, selama ini lembut-damai sahaja depan mereka mereka yang menyakitkan juga boleh keras-tak berperasaan bila dah terlalu kerap berhadapan dengan perang dingin. haila...
tapi itulah dia. penat tau. menjadi seperti gajah yang dua bergaduh pelanduk yang di tengah menjadi mangsa. aku yang pelanduk itu.


ouh dan aku belajar ini juga. jangan mengungkit benda yang dah lepas lepas, nanti adalah yang melayang. tau orang tu yang salah. tapi sudah lah.

24.1.11

[11]

pengasingan diri = bahagia



pengasingan diri di sini bukan seperti katak di bawah tempurung. mengasing diri dengan menjadi dungu tidak tahu apa apa jadi. bukan seperti masuk kotak-tutup-main sendiri sehingga puas. sehingga lemas.

pengasingan diri aku bukan bermakna aku menidak kan siapa siapa yang disekeliling aku. bukan bermaksud bila kawan ajak keluar, aku kata "ouh maaf, saya tidak boleh. saya mahu mengasingkan diri." ok, itu tindakan yang sangat kurang bijak jika aku buat macam tu. pengasingan diri aku ini mungkin seperti, bukan aku yang memulakan sesuatu dahulu. maksudnya bukan lah aku nak cakap yang aku ni tak sayang kawan kawan aku, sombong segala bagai. ha macam mana he nak terang dengan ayat yang mudah? haih...


benda ini lebih kepada sudut dalaman lah, bukan luaran. bukan hanya apa yang nampak dek mata kasar.
benda mengasingkan diri ini mungkin boleh aku kata kan, sesuatu yang mana engkau duduk dikeliling ramai orang tapi kau seperti tidak ada. macam sebahagian diri engkau bukan pada tempat itu sahaja. engkau masih mendengar, masih berbicara. cuma nya dengan tidak sepenuh nya lah.



mungkin lebih senang begini. pengasingan diri yang aku maksudkan, yang aku lakukan ini adalah kerana mengasingkan diri untuk kelebihan diri aku sendiri. untuk menjadi yang lebih baik. untuk mengenal diri aku sendiri. untuk mengenal dunia dengan lebih luas dari padangan aku yang sebelum ini. yang diikut kata orang bulat bulat. yang jalan hidupnya ditunjuk oleh orang mana patut lalu mana yang baik. ouh, aku lupa mahu kata, aku baru lepas SPM, jadi boleh faham lah kan. dan bantu aku untuk faham apa perlu nafas aku ada. untuk faham apa guna diletak perkataan Islam pada i/c aku. untuk Allah s.w.t.


dan itulah sebabnya aku kata pengasingan diri sama dengan bahagia. sungguh. ya, memang akan bosan tanpa orang yang kita kenal (selain famili), orang yang kenal kita disekeliling. mana tak bosan kan sampai aku baca novel yang sama, tengok movie yang sama ulang ulang kali. heh. tapi, aku dapat sesuatu yang lebih baik daripada itu. seperti rasa gembira di dalam sakit. seperti ada manisnya dalam pahit-kelat. aku dapat sesuatu yang selama ini aku tak bayang pun.

pengasingan diri menjadikan aku lebih terbuka. menjadikan aku menerima apa yang jadi dengan mudah. membuatkan aku toleh kebelakang, ambil dan simpan dan praktik kan apa yang patut, buang apa yang tak patut. untuk masa aku yang dihadapan. menjadikan aku boleh menerima dengan logik akal. menjadikan aku yang tidak menangis apabila tidak perlu. dulu aku macam tu. heh. menjadikan aku mampu gembira sendiri bila disakiti. sungguh. cuma diri kita yang tahu bagaimana cara untuk pujuk rajuk sendiri.





benda ini juga ajar aku buat entri panjang berbelit dalam blog buat pertama kali. haha!




pengasingan diri = permulaan sesuatu yang  baik


dengan izin-Nya.
*senyum sampai telinga*

22.1.11

[10]

Srikandi Yang Terhapus
hanya dengan seberapa kata
hanya dengan seperkara alasan
dia tertikam. terluka.
dalam. perit.



srikandi itu, 
sangat kasihan.

dilihat orang sekalian, bagai dia sebuah konkrit kuat yang payah dipecah roboh
dikata orang sekalian, bagai dia sebuah tangki yang dalam nya penuh mengalir gembira

tapi itu cuma dusta.
srikandi itu bukan yang itu.


dia, sang srikandi.
hanya makhluk yang kecil seperti kuman dasarnya.
hanya makhluk yang lemah seperti span benarnya.
ditekan mudah. dikoyak mudah.

srikandi itu, adalah yang sebegitu.
dan. dia sudah lama terhapus.
cuma tiada siapa sedar.
tiada siapa tahu.
tiada.

