Posts

Showing posts from May, 2012

[141]

mei hiba. dan aku leka.

[140]

Image
aku. aku tak tahu kenapa. garisan lengkung yang sangat sukar terbentuk ke wajah aku akhir akhir ini, boleh muncul. dengan sangat lebar. sangat. bila aku terjumpakan video ni.

[139]

Image
ubat. -------------------------- belajar memberi. dan kau bakal menerima.  dan bukan meminta semata.

[138]

beri hadiah pada hati. dan ikhlaskan lah maaf mu. - Ili Syazwani

[137]

turunlah. turunlah wahai hujan. basahi jiwa ku. - Bin Jidan, Garisan Abstrak

[136]

dengar sini. ini permintaan yang dah tak mampu dihitung. tolong. jangan degil. tolong. sangat sangat. dan belajar. belajar memohon maaf. tolong ya? *tepuk tepuk dada*

[135]

apa perkataan tu? sebu? ke tepu? entah. yang aku tahu. saluran nafas aku hingga ke dada, ada sesuatu di situ. macam tiba tiba jadi penuh. sangat penuh. sangat mampan (?). saat aku ketandusan ayat ayat dalam kepala untuk menulis sesuatu. saat aku mencemar jiwa mendengar pada yang tak patut. saat aku mengaku betapa aku rasa kan yang aku ini seorang hipokrit terlampau. saat fikiran aku dan hati aku seluruhnya aku punyai sekarang tidak benar benar ingat pada Dia, Maha Satu itu, nah! dengan sangat sekejap, ini yang muncul;               hari ini kita masih leka, padahal masa sudah semakin tiada. kenapa? ya Allah kenapa? seperlu apa lagi yang aku perlu kata kan? *pause* aku ini apa sebenarnya? bagaimana baik nya Dia kepada aku? lihat. dengan sangat sekejap. Dia selalu beri kan jawapanNya kepada aku dengan sangat sekejap. dan, tidak tahu mahu kata apa, selalunya juga, jawapan jawapan itu melalui seorang orang yang sama. jika di...

[134]

jatuh hati lagi. pada entah siapa siapa. jatuh cinta lagi. pada tulisan tulisan dia. pada dia yang entah siapa siapa. yang tulisan tulisan nya berkisah tentang surat surat cinta dari Dia. sungguh. dalam diam diam. aku sudah jatuh cinta. *senyum*

[133]

bagaimana lagi mampu ku berdalih. kerna sungguh aku pemegang cemburu paling tinggi. ---------------- bila kah aku boleh jadi 'comel' macam mereka mereka ni semua, ya Allah?

[132]

oh manis ku. mahu kah kira nya kau sempurnakan aku? apa bisa kah kau memapah aku yang tempang ini? kalau tidak mahu pun. apa bisa kah kau ajarin aku sesuatu? ajarin aku tentang cinta. mahu? tentang bagaimana cantik nya cinta. tentang bagaimana mahu menanam cinta. dan kemudiaan nya semakin bertambah. seluruh nya tentang cinta. apa kah engkau sudi, oh manis ku? ajarkan aku. tentang cinta. cinta pada Dia. --------------- mood baru habis baca Tunjuk Langit Cinta - Sharizad Shafian :)

[131]

indahnya dunia sudah kau punya dari dahulu lagi, sayang. lantas, untuk apa engkau menjadi kejam pada diri? mencemari indah yang kau punya? sayang. sungguh sayang sekali.

[130]

jam 0430.  peperangan hati dan minda. ---------------------------- ini tentang pertanyaan pertanyaan yang terluah. ini tentang jawapan jawapan yang tidak terluah. apa yang engkau mahu jumpa kan sebenarnya? kesedaran yang hadir memang akan dibiar terus lenyap saja, kah? bila mana engkau mahu bangun dari duduk mu, apa memang akan kembali jatuh? apa memang engkau tidak punya daya lansung untuk bangkit sendiri? apa memang masih mahu menanti ada yang menarik kau keluar dari dasar laut dan bawa kau terbang jauh? persediaan seperti apakah yang engkau mahu sediakan? mahu sehingga nya engkau tidak merasa terhina sungguh baru hendak memula langkah? sungguh aku tanya, apa sebenarnya mahu mu? pingin bertemu Tuhan, tapi apa sahaja yang engkau sudah selesaikan? bukan. apa sahaja yang engkau sudah mulakan? sudah tahu jawapannya? tidak tahukah engkau yang penerimaan kau ini sebenarnya penafian semata? ---------------------------- sampai bila? sampai bila mahu ber...

