Latte
kawal dan simpan. sehingga sampai suatu masa kemuncak segala yang terpendam itu akan engkau muntahkan dan lantas; engkau baru sedar yang engkau telah terlambat. damn!, kata engkau. kerana masa tidak pernah mahu menunggu. begitu gelojoh sekali ia berlari meninggalkan engkau. di saat mata terkebil-kebil. terkelip-kelip, engkau sudahnya telah terlepas beberapa opportunity bila mana cinta juga telah menaiki tren paling akhir dan segala bahasa yang engkau simpankan itu, sudah semakin melapuk. zaman sudah berubah, bukan. teori Si Ramlee mungkin sudah terkebelakang dan di sini --
biar engkau sahaja yang sesal untuk diri engkau sendiri.
siapa suruh lambat, kan?
[ahmad]
................................................................................
Kaku
ini. tembakan paling tepat
tak bersimpang tak tersasar ke rusuk
meluru terus ke hati. paling dalam.
peritnya.
setipa detik di ruangan itu membeku.
seperti akhirnya memihak pada aku.
bersimpati mengasihani.
syaitan syaitan menunggu
"keluarkan segala carutan carutan pada Dia!"
dan malaikat malaikat menadah
"sujudlah pada dakap Dia"
dan tayangan semalam
tayangan semalam melintas
"... aku ingin mati di sisi mu, manisku...
...berbahagialah mereka yang mati muda...
...berbahagialah dalam ketiadaan..."
semuanya.
bagai mengejek.
dalam detik yang membeku.
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
*tayangan semalam; petikan dari filem Gie
[ibti]
dua ini adalah serpihan catatan dan puisi yang aku kutip dalam JBB [sila rujuk gambar sebelah atas]. yang, mungkin aku paling minat? okay, aku suka je semua. cuma yang itu paling minat. sebab paling dekat. *?
29.4.11
24.4.11
[59]
lumpuh.
paling teruk. tersangat teruk.
sebab apa?
sebab baru saja baik sakit dah sakit balik.
sakit yang sangat.
yang sangat sangat.
semua nya lumpuh.
heh. bila lah nak bulan enam kan?
paling teruk. tersangat teruk.
sebab apa?
sebab baru saja baik sakit dah sakit balik.
sakit yang sangat.
yang sangat sangat.
semua nya lumpuh.
heh. bila lah nak bulan enam kan?
23.4.11
22.4.11
[57]
aku sedang belajar untuk faham maksud move on.
baik. ini. untuk pertama kali. aku mengaku.
aku. masih. ada rasa. yang sama. pada dia. seperti 5 tahun sebelum ini.
masih ada. sehingga semalam.
untuk melepaskan sesuatu yang sudah terbiasa dengan aku, payah.
tak kira lah hal apa jua. daripada hal yang remeh sehingga hal yang paling berat.
dan. satu titik [titik ini]. aku perlu berhenti. dan bawa diri.
ini yang paling muktamad.

21.4.11
[56]
semoga. ini benar sudah pada pengakhiran.
untuk suatu malam yang panjang.
untuk satu malam yang menahan mata berjaga.
hati sudah berjaya dipujuk sendiri.
terima kasih pada Acid Hadi dengan lagunya Menjadi Bintang. temani aku satu malam tadi.
dan juga, Iman Xara dengan tulisannya, Rumput Masih Hijau. satu-satunya novel nya membuatkan jangkaan aku meleset 360 darjah. membantu aku untuk sedar segera dan pergi jauh daripada mimpi indah.

