29.3.11

[35]

kepul kepul  magis pada langit merebak rebak dan dan dan menembusi hati paling dalam lalu membentuk bentuk love.




siapa yang gatal buat magis ni?!

24.3.11

[34]

dan. ini sahaja. cukup. alhamdulillah.
Tuhan Maha Adil.
Dia jatuhkan sakit dan Dia bagi gembira
dalam masa yang sama.



Adil bukan?

19.3.11

[33]

ah! rasa ini.
rasa yang paling ter-menyampah. paling benci. paling mahu di deny awal awal.

pernah kau rasa benci akan apa yang kau dah lakukan?
pernah kau rasa macam nak cekik diri kau pada masa itu juga bila ingat balik?
pernah?

itu yang aku rasa, manis ku.
dan salahnya siapa?

7.3.11

[32]


Azreel Azhar - Sesal
Tubuh ini seakan lemah
Tiada daya tiada kuasa
Mengingat butir-butir dosa
Terkumpul menjadi lumpur jiwa
Menangis berjujuran air mata

Aku hamba yang hina
Sedekad masa diberi
Hanya diselimuti noda
Menjadi karat dalam hati
Masihkah diterima taubatku lagi?

Aku mengerti kesalahan diri
Aku mengerti aku insan keji
Aku mengerti tiada ruang buatku lagi
Hanya menanti pembalasan azali

Namun walau jengkal waktu ini
Benarkan aku mencari
Walau sekelumit ruang
Menutup dosa-dosa silam

Aku ingin sekali
Menjadi hamba yang mengenal
Siapa pencipta...

[31]

tutup mata kita. tutup fikiran kita daripada kekalutan kehidupan.
mari berfikir sejenak.
bayangkan saat ini ada satu malaikat bersayap indah datang kepada kita,
lantas dengan lembut berkata,
"aku berikan kau kesempatan hebat. lima kesempatan untuk bertanya tentang rahsia kehidupan,
dan aku pasti menjawab sekarang. lima pertanyaan.
apakah pertanyaan pertamamu?"


"di tengah begitu maraknya novel novel islami yang jelas isinya jauh daripada unsur unsur agama, novel ini bagai segelas air pelepas dahaga, hadir memberi pengalaman spiritual yang berkesan bagi pembacanya. anda akan menikmati segarnya kisah tentang pemahaman hidup dan kehidupan." - A.Syarif Maarif (budayawan, mantan Ketua PP Muhamadiah)

"ketika anda membaca novel tere-liye kali ini, anda bakal merasakan bertapa kita tidak dapat berandaian dalam hidup." - Ratih Sanggarwati (penulis, artis)

----------------

aku bukan orang nya yang minat untuk bercerita tentang hebatnya sesuatu buku atau novel dan filem atau drama. sebelum ini. tak tau bagaimana pun cara sebenarnya. tapi kali ini, terkecuali.

datang nya novel ini dari seberang. ditransletkan dalam bahasa ibunda kita. jauh panggang dari api lah aku kata, aku memang tak pernah nya nak tarik minat untuk baca karya dari luar. maksud, bukan penulis dari Malaysia. terlalu patriotik mungkin. *sengih*. 

bila sebut nama penulis novel ni, memang terasa macam nak nyanyi hindustan. Tere-Liye. mengikut apa yang aku dah baca pun, dalam satu babak itu yang mana ketika watak utama, Ray, bertemu satu satu nya cinta hati dia, cerita  nya persis babak ketika dalam filem Mohabbattein. nanti dah baca tau lah. *senyum*.

okay. balik pada asal. novel ini kisah nya tentang Ray yang memiliki pertanyaan nya sendiri. sebelum akhirnya dia mengerti makna hidup dan kehidupannya. ya, novel ini bertema kan kehidupan. persoalan persoalan yang setiap daripada kita akan tanya kan. seperti; (1) adakah kami memang tidak pernah memiliki kesempatan untuk memilih saat akan dilahirkan?, (2) adakah hidup ini adil?, (3) bagaimana langit tega mengambil semuanya?, (4) mengapa walau sudah memiliki segala yang hendak kan masih terasa kosong-hampa?, dan (5) mengapa takdir merasa sakit-kecewa itu menyelubungi diri?