[129]

angin kuat. awan gelap. anehnya. cuma di satu tapak itu saja. cuma di sekitar dia itu saja. dia - perempuan. perempuan. yang kakinya terikat kuat akar bumi. yang tangannya cuba mencapai apa saja - tapi tiada dapat. dia. tetap di situ. cuma menanti. cuma menanti. rahmat yang bakal turun basahi dia.

[128]

Image
ini benar benar sudah melampau. benar benar sudah tenggelam jauh. nafasnya masih ada, syukur. nadinya masih ada, syukur. cuma sudah tidak keruan denyutnya. sudah tidak lancar hembusnya. ikut kiraan yang sering silap, mungkin lah sudah belasan kali. tenggelam timbul tenggelam timbul. ikut kiraan yang selalu tersalah congak. ya, baru belasan cuma. dicuba sendiri menolak kaki menguak tangan untuk timbul mengutip nafas. baru belasan kali bukannya ratusan ribuan jutaan kali. tapi sudah hilang daya begini. tapi sudah hilang daya untuk setiap kali sebenarnya. ini benar benar sudah habis daya. (mungkinkah?) "tarik kan aku. dan bawa aku terbang."

[127]

Image

[126]

menyembunyikan diri adalah perkara yang jauh lebih sukar rupanya daripada melarikan diri. bila mana engkau melarikan diri, kalau terserempak dengan sesuatu, seseorang yang kau sedang cuba larikan diri tu, kau tak akan rasa takut sangat. atau terasa sangatlah kaku. dan tindakan refleks kau, kau akan lari. jadi lagi mudah. sebab kau memang dalam keadaan itu. sedang berlari. dan dah nama pun engkau melarikan diri, kau dah sedia maklum yang ada sesuatu, seseorang mengejar kau. kau dah sedia maklum dengan mungkin segala tindak tanduk lawan kau tu. dia kejar kau dengan laju, kau lari dengan lebih laju. konsepnya mudah. tapi yeah, masih ada payahnya. dan penatnya. tapi, bila mana engkau dalam keadaan bersembunyi, menyembunyikan diri. konsepnya jadi lebih sukar. engkau akan berada dalam keadaan yang sangatlah tak bersedia bila lawan kau tiba tiba muncul depan mata. sebab kau tengah sembunyi. tahap untuk kau merasa terkejut bercampur dengan rasa takut adalah sangat sangat tinggi. ini sun...

[125]

ditembak. peluru tembusi kepala. tapi darahnya tiada! tapi kesannya tiada! tak boleh biar. ini sungguh tak boleh dibiar.

[124]

engkau mampu saja matikan mimpi ku. cuma tolong jangan patahkan asa ku. engkau mampu saja bikin hati ku lumpuh. cuma tolong jangan hentikan harapan ku. engkau mampu saja. cuma tolong jangan. tinggalkan ku seorang.

[123]

dakapi aku malam. jangan. jangan lepaskan. dakapi aku. cumbui aku. biar hingga tulang ku retak semua. biar aku tiada daya membebas diri. selimuti aku. temani aku. cuma jangan. pujuki aku. lagi.

[122]

masa. adalah penawar. masa juga. penyeksaan. biarkan aku. lesap. sekejap pun jadilah. lenyap ditelan masa. aku mahu. sangat mahu. masa yang menjadi penawar. aku mahu. sangat mahu.

[121]

ini adalah satu benda yang sangat lah tiba tiba. aku rasa. akhirnya. aku dah jumpa seseorang yang macam aku juga. mungkin lah ada dua tiga benda yang tak macam aku. dan entah. tiba tiba aku rasa bahagia. pelik aku ni. hahaha

[120]

pada momen pensil bertemu kertas kertas lusuh pada momen jari jari bermain main bersama papan kekunci pada saat dahi menyentuh sejadah, bersujud memohon pada saat telapak tangan ditelekup ke muka, berdoa memohon aku ini rasa ini aku ini masih tidak mampu meluah rasa ini masih tetap tidak terluah dan untuk beberapa saat ini, jari jari aku kejang, terhenti. otak aku berdengung, beku. masih tidak mampu jua mencari satu patah kata yang tepat untuk lahirkan segala rasa segala letak duduk nya aku sekarang. aku cuma sudah letih.

[119]

Image
hari hitam putih aku yang selalunya dulu dah jadi banyak warna. kejap kejap aku hiba. kejap kejap aku suka. kejap kejap aku simpati. kejap kejap aku menyampah. dalam satu hari. aku boleh ada empat macam keadaan. (atau lebih) dalam satu hari. aku boleh jadi empat manusia lain. (atau lebih) ya. jiwa-hati-minda-jasad aku. jadi lebih terisi dengan banyak banyak warna. yang serabut.

[118]

Image
aku. sangat suka kan bintang.