[236]
ke hadapan Laila,
ini, entah kan surat yang ke berapa.
cuma nya kali ini, aku mahu ia dipapar umum.
walau engkau di mana mana,
aku mohon engkau terus hidup sejahtera.
menemui engkau adalah doa aku.
mengenali engkau adalah harapan aku.
doa dan harapan yang tak pernah pudar.
bagaikan anak kecil yang menangis meminta perhatian bundanya,
begitu lah aku yang merayu pada Tuhan agar dikirimkan engkau buat aku.
menjadi pahlawan aku.
menumpangkan bahu memujuk aku.
memeluk aku dikala dingin.
meminjamkan secebis cahayamu untuk terangi gelap ku.
Laila, usah gusar.
walau di mana mana engkau berada,
aku ini akan tetap setia menunggu.
kerna aku yakin benar.
Tuhan pasti kirimkan engkau ke aku.
dan pada waktu itu,
sapa lah aku,
"Assalamualaikum. saya lah malam yang awak rindui."
yang benar,
aku yang merindui.

Comments