[237]

nikmat Ilahi ada di sekeliling tiap-tiap insan, ada di dusun, ada di kota, ada di gunung dan ada di lurah, ada di daratan dan ada di lautan. tetapi nafsu tiada merasa puas, atau tidak ingat nikmat yang dikelilingnya itu, dia hanya melihat kekurangannya. yang senantiasa diperhatikannya ialah nikmat yang ada di tempat lain, dan pada tangan orang lain. kelak kalau dia ada kesempatan pindah ke tempat yang dilihatnya itu, dia menyesal dan dia teringat pulang iaitu pada hari yang tiada berguna padanya penjelasan lagi.
- Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, HAMKA.


buku cerita, malah apa jenis buku pun, bukan lah 'menu wajib' waktu kecil aku. hobi membaca pada Kad 001 adalah sekadar untuk mengisi borang. baru nampak bijaksana dan bestari sikit. tak kan lah pulak nak tulis hobi: main lego, nyorok nyorok dsb. aku adalah antara ramai budak sebaya yang hanya memenuhi ruang plot di buku NILAM dengan menyalin sinopsis belakang buku. setiap tahun buku NILAM aku memang akan bertukar, tapi muka surat yang digunakan boleh dikira hanya dengan menggunakan jari tangan. bertukar atas alasan hilang.

keluarga aku jugak bukan lah keluarga yang ada ruang mini library di rumah, yang buku buku nya tersusun kemas mesti dibaca sebelum tidur. tidak. kami tidak menerapkan budaya membaca. kami terapkan budaya bercerita atau erti kata lain, bersembang. ya, bersembang sampai tertidur.

tapi ini cerita dahulu lah.

membaca betul betul menjadi hobi aku bila dah lepas spm. jadinya, dari situ lah baru nya aku kenal penulis penulis, HAMKA sebagai contoh. yang mana aku tak kenal sangat pun sebenarnya.

dan aku rasa rugi. rugi kerana dahulu aku tak minat baca siri salma. kalau tidak mungkin aku lebih geliga sekarang. hahaha tak lah.

rasa rugi sebab banyaknya tulisan tulisan dahulu mengajak pembaca untuk berfirkir. bukan untuk bersuka ria semata. bukan nya membaca sekadar hobi. tapi membaca dan ambil isinya, yang mana banyak baiknya ke dalam kehidupan seharian.

bukan macam kebanyakkan buku cerita sekarang. ok. mungkin aku sebenarnya yang salah beli buku dan baca. tapi itu lah dia. itu yang buatkan aku rasa rugi dan menyesal sedikit. dan cemburu. sebab aku tak pandai nak pilih buku yang bagus bagus. sebab aku tak tahu mana nak cari buku yang bagus bagus. huhu.

part cemburu tu aku sendiri tak paham kenapa aku kena cemburu.
bila nampak orang baya aku baca buku yang macam agak lusuh sedikit (buku lama lah),
dalam hati aku, 'iehh bestnya dia ada buku tu. mana dia dapat?'. 
padahal nya aku tak pernah pun baca buku tu dan aku tak tau pun buku tu best ke tak.

aku juga akan jadi cemburu bila tengok rumah orang lain yang buku buku nya,
ya ampun banyak giga!


dan atas sebab cemburu tu lah aku tulis entri ni. ceh.
petikan kat atas tadi saja kongsi aje sebenarnya.
dan tiba tiba terasa macam kena kat batang hidung sendiri. adeh.

Comments

Popular posts from this blog

[170]

belon terbang