ini. novel ini berkisah tentang perkara perkara ini. yang memang nya kita tak akan pernah nak nampak dengan sisi kita. sudut diri kita.

kata kata dalam novel ini mudah. membawa kita terus kepada jawapan nya. termasuk juga berbagai kata semangat atau mungkin boleh cakap, kata kata yang indah mendamaikan hati. cehh...

nak tau jawapan daripada persoalan persoalan tersebut? sila ikut nasihat aku; pergi cari. beli. baca.
macam apa je dah. ouh dan, terjemahan novel ini diterbitkan oleh PTS Litera Utama Sdn. Bhd.



gila tipu. setengah jam aku susun ayat nak buat benda ni je?

4.3.11

[30]

aku tak nak derhaka!


aku tak nak derhaka!


aku tak nak derhaka!


tapi ada masa nya itu,


aku ini tak terperasan bonda.


aku ini goyah ayahanda.


menjadi kan aku derhaka.


bersebab kan perkara yang kecil.

-----------

bagaimana ya?
ditahan diri dari dikata celaka. diikat hati dari menderhaka.
tapi tetap saja. pada waktu waktu yang tak terperasan. mencelaka kan diri menjadi derhaka.


senang. minta maaf. insaf. minta jauh. doa kuat diri. Allah lindung. kembali jadi anak soleh.

susah. malu. bukan sengaja juga pun. sudah minta. tetap sama. sakit tahu menderhaka.



bagaimana ya?
tolong aku. aku tak tahu untuk jelaskan. tolong sebarkan. supaya dapat jawapan.

[29]

tadi pergi buat blogwalking.
kemudian tiba tiba terfikir.

agak nya ada tak kemungkinan untuk bertemu jodoh di blog?

* gosok dagu *

2.3.11

[28]

60 Purnama
itu terlalu panjang (mantan) pahlawan.
anak baru lahir juga sudah pandai membentak. pandai mengugut.
di mana hebat nya engkau.
sungguh aku tak tahu.
bagaimana boleh selama itu aku bertahan.
sungguh aku tak tahu.
simpan engkau dalam hati.
siang malam membiar setia.
padahal, tak pernah nya kau tahu pun.

cukup lah 60 purnama.
memberi aku rasa yang istimewa.
meski cuma aku saja yang rasa.


terima kasih Tuhan.
sekurang nya aku pernah merasa jatuh suka.

1.3.11

[27]

aku dah buta.
gelap.
seorang seorang.
hilang punca.
larut bersama kata kata yang lain.
yang belum tentu jujur nya.
ini yang sukar.
untuk memilih.
kerana sudah tak nampak.

[26]

hujan malam-pagi ini.
biar terus jatuh pada muka mu.
dan dengar dia berbisik.
'jaga diri baik baik.'


itu.
aku yang minta kan, kawan.

*senyum*

[25]

keinginan untuk menulis seperti yang lain. yang punya magis pada setiap patah kata nya. yang aku suka kan.
memang selalu melonjak lonjak dalam hati. ini tak tipu.
aku kagum. kemudian ingin juga merasa dikagumi. ini tak tipu.
sampai mengaku hasil yang lain sendiri yang punya. ini tipu.


tapi. buat apa kan. [tepuk dahi] . masing masing sudah Tuhan cipta hebat nya.
engkau hebat menulis, engkau pula hebat menyanyi. sudah punya hebat nya masing masing.
mungkin belum nampak. kerana Tuhan belum mahu tunjuk.

[24]

aku lebih suka bila engkau terus ucap selamat tinggal.
berbanding jumpa lagi.

tidak perlu aku ternanti.
tidak perlu aku membatu.
untuk tunggu engkau datang lagi.

bila mana engkau sebenarnya memang tidak mahu kembali.

[23]

maaf.
aku tiada apa.
untuk beri pada kau.


kerana engkau sendiri mengaku sudah sempurna.
kan?