Bila kita hilang satu kebaikan, yakinlah yang kita akan dapat lebih banyak kebaikan selepas itu. Yang penting, hati perlu redha dan bersabar dengan segala-galanya.
19.4.11
[55]
Kelmarin Bila Zuhur Tinggal Empat Minit Cuma
di simpang sana, kau duduk di tepi aku,
yang sedang senyum seorang lihat orang.
perlahan kau mengesot pada aku.
lagak anak minta dimanjakan mak.
kata kau,
"aku cemburu pada kau. sangat. kau sering bahagia gembira. sedangkan aku..."
kau yang selalu bersedihan,
aku juga cemburu pada kau.
aku ingin sedih kau.
aku mahu suarakan aku sedih,
pada tiap tiap orang sekeliling aku.
dan mereka bertanya, "kau okay ke?"
sebab dari itu aku akan boleh dapat tahu,
rupanya orang orang itu amik kisah tentang aku.
rupanya orang itu kasih pada aku.
kau yang masih bersedihan,
kau cukup bertuah.
sebab mampu boleh dapat rasa itu.
mampu dikasihani orang orang,
yang amik kisah tentang kesedihan kau.
sedangkan aku...
aku cemburu pada kau. sangat.
okay kita seri.
kau sedih dan cemburu
aku senyum dan cemburu.
mari sep!
-----------------------------------------------
aku tulis masa malam, hari aku jawab final exam paper BI. apa kisah disebalik tu? aku nak lupakan. mungkin ada yang bercakap cakap, "aku takda sapa pun nak amik tau perihal aku. dan itu lah sebenarnya punca aku sedih juga". tolong ingat ini. jika tiada siapa yang amik peduli tentang kau, Dia ada. saat kau sunyi tanpa siapa siapa, sebenarnya Dia memang hendakkan saat itu, cuma ada, kau dan Dia. untung kan?
[buat siapa yang dahulu bertanya, "kau okay ke?" pada aku, terima kasih. aku terlupa aku belum ucap :)]

16.4.11
[54]
aku ini masih kurang.
masih kurang.
aku bukan perempuan yang sentiasa mencari tenang
dengan berteleku ditikar sembahyang dan membaca surat surat cinta dari Dia.
ada masanya, aku tenang dalam gelap.
bersila atas katil menghadap tingkap cuba
mencari bayang sendiri.
aku masih kurang.

15.4.11
[53]
pagi jumaat
langit unggu
eh tidak!
sebelah sana tidak
langit kelabu
cuma di situ
di atas seorang perempuan itu
yang entah
siapa siapa
langit unggu
eh tidak!
sebelah sana tidak
langit kelabu
cuma di situ
di atas seorang perempuan itu
yang entah
siapa siapa
[52]
aku soldadu malam
gelap gelap seorang
seret seret senapang
aku soldadu malam
hantarkan aku bulan
untuk terangi jalan
pinjamkan aku matamu
untuk jelas nampak laluku
aku soldadu malam
yang rindu dipeluk
serta selimut selimut tebal
dan secawan kopi panas
aku soldadu malam
yang rindu
akan
nyanyian
tawa
anak kecil
[untuk kamu kamu di sana, kami doakan, engkau gagah teguh iman]

