Posts

Showing posts from July, 2014

[240]

bila pergantungan kita cuma pada Allah,  rasa kecewa tu macam dah tak wujud dah.  salam 20 ramadhan. selamat mengejar lailatulqadr. semoga bertemu lailatulqadr.

[239]

Image
Allahu.  Kau teguh kan lah hati hati kami.  Kau beri kan lah belas kasih Mu,  untuk kami terus kukuh di jalan Mu.  untuk kami terus merasa dekat pada Mu.  hanya taufiq dan hidayah Mu yang kami mahu.  cuma redha dan rahmat Mu yang kami perlu.  Ya Rabb.  berikan lah kami kesempatan.  untuk merasa cinta kepada Mu.  merasa cinta kepada kekasih kekasih Mu.  terima lah kami.  dorong lah kami.  ampuni lah kami.  rahmati lah kami.  jadikan lah hidup kami dalam iman.  biarkan lah mati kami dalam iman. 

[238]

ada masanya, kita mahu terbang tinggi. kerna mahu melihat alam. indahnya alam dengan lebih meluas. sampai masanya, kita akan terbang tinggi. kita dapat melihat alam. indahnya alam dengan lebih meluas. dan kita bahagia. bahagia tak terkata. kita doa. biar kita terbang tinggi lama lama. dan kita doa. bila kita pandang bawah kita tak lupa, situlah tempat asal kita. dan kalaupun kita jatuh. kerana tiba tiba rasa lelah. kerana tiba tiba angin tak nak kawan dengan kita. dan dia tiup kita sampai kita jatuh menjunam. dan kalaupun begitu jadinya. harap kita tak jatuh tak terbang terbang. harap kita masih ada dua dua sayap kita. hope and fear is like a pair of wings,  you need both to fly.  - Imam Maududi