----------

srikandi yang terhapus,
marilah wujud kembali.
jadilah engkau seperti dilihat orang sekalian.
jadilah engkau seperti dikata orang sekalian.
engkau perlu begitu srikandi.


Tuhan, tolong lah.
wujudkan kembali srikandi yang sudah terhapus.





ini. benda ini dari blog aku yang dahulu nya. entah kenapa terasa rasa mahu dipamer semula. mungkin untuk memujuk sang srikandi, siapa siapa yang merasa terhapus. jika sungguh tiada yang lain mahu kenan kan, Dia dan aku, mahu. mengambil dan wujudkan engkau kembali. sungguh.

21.1.11

kadang kadang, benda yang paling kita sayang tu yang akan lagi pergi jauh dari kita.

sayang sungguh.

18.1.11

bang!!


ditembak. jatuh. parah. berdarah. sesak.



------------





argh! lagi sekali kena.
membina tembok. berlapis lapis susunan batu nya. biar tebal. tak mampu diceroboh. tak mampu diroboh. di dalam nya satu lubang. yang kecil. muat cuma untuk aku. serta segala perasaan yang aku punya.





sengaja.




menjadi yang terasing.



dan hanyut. bersama masa. bersama mimpi.





tanpa siapa siapa yang aku kenal.
tanpa siapa siapa yang kenal aku.

dalam erti kata 'kenal' yang sebenarnya.


dan ini tembok nya.


16.1.11

ke mana menghilang?

penat ditutup rapat diletak pada yang paling dalam.
tak diambil dek orang tak tercicir ke manamana nantinya.

tapi sekarang, mana sudah pergi?

segala rindu. segala rasa yang dahulu sangat ditunggu. segala tentang si orang yang dirindu.
segala tentang rasa rindu pada si orang yang bukan siapasiapa pun.



------



mungkin. sudah cukup. sampai takat ini saja. dan. dia hilang. terus. tak munculmuncul. membuatkan aku.
berhenti mencari rindu.










13.1.11

                                                                                                                                                                          
melihat gelas separuh penuh, yang kosong itu mungkin kita perlu. mencari syukur dalam tiap tiap dugaan Tuhan, sukarnya namun aku belajar - wani ardy



benar. sangat benar. selalu setuju dengan apa yang dia kata kan.

sepanjang dijejak kan kaki ke bumi pinjaman Allah ini, kita belajar. baik buruk-susah senang-gembira sedih. kita belajar. untuk menjadi yang lebih baik. untuk paham apa perlu nafas ini ada. belajar dari dahulu nya kita.



sebenarnya nak cakap ini je. serius aku rindu dah kat dia. wani ardy.
dah terindu nak buat macam mana kan.*senyum*
verily after each difficulty, there's a relief - hlovate


hantu punya hlovate.
okey, bukan. bukan aku kata hlovate ni tak baik-jahat-hantu.


mana nak cari penulis yang macam beliau ini?
mana nak cari orang yang dah buat aku baca novel yang sama berturut turut 4 kali dalam masa 5 hari?
mana dia? meh, aku nak jumpa.
Tuhan, darat kan dia dihadapan aku. aku mahu ucap satu sahaja. cuma satu.

terima kasih.


ubah aku jadi yang lebih baik. aku cuba.




dan aku jumpa dengan seorang lagi hamba Allah yang aku rasa beliau... berjaya lembutkan hati aku? boleh lah kata macam tu. dalam novel hlovate, 5 Tahun 5 Bulan. ya, novel yang aku baca 4 kali berturut turut dalam masa 5 hari tu lah. yang aku boleh gelak terguling guling lagi walau dah baca 4 kali berturut turut. macam mana aku tak kata hantu.


ouh hamba Allah yang seorang tu, Dawud Wharnsby Ali.
dengar sekali terus jatuh suka. siap download 39 lagu dia lagi. tapi betul lah aku cakap. lagu dia menenangkan.

nah sikit.







ouh hlovate ni inche ke cik? mungkin patut biarlah rahsia. baru betul hantu. eh?


*senyum*

sesungguhnya manusia itu bagaikan serigala. sekali kau suapkan jiwa engkau, sampai bila bila mahu selama lamanya - fynnjamal




kalau hidup hanya untuk puaskan hati yang lain, memang gaya nya macam nafas dah tersekat kat kerongkong.
di sekeliling ini, mustahil tiada yang tak pernah nak puas dengan apa yang kita lakukan.

sukar. kita bukan nya sempurna untuk bikin semua di sekeliling puas dengan kita.

tak akan pernah.
tak akan.
masa.
dan aku sedang belajar untuk memahaminya.
sedang belajar untuk mengajar dia memahami aku.




tapi... dia ni garang betul lah.



haish...

11.1.11

cerita kelmarin. tamat. sekian. wassalam.


jadi... 
mari buka buku baru!


hoyeah!!!

*senyum nampak gigi*