[50]
Tuhan.
berikan aku rasa itu
untuk sekejap ini.
rasa 3 tahun lampau.
pada momen yang
aku duduk membongkok lutut satu ditegak
dan dihadapan aku cuma kertas lusuh sehelai.
yang tulisan nya sudah basah.
sudah basah.
berikan aku rasa itu
untuk sekejap ini.
rasa 3 tahun lampau.
pada momen yang
aku duduk membongkok lutut satu ditegak
dan dihadapan aku cuma kertas lusuh sehelai.
yang tulisan nya sudah basah.
sudah basah.
[49]
mengapa tidak,
Engkau jatuhkan saja aku dihadapan dia?
biar dia bisa bilang terus betapa bencinya dia pada aku.
Engkau jatuhkan saja aku dihadapan dia?
biar dia bisa bilang terus betapa bencinya dia pada aku.
14.4.11
[48]
ayuh gadisku.
bangun dari mimpi mimpi
yang indahnya cuma sementara.
ayuh.
buka langkah.
menjadi gagah.
gagah dan gagah.
ayuh gadisku.
bangun dari mimpi mimpi
yang indahnya cuma sementara.
ayuh.
buka langkah.
menjadi gagah.
gagah dan gagah.
ayuh gadisku.
[47]
satu ini saja.
aku mahu tanya.
mahukah?
mahukah kau capai tangan aku dan
dan bangun kan aku semula?
aku mahu tanya.
mahukah?
mahukah kau capai tangan aku dan
dan bangun kan aku semula?
[46]
untuk segala nafas yang telah dipinjamkan
untuk segala degup jantung dan rentak nadi
sehingga pada segala salur darah isi dalamnya semua
dan untuk segala nikmat yang pernah aku punya
terima kasih Yang Maha Kuasa.
untuk segala degup jantung dan rentak nadi
sehingga pada segala salur darah isi dalamnya semua
dan untuk segala nikmat yang pernah aku punya
terima kasih Yang Maha Kuasa.
11.4.11
10.4.11
[44]
bermula dari cuma buku
kemudian keluar pada malam minggu
awalnya dengan berantakan
dan tamat pada kebahagian
itu kan, selalu saja ditayang dalam wayang.
bohsan.
kemudian keluar pada malam minggu
awalnya dengan berantakan
dan tamat pada kebahagian
itu kan, selalu saja ditayang dalam wayang.
bohsan.
9.4.11
[43]
ini, ini dan itu.
semua untuk kau.
semua untuk kau.
aku tahu apa yang kau mahu.
aku tahu kau nak kan sangat.
jadi nah.
dan bahagia lah kau dengan ini.
aku tau semua itu terbaik untuk kau.
aku tau.
--------------
ah!
aku tau, aku tau dan aku tau.
sebetulnya, kau tak pernah tau pun.
takda nya kau pernah tanya apa betul betul mahu aku.
ini, ini, dan itu.
kau bagikan.
untuk aku katup mulut diam pejam mata.
kau tak pernah tau.
apa mahu aku.
tau tak kau yang kau tak tau?
8.4.11
[41]
sabar.
bukan kau duduk diam redha segalanya
hanya menanti keajaiban mengubah hidup kau menjadi lebih baik dan lebih lebih baik.
itu putus asa.
sabar.
bila kau bangun dengan asa yang paling kuat
cari alternatif lain yang baik untuk ubah hidup kau jadi lebih berguna.
itu sabar.

[40]
mari berdansa
atas katil katil milik kita kita
biar roboh asal gembira
berdansa tanpa seni
mereka tari ikut hati
biar
biar kan
merasa nikmat
hidup ditakluk bahagia
untuk pagi ini saja
[ada kita ini, dengan berpura senyum tawa boleh hilang sendu sendan. hebat.]

7.4.11
[39]
banyaknya humanusia sekarang. memilih.
mempamerkan bogelan mereka sendiri.
memilih. menjadi sampah busuk.
menayang malu sendiri.
bila Tuhan sudah sorok kan.
hampas.
mempamerkan bogelan mereka sendiri.
memilih. menjadi sampah busuk.
menayang malu sendiri.
bila Tuhan sudah sorok kan.
hampas.
[38]
Ranap
aku mahu.
hilang.
lesap.
tiada terkesan.
aku mahu.
menjadi asing.
dalam ramai.
tidak dihirau siapa siapa.
rasa dikambus.
rasa dihempas.
untuk entah berapa kali.
menjadi hancur.
rapuh ranap.
walau.
cuma.
dalam bayangan.
aku mahu.
untuk sebentar lama.
aku mahu.
hilang.
lesap.
tiada terkesan.
aku mahu.
menjadi asing.
dalam ramai.
tidak dihirau siapa siapa.
rasa dikambus.
rasa dihempas.
untuk entah berapa kali.
menjadi hancur.
rapuh ranap.
walau.
cuma.
dalam bayangan.
aku mahu.
untuk sebentar lama.
4.4.11
[37]
ini. hadiah daripada dia pada 3 tahun yang lepas.
ya. dia sang pahlawan yang aku bazirkan 60 purnama dengan sia sia.
bukan lah sia sia sangat sebab dia masih sudi jadi kawan aku.
ya. dia sang pahlawan yang aku bazirkan 60 purnama dengan sia sia.
bukan lah sia sia sangat sebab dia masih sudi jadi kawan aku.
1.4.11
Subscribe to:
Posts (